Hilal
Persoalan perbezaan dalam penentuan awal dan akhir Ramadhan memang cukup kompleks dan belum berakhir sampai sekarang, kerana di dalamnya terdapat sekurangnya 3 masalah, iaitu:
1. Masalah fikh, seperti penentuan dengan rukyat atau hisab, jika menggunakan rukyat, adakah rukyat lokal atau rukyat global, dan seterusnya;
2. Masalah ilmiah (sains), seperti ilmu astronomi yang terkait rukyatul hilal;
3. Masalah politik, iaitu berkaitan dengan siapa pihak yang patut ditaati oleh umat dalam hal penentuan awal bulan qamariah.
Belum lagi masalah negara-bangsa (nation state), dimana penetapan mathla sudah keluar dari kerangka fikh klasik. Berganti dengan kerangka nasionalisme yang tidak ada dasarnya dalam turats Islam.
Solusinya adalah persatuan umat Islam di bawah kepemimpinan seorang Imam (Khalifah). Dengan demikian akan hilanglah perbezaan pendapat dan terwujud persatuan. Kaedah fikh menyebutkan:
“Perintah Imam (Khalifah) menghilangkan perbezaan pendapat dalam masalah-masalah ijtihadiyah (khilafiyah).”
– Ustaz Yuana Ryan Tresna
#Ramadhantiba #rukyah #100TahunTanpaKhilafah
Hilal

