Site icon MuslimahHTM News

AL-IMAM AL-HAFIZH ABU ZAKARIYA YAHYA BIN SYARAF AN-NAWAWI (w. 676 H)

[ULAMA SEPAKAT WAJIB KHILAFAH]

 

Berikut ini keterangan wajibnya khilafah menurut seorang ulama besar yang tidak diragukan kewaliannya, Muharrir Madzhab Asy-Syafi’i, iaitu:

 

AL-IMAM AL-HAFIZH ABU ZAKARIYA YAHYA BIN SYARAF AN-NAWAWI (w. 676 H)

 

Di dalam dua kitab beliau yang cukup popular:

  1. Syarah Shahîh Muslim (Al-Minhâj Syarh Shahîh Muslim bin al-Hajjâj)
  2. Raudhah Ath-Thâlibîn wa ‘Umdah Al-Muftîn

 

Dalam kitab yang pertama beliau menyebutkan:

 

ﻭﺃﺟﻤﻌﻮا ﻋﻠﻰ ﺃﻧﻪ ﻳﺠﺐ ﻋﻠﻰ اﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ﻧﺼﺐ ﺧﻠﻴﻔﺔ ﻭﻭﺟﻮﺑﻪ ﺑﺎﻟﺸﺮﻉ ﻻ ﺑﺎﻟﻌﻘﻞ ﻭﺃﻣﺎ ﻣﺎ ﺣﻜﻲ ﻋﻦ اﻷﺻﻢ ﺃﻧﻪ ﻗﺎﻝ ﻻ ﻳﺠﺐ ﻭﻋﻦ ﻏﻴﺮﻩ ﺃﻧﻪ ﻳﺠﺐ ﺑﺎﻟﻌﻘﻞ ﻻ ﺑﺎﻟﺸﺮﻉ ﻓﺒﺎﻃﻼﻥ . ﺃﻣﺎ اﻷﺻﻢ ﻓﻤﺤﺠﻮﺝ ﺑﺈﺟﻤﺎﻉ ﻣﻦ ﻗﺒﻠﻪ ﻭﻻ ﺣﺠﺔ ﻟﻪ ﻓﻲ ﺑﻘﺎء اﻟﺼﺤﺎﺑﺔ ﺑﻼ ﺧﻠﻴﻔﺔ ﻓﻲ ﻣﺪﺓ اﻟﺘﺸﺎﻭﺭ ﻳﻮﻡ اﻟﺴﻘﻴﻔﺔ ﻭﺃﻳﺎﻡ اﻟﺸﻮﺭﻯ ﺑﻌﺪ ﻭﻓﺎﺓ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ، ﻷﻧﻬﻢ ﻟﻢ ﻳﻜﻮﻧﻮا ﺗﺎﺭﻛﻴﻦ ﻟﻧﺼﺐ اﻟﺨﻠﻴﻔﺔ ﺑﻞ ﻛﺎﻧﻮا ﺳﺎﻋﻴﻦ ﻓﻲ اﻟﻨﻈﺮ ﻓﻲ ﺃﻣﺮ ﻣﻦ ﻳﻌﻘﺪ ﻟﻪ . ﻭﺃﻣﺎ اﻟﻘﺎﺋﻞ اﻵﺧﺮ ﻓﻔﺴﺎﺩ ﻗﻮﻟﻪ ﻇﺎﻫﺮ ﻷﻥ اﻟﻌﻘﻞ ﻻ ﻳﻮﺟﺐ ﺷﻴﺌﺎ ﻭﻻ ﻳﺤﺴﻨﻪ ﻭﻻ ﻳﻘﺒﺤﻪ ﻭﺇﻧﻤﺎ ﻳﻘﻊ ﺫﻟﻚ ﺑﺤﺴﺐ اﻟﻌﺎﺩﺓ ﻻ ﺑﺬاﺗﻪ.

 

“Mereka (umat Islam) juga telah ber-konsensus (ijmak) bahawa kaum muslim itu wajib mengangkat seorang khalifah, dan kewajipan tersebut berdasarkan syarak bukan berdasarkan akal. Adapun riwayat dari al-Asham bahawasannya dia berpendapat itu tidak wajib, dan juga lainnya yang berpendapat bahawasannya dia wajib berdasarkan akal bukan berdasarkan syarak, maka kedua pendapat tersebut adalah batil. Adapun Al-Asham, pendapatnya terbantahkan oleh adanya ijmak yang telah mendahuluinya, dan tidak diterima hujjahnya terkait para sahabat yang pernah hidup tanpa khalifah selama terjadinya musyawarah di Saqifah dan di hari-hari berlangsungnya musyawarah pasca wafatnya Umar bin al-Khattab -radhiyallâhu ‘anhu-, sebab mereka tidak meninggalkan urusan mengangkat khalifah ini, melainkan mereka sedang berusaha memilih siapa yang akan diangkat untuk menjadi khalifah. Sedangkan penganut pendapat satunya (wajib menurut akal -penj.) maka kesalahan pendapatnya itu sudah jelas, sebab akal itu tidak boleh menentukan hukum wajibnya sesuatu, tidak pula dapat menentukan status baik dan buruknya sesuatu, melainkan hanya sebatas menurut tradisi/kebiasaan bukan menurut hakikatnya.”¹

 

Dan dalam kitab kedua, beliau menyebutkan:

 

اﻟﻔﺼﻞ اﻟﺜﺎﻧﻲ: ﻓﻲ ﻭﺟﻮﺏ اﻹﻣﺎﻣﺔ ﻭﺑﻴﺎﻥ ﻃﺮﻗﻬﺎ، ﻻ ﺑﺪ ﻟﻷﻣﺔ ﻣﻦ ﺇﻣﺎﻡ ﻳﻘﻴﻢ اﻟﺪﻳﻦ، ﻭﻳﻨﺼﺮ اﻟﺴﻨﺔ، ﻭﻳﻨﺘﺼﻒ ﻟﻠﻤﻈﻠﻮﻣﻴﻦ، ﻭﻳﺴﺘﻮﻓﻲ اﻟﺤﻘﻮﻕ ﻭﻳﻀﻌﻬﺎ ﻣﻮاﺿﻌﻬﺎ.

ﻗﻠﺖ: ﺗﻮﻟﻲ اﻹﻣﺎﻣﺔ ﻓﺮﺽ ﻛﻔﺎﻳﺔ، ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﻣﻦ ﻳﺼﻠﺢ ﺇﻻ ﻭاﺣﺪا، ﺗﻌﻴﻦ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﻟﺰﻣﻪ ﻃﻠﺒﻬﺎ ﺇﻥ ﻟﻢ ﻳﺒﺘﺪﺋﻮﻩ. ﻭاﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ.

 

“Pasal 2: tentang wajibnya imamah/khilafah dan penjelasan cara-cara pengangkatannya. Sudah sepatutnya umat Islam itu memiliki seorang imam/khalifah, yang berperanan menegakkan agama (Islam), menolong sunnah, memberikan keadilan kepada kaum tertindas, serta menarik berbagai tanggungan wajib dan meletakkannya pada tempatnya.

 

Aku (Al-Imam An-Nawawi) katakan: menjalankan imamah/khilafah hukumnya fardhu kifayah. Bila tidak ada yang memenuhi kualifikasi (kelayakan) melainkan satu orang, maka kewajipan itu menjadi fardhu ‘ain bagi orang tersebut, dan wajib baginya untuk memintanya bila umat islam tidak memulakan terlebih dulu dalam memilihnya. Wallâhu a’lam.”²

 

Masih dalam kitab yang sama, di bahagian lainnya beliau mengatakan:

 

اﻟﻘﻀﺎء ﻭاﻹﻣﺎﻣﺔ ﻓﺮﺽ ﻛﻔﺎﻳﺔ ﺑﺎﻹﺟﻤﺎﻉ، ﻓﺈﻥ ﻗﺎﻡ ﺑﻪ ﻣﻦ ﻳﺼﻠﺢ، ﺳﻘﻂ اﻟﻔﺮﺽ ﻋﻦ اﻟﺒﺎﻗﻴﻦ، ﻭﺇﻥ اﻣﺘﻨﻊ اﻟﺠﻤﻴﻊ ﺃﺛﻤﻮا.

 

“Peradilan syarie (al-qadhâ`) dan imamah/khilafah hukum keduanya adalah fardhu kifayah berdasarkan ijmak. Jika sudah ada orang yang memenuhi kualifikasi telah melaksanakannya maka kewajipan tersebut gugur dari yang lain. Namun apabila semuanya tidak ada yang mau melaksanakannya maka mereka berdosa.”³

 

_________

¹An-Nawawi, Abu Zakariya Yahya bin Syaraf. 1349H. Shahîh Muslim bi Syarh An-Nawawi. (Beirut: Dar Ihya` at-Turats al-‘Arabi) vol.12 hlm 205

²An-Nawawi, Abu Zakariya Yahya bin Syaraf. 1991. Raudhah ath-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin. Cet. II. (Beirut: al-Maktab al-Islami) vol 10 hlm 42

³Ibid. vol 11 hlm 92

 

_________

Fawaid:

 

 

 

(Ustaz Azizi Fathoni)

Exit mobile version