[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
AL-IMAM JALALUDDIN IBNU SYAS AL-MALIKI (W. 616 H)
MENEGAKKAN KHILAFAH = MENEGAKKAN KEADILAN
Dalam kitab ‘Iqd al-Jawâhir ats-Tsamînah fî Madzhab ‘Âlim al-Madînah beliau mengungkapkan:
المسألة الأولى: إن القيام بالقضاء والإمامة فرض على الكفاية لما فيه من مصالح العباد، من فصل الخصومات، ورفع التهارج، وإقامة الحدود، وكف الظالم، ونصر المظلوم، والأمر بالمعروف والنهي عن المنكر. والحكم بالعدل من أفضل أعمال البر وأعلى درجات الأجر، قال الله تعالى:《 فاحكم بينهم بالقسط إن الله يحب المقسطين 》، وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :《 المقسطون على منابر من نور يوم القيامة 》.
“Permasalahan Pertama; sesungguhnya menerapkan peradilan syarie (al-qadha’) dan imamah/khilafah hukumnya adalah fardhu kifayah, kerana di dalamnya terdapat banyak kemaslahatan bagi umat, berupa melerai permusuhan, menghilangkan huru-hara, menerapkan hudud, menghentikan pelaku kezaliman dan menolong mangsanya, memerintahkan kepada kebajikan dan melarang dari kemungkaran; Dan memutuskan perkara secara adil itu termasuk kebajikan yang paling utama dengan pahala yang paling tinggi darjatnya. Allah -ta’ala- berfirman (yang bermaksud): ‘Maka putuskanlah (perkara) diantara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil’. Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda: ‘Orang-orang yang berlaku adil itu kelak di hari kiamat berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya’.”
Ibnu Syas, Jalaluddin Abu Muhammad Abdullah bin Najm al-Judzami. 2003. ‘Iqd al-Jawâhir ats-Tsamînah fî Madzhab ‘Âlim al-Madînah. (Beirut: Dar al-Gharab al-Islami) vol. 3 hlm. 1001
————
Fawaid:
- Khilafah hukumnya fardhu kifayah, iaitu:
ما إذا أقامه بعض سقط عن الباقين
“Perkara yang apabila telah berhasil ditegakkan oleh sebahagian orang, maka gugur tanggungan dari yang lain”. Itu bermakna, selama khilafah belum berjaya tegak maka ia masih menjadi tanggungjawab segenap umat Islam.
- Memutuskan perkara secara adil termasuk perbuatan yang paling mulia, dan hal itu tidak mungkin tercapai kecuali dengan menerapkan hukum yang berasal dari Zat yang Maha Adil dan bijaksana (Syariat Islam).
- Disamping mewujudkan kemaslahatan hakiki di dunia dan akhirat, menegakkan khilafah dan peradilan Islam yang menguat-kuasakan syariat Islam adalah bermaksud, menegakkan keadilan yang sebenar.
(Ustaz Azizi Fathoni)

