[ULAMA SEPAKAT WAJIB KHILAFAH]
KEWAJIPAN KHILAFAH ADALAH PERKARA YANG DISEPAKATI OLEH SELURUH UMAT ISLAM PADA MASA LALU, DAN BERLAKU UNTUK SELAMANYA
AL-IMAM ABU ABDILLAH MUHAMMAD BIN ‘ALI AL-QAL’I ASY-SYAFI’I (W. 630 H)
باب في ذكر وجوب الإمامة، والاحتياج إلى السلطان وعدم الاستغناء عنه في جميع الأزمان
أجمعت الأمة قاطبة إلا من لا يعتد بخلافه على وجوب نصب الأمام على الإطلاق، وإن اختلفوا في أوصافه وشرائطه.
“Bab tentang wajibnya imamah/khilafah, dan diperlukannya penguasa (as-sulthan) pada setiap masa.
Umat seluruhnya telah bersepakat (ijma’) -kecuali mereka yang tidak dikira pendapatnya- atas wajibnya mengangkat seorang imam/khalifah secara mutlak, walaupun mereka berbeza pendapat tentang kriteria dan syaratnya.”
Al-Qal’ie, Muhammad bin ‘Ali. tt. Tahdzib Ar-Riyasah wa Tartib As-Siyasah. (Yordan: Maktabah Al-Mannar) hlm. 74
———–
Fawa`id:
- Seluruh umat Islam pada masa lalu telah bersepakat (ber-ijma’) bahawa mengangkat seorang khalifah itu hukumnya wajib. Sehingga pendapat apapun yang menyelisihinya, dengan mengatakan khilafah hukumnya sunnah, mubah, makruh, atau bahkan haram adalah pendapat-pendapat yang tertolak kerana telah menyalahi ijma’ yang telah berlaku. Sebagaimana dinyatakan ulama ushul: خرم الإجماع حرام (menyelisihi ijma’ itu hukumnya haram).
- Perbezaan pendapat terkait sebagian kriteria dan syarat sosok khalifah sama sekali tidak menggugurkan ijma’ tersebut.
(Ustaz Azizi Fathoni)

