[Nafsiyah] Cara Bersyukur
Penulis: Ustaz Arief B. Iskandar
Sungguh, terlalu banyak nikmat dari Allah SWT yang telah kita rasai. Mustahil untuk kita benar-benar mensyukuri nikmat ini. Ini kerana apabila kita mampu mensyukuri sesuatu nikmat, itu juga nikmat yang mesti kita syukuri.
Allah SWT berfirman, “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras.” [TMQ Ibrahim (14):7]
Jika bersyukur itu wajib, bagaimanakah caranya? Terdapat tiga cara untuk kita bersyukur kepada Allah SWT. Pertama, bersyukur dengan hati iaitu sentiasa berzikir dan bersyukur kepada Allah SWT sebagai zat yang memberi nikmat. Kedua, bersyukur secara lisan iaitu banyak memuji Allah SWT dengan kalimah tayibah terutama memperbanyakkan lafaz alhamdulillah. Ketiga, bersyukur dengan perbuatan iaitu banyak beribadah kepada Allah SWT dan selalu pasrah, tunduk dan patuh kepadaNya. Caranya ialah dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.
Perlu disedari bahawa seseorang itu tidak dikatakan bersyukur sekiranya dia tidak dapat menjadikan nikmat yang diperolehi sebagai sarana mahabbah (cinta) kepada Sang Pemberi nikmat iaitu Allah SWT. [Syarh Al-Hikam al-‘Atha’ilah, hlm. 64].
Jadi, adakah kita dikira sebagai hamba Allah SWT yang sentiasa bersyukur disaat lapang atau sempit, ketika senang atau susah dan ketika bahagia atau sengsara?
Wa mâ tawfîqî illâ billâh wa ’alayhi tawakkaltu wa ilayhi unîb.
Sumber: ariefbiskandar[dot]com

