Site icon MuslimahHTM News

Waspada Penyesatan Sekitar Masalah Palestin

Waspada Penyesatan Sekitar Masalah Palestin

 

Masalah (qadhiyyah) Palestin adalah masalah umat Islam, bukan masalah warga Palestin atau masalah bangsa Arab saja. Masalah Palestin yang berlaku sejak sekian lama adalah berpunca dari penjajahan dan pendudukan Zionis Israel di bumi Palestin. Lahirnya negara haram Israel yang diilhamkan oleh negara Eropah khususnya British. Kerana itu, penyelesaian yang sepatutnya menjadi satu-satunya pilihan adalah menghilangkan penjajahan tersebut atau mengusir Zionis Israel dengan jihad. Jihad akan efektif dan akan menjadi kekuatan besar ketika berada dalam satu pemerintahan seorang khalifah.

 

Hari ini umat Islam di berbagai penjuru dunia mengekspresikan pembelaan terhadap Palestin dalam berbagai bentuk dan cara. Namun, di tengah-tengah gelombang pembelaan itu, terdapat beberapa arus penyesatan yang perlu diluruskan. Penyesatan seputar masalah Palestin dan jawapannya akan dijelaskan pada catatan singkat berikut ini.

 

Palestin Bukan Masalah Agama

 

Naratif bahawa Palestin bukan masalah keagamaan melainkan sebatas masalah kemanusiaan ini disampaikan oleh mereka yang hendak meletakkan Palestin di atas nilai kemanusiaan tanpa sentimen agama. Mereka beranggapan bahawa kemanusiaan adalah nilai universal, sementara agama hanya sektarian dan cenderung menimbulkan konflik. Jadi semua itu dibangun di atas satu hipotesis bahawa agama adalah sumber konflik.

 

Memang benar, pendudukan dan penjajahan Israel ke atas Palestin merupakan aib yang mencoreng nilai kemanusiaan pada abad yang dianggap moden ini. Namun, menafikan adanya aspek agama dalam masalah ini adalah satu kekeliruan. Apatah lagi agama itu dianggap sebagai sumber konflik sedangkan keserakahan Kapitalisme dalam bentuk imperialisme lah yang merupakan penyebab kekacauan (fawdha) yang terjadi di muka bumi ini. Jutaan manusia menjadi korban imperialisme dari masa ke semasa.

 

Isu Palestin boleh dikesan sejak akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 apabila gerakan Zionis yang berusaha untuk menubuhkan tanah air Yahudi mula mendapat momentum. Risalah The Jewish State yang ditulis oleh Theodor Herzl (1860-1904), seorang Yahudi Austria-Hungary, sering dilihat sebagai dokumen asas Zionisme politik moden. Matlamat gerakan ini adalah untuk menubuhkan tanah air Yahudi di Palestin, yang pada masa itu adalah sebahagian daripada Khilafah Uthmaniyyah.

 

Pada 2 November 1917, Menteri Luar British ketika itu, Arthur Balfour, menulis surat yang ditujukan kepada Lionel Walter Rothschild, seorang tokoh dalam komuniti Yahudi British.  Surat itu ‘mengikat’ Kerajaan British untuk “menubuhkan rumah kebangsaan untuk orang Yahudi di Palestin” dan memfasilitasi “pencapaian matlamat ini”.  Surat ini dikenali sebagai Deklarasi Balfour.

 

Kuasa Eropah menjanjikan gerakan Zionis sebuah negara di wilayah Palestin.  Mandat British telah ditubuhkan pada tahun 1923 dan berlangsung sehingga tahun 1948. Dalam tempoh ini, British memudahkan penghijrahan beramai-ramai orang Yahudi.  Kemudian terdapat gelombang ketibaan yang agak besar selepas gerakan Nazi di Eropah.

 

Wilayah di jantung Timur Tengah yang majoritinya Muslim itu dipilih bukan tanpa sebab kerana alasan sebenarnya adalah Barat ingin mengawal kekuatan umat Islam di Timur Tengah. Sejarah penentangan negara-negara Arab terhadap Khilafah Uthmaniyyah juga tidak dapat dipisahkan dari sejarah panjang ini. Lobi Yahudi terhadap Sultan Abdul Hamid II pada akhir era Khilafah Uthmaniyyah adalah daftar panjang dari perjuangan mereka untuk mendirikan negara haram tersebut. Ini semua membuktikan adanya benturan peradaban di antara Islam dan peradaban Barat.

 

Secara i’tiqaadi kita meyakini firman Allah SWT:

 

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ ١٢٠

 

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)… ” [TMQ al-Baqarah (2): 120].

 

Jalan Perdamaian, Bukan Perang

 

Pendapat bahawa penyelesaian kepada isu Palestin adalah perdamaian, tanpa peperangan dan hidup berdampingan dua negara kedengaran seakan seruan yang manis. Mereka berpijak pada anggapan bahawa peperangan itu buruk dan cenderung menimbulkan kerosakan yang besar. Di sisi lain, mereka menutup mata bahawa masalah Palestin ini sebenarnya berpunca dari pendudukan dan penjajahan entiti Yahudi atas tanah Palestin.

 

Bertolak dari latar belakang ini, penyelesaian kepada masalah Palestin tidak lain tidak bukan adalah dengan menghapuskan penjajahan dan mengusir penjajah. Mengusir penjajah yang secara nyata memerangi umat Islam hanya boleh dilakukan melalui jihad fi sabilillah.

 

Perjanjian damai tidak pernah terwujud. Sudah sekian banyak kesepakatan dan rekomendasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diabaikan dan dikhianati oleh Israel. Demikian juga dengan penyelesaian dua negara (two state solution) yang merupakan tawaran penyelesaian Barat. Pada tahun 1947, populasi Yahudi telah meningkat menjadi 33% di Palestin. Namun, mereka hanya memiliki 6% tanah. Kemudian PBB menerima pakai Resolusi 181, yang menyeru kepada pembahagian Palestin menjadi negara-negara Arab dan Yahudi. Kemudian, pengkhianatan Israel, negara-negara Barat dan PBB terus berlangsung sehingga ke hari ini. Maksudnya, tidak ada bahasa yang difahami oleh Israel kecuali jihad (perang). Allah SWT berfirman:

 

كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ  ٢١٦

 

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [TMQ Al-Baqarah (2): 216]

 

Cukup Doa dan Bantuan Kemanusiaan

 

Terdapat pandangan bahawa bentuk empati terhadap keadaan umat Islam di Palestin hanyalah doa dan bantuan kemanusiaan (kewangan, makanan, perubatan dan sebagainya). Ini berdasarkan persepsi bahawa melibatkan diri dalam konflik akan membawa bencana yang lebih besar dan mengheret negara lain ke dalam pusaran konflik di Timur Tengah.  Pertimbangan ini sebenarnya lebih kepada andaian dan ketakutan. Bantuan kewangan dan perubatan memang boleh meringankan penderitaan umat Islam Palestin, tetapi ia tidak dapat menghapuskan penderitaan itu.

 

Faktanya, potensi kekuatan umat Islam sangat besar. Di megara-negara Arab saja memiliki kekuatan tentera dan peralatan perang yang cukup memadai untuk mengusir Israel. Adapun Perang Enam Hari tahun 1967 yang berakhir dengan kekalahan negara-negara Arab adalah bentuk penipuan atau perang palsu. Fakta membuktikan bahawa kekuatan Israel terlihat sangat lemah, walhal mereka hanya berhadapan dengan Hamas (kelompok bukan negara).

 

Satu-satunya alasan yang membuatkan para penguasa negeri Muslim tidak menggerakkan pasukan untuk menghancurkan Israel adalah keran mereka semua adalah rejim boneka yang mengabdikan diri pada kepentingan Barat, khususnya Amerika Syarikat, juga kerana ketakutan mereka kehilangan dunia dan kekuasaan. Rasa takut mati dan kecintaan pada dunia (wahn) telah menjangkiti mereka. Mereka merasa lemah, padahal musuh merekalah yang sebenarnya lemah. Allah SWT berfirman:

 

قَٰتِلُوهُمۡ يُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَيۡدِيكُمۡ وَيُخۡزِهِمۡ وَيَنصُرۡكُمۡ عَلَيۡهِمۡ وَيَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمٖ مُّؤۡمِنِينَ  ١٤

 

“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.” [TMQ At-Taubah (9): 14]

 

Utamakan Urusan Dalam Negeri

 

Sebahagian berpendapat bahawa masalah Palestin adalah urusan dalam negeri negara lain sehingga kita tidak perlu ikut campur dalam urusan dalam negara lain. Apatah lagi masalah dalam negeri masing-masing juga masih banyak dan memerlukan penyelesaian. Pendapat ini muncul kerana adanya jerat nasionalisme yang sangat mengakar umbi. Gambaran kesatuan politik umat dalam satu kepemimpinan tidak lagi terbayang. Sedangkan mereka adalah umat yang satu, yang seharusnya hidup di bawah satu kepemimpinan politik. Umat Islam adalah bersaudara layaknya satu tubuh. Rasulullah SAW. bersabda:

 

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْه عُضْوٌ تَدَاعَى لَه سَائِرُ الْجَسَدِ بالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

 

Kaum Mukmin itu dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Jika ada salah satu anggota tubuh sakit, seluruh tubuhnya ikut merasakan tidak dapat tidur dan demam (turut merasakan sakitnya). (HR Muslim)

 

Umat Islam menjadi lemah kerana nasionalisme yang menjadikan kesatuan Khilafah Uthmaniyyah tercerai-berai menjadi puluhan negara bangsa (nation state) atas nama janji manis kemerdekaan untuk menentukan nasib sendiri. Perjanjian Sykes-Picot merupakan perjanjian antara British dan Perancis untuk membahagi wilayah kekuasaan Khilafah Uthmaniyyah.

 

Nasionalisme telah menjadikan negara-negara lebih mementingkan kepentingan bangsanya sendiri. Mereka bahkan rela mengorbankan kepentingan negara-negara lain. Hans Kohn mendefinisikan nasionalisme sebagai, “suatu keadaan pemikiran yang di dalamnya ada kesetiaan tertinggi dari seseorang terhadap negara bangsanya.” (Van Nostrand Reinhold, Nationalism its Meaning and History, Amsterdam, 1965, hlm. 9).

 

Inilah faktor utama yang memicu lahirnya konflik, perang, munculnya ketegangan, kezaliman antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.

 

Lebih Baik Hijrah

 

Ada sekelompok orang yang menyarankan agar umat Islam Palestin berhijrah meninggalkan negaranya menuju negara lain yang lebib aman. Hal itu dianggap lebih kecil mudharatnya daripada bertahan di negara sendiri dalam keadaan dibom oleh tentera Zionis Israel. Jika maksud hijrah tersebut adalah meninggalkan negaranya yang diserang musuh, kemudian musuh akan dengan mudah menduduki wilayah tersebut, maka ini adalah bentuk pengkhianatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Kerana hal tersebut merupakan perbuatan lari dari medan jihad dan daerah perbatasan yang diberkati.

 

Palestin adalah tanah air kaum Muslim dan berstatus tanah kharajiyah yang dibebaskan pada masa Khalifah Umar bin al-Khathab ra. Maksudnya, status Palestin sehingga Hari Kiamat adalah tanah air kaum Muslim sebagaimana Iraq, Syria, Lubnan, Mesir dan sebagainya. Palestin tentu saja bukan hanya Tebing Barat dan Jalur Gaza, tetapi semua wilayah termasuk yang diduduki Israel. Di sisi lain, Israel adalah penceroboh dan imperialis. Kehadirannya adalah tidak sah sehingga haram mengakui kedaulatan Israel walau hanya sejengkal tanah.

 

Dalil seruan hijrah berdasarkan QS an-Nisa ayat 97 adalah tidak betul dan menunjukkan bahawa mereka tidak memahami maksud ayat ini dengan baik. Ayat ini diturunkan untuk mengingatkan beberapa orang mukmin di Mekah yang tidak melaksanakan perintah Allah untuk berhijrah ke Madinah. Padahal di Mekah mereka mengalami penganiayaan. Kemudian Allah SWT. menegur mereka.

 

Hijrah dilakukan ke Daar al-Islaam (Madinah). Itulah maksud hijrah yang disebut oleh ulama seperti Imam al-Jurjani dalam At-Ta’rifaat. Penghijrahan umat Islam ketika itu ke Habasyah untuk perlindungan dakwah bukanlah suatu kewajipan. Apabila Daulah Islamiah didirikan di Madinah, hijrah ke sana menjadi wajib bagi setiap orang Islam yang mampu, sama ada dari Mekah atau dari tempat lain. Tujuan hijrah ke Madinah adalah berkaitan dengan penubuhan Negara Islam.

 

Konteks masalah yang dihadapi oleh umat Islam Palestin bukanlah tekanan dan penindasan seperti yang berlaku sebelum ini di Mekah. Bumi Palestin sedang dijajah dan diduduki oleh penceroboh Zionis Israel. Oleh itu, kewajipan yang mesti dilaksanakan ialah mempertahankan harta dan hak tanah orang Islam. Hukum jihad mempertahankan negara daripada serangan musuh adalah fardhu ‘ain. Allah SWT berfirman:

 

وَٱقۡتُلُوهُمۡ حَيۡثُ ثَقِفۡتُمُوهُمۡ وَأَخۡرِجُوهُم مِّنۡ حَيۡثُ أَخۡرَجُوكُمۡۚ وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۚ ١٩١

 

“Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah (kekufuran) itu lebih berbahaya daripada peperangan” [TMQ al-Baqarah (2): 191]

 

Seruan untuk berhijrah dan mengosongkan kawasan Gaza adalah selaras dengan perancangan strategik Israel yang telah lama wujud.  Israel membangunkan rancangan rahsia untuk menghantar pulang rakyat Palestin dari Gaza ke Sinai pada tahun 1971 (Dokumen British seperti yang dilaporkan https://www.bbc.com/arabic/middleeast…).

 

Tidak Perlu Khilafah

 

Penyelewengan seterusnya ialah mengatakan tidak perlu ada Khalifah untuk menyelesaikan masalah Palestin. Khalifah dianggap tidak perlu dan akan menimbulkan masalah baru dalam bentuk peperangan dan jauh dari harapan keamanan. Mereka menutup mata terhadap kewujudan kuasa global, baik Amerika Syarikat mahupun Eropah, yang melindungi negara haram Israel. Mereka juga menutup mata terhadap sejarah bahawa Khilafahlah yang menjaga setiap inci bumi umat Islam.

 

Sejarah mencatatkan bahawa pada tahun 1897 Theodore Herzl (pemimpin Zionis) bertemu Khalifah Abdul Hamid II untuk membeli tanah Palestin, tetapi ditolak dengan tegas oleh Khalifah.  Khalifah melindungi Palestin daripada percubaan Zionis untuk menguasai tanah Palestin.  Israel ditubuhkan tepat selepas Khilafah sebagai penjaganya runtuh pada tahun 1924. Selain penyelesaian jihad mengusir penjajah, Israel hanya boleh dihapuskan dengan kembalinya Khilafah yang akan menyatukan rakyat, melindungi mereka dan memimpin jihad.  Rasulullah SAW. bersabda :

 

إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ

 

Sungguh Imam (Khalifah) itu bagaikan tameng (perisai); orang-orang berperang di belakang dia dan berlindung dengan dirinya (HR Muslim).

 

Penutup

 

Punca masalah Palestin ialah rampasan tanah Islam oleh entiti Yahudi.  Ini bermakna kewujudan negara haram Israel adalah punca masalah.  Penyelesaiannya ialah jihad fi sabilillah untuk memerangi perampasan negara dan menubuhkan Negara Khilafah yang akan menghapuskan Israel dan melindungi masyarakat Islam.

 

Semoga Allah menyatukan umat Islam dalam satu kekuatan yang nyata, sebagaimana sabda Rasulullah, “Roh-roh adalah seperti tentera yang berkumpul dalam satuan;  Mereka yang mengenali antara satu sama lain akan mudah terpaut antara satu sama lain dan mereka yang berasa dirinya asing akan mudah bertelagah antara satu sama lain.”  (HR al-Bukhari dan Muslim).

 

WalLaahu a’lam. [Yuana Ryan Tresna]

Exit mobile version