Makin Harmoni dengan Pasangan Ketika Ramadhan
Penulis: Ummu Nashir N.S.
Ramadhan bulan penuh kemuliaan dan keberkahan. Siapa pun yang menjalaninya dengan penuh iman dan ketaatan, dengan izin Allah akan dapat merasakan kemuliaan dan keberkahannya. Pasangan pun akan beroleh keberkahan dan makin harmoni ketika menjalani ibadah Ramadhan sesuai tuntunan syariat Islam.
Menjaga keharmonian rumah tangga ketika Ramadhan menjadi tugas bersama pasangan. Kita tidak menafikan bahawa hubungan yang romantik antara suami-isteri adalah salah satu cara menjaga keharmonian rumah tangga. Namun, penting untuk difahami pasangan bahawa keharmonian rumah tangga tidak diukur dari keromantisan atau hubungan intim semata. Akan tetapi, ada banyak hal yang dapat dilakukan pasangan sepanjang Ramadhan agar menambah keharmonian dengan pasangan.
Kebersamaan Ketika Ramadhan Meningkatkan Keharmonian Keluarga
Kita semua pasti setuju jika Ramadhan merupakan momen yang sangat baik untuk meningkatkan keharmonian pasangan dan keluarga. Ini kerana ketika Ramadhan, Allah memberikan banyak momen kebersamaan bagi keluarga muslim. Kita dapat bersama pasangan dan keluarga saat berbuka dan makan sahur. Bahkan, biasanya ketika Ramadhan jam kerja dikurangkan sehingga para suami dapat segera pulang dan berbuka puasa bersama isteri dan anak-anaknya. Demikian pula ketika makan sahur, orang tua beserta anak-anak dapat berkumpul bersama.
Makan bersama keluarga saat berbuka atau sahur, membuat keberkahan Ramadhan makin terasa. Makan bersama dalam pandangan Islam memang sangat istimewa. Diriwayatkan dari Wahsyi bin Harb, dari bapaknya, dari datuknya, “Sesungguhnya para sahabat Rasulullah saw. pernah mengadu, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan, tetapi tidak merasa kenyang.‘ Nabi bersabda, ‘Mungkin kalian makan sendiri-sendiri?’ ‘Betul,’ kata para sahabat. Nabi lantas bersabda, ‘Makanlah bersama-sama dan sebutlah nama Allah sebelumnya, tentu makanan tersebut akan diberkahi.’.” (HR Abu Daud).
Selain itu, ada satu ibadah yang hanya ada ketika Ramadhan, iaitu solat tarawih. Setiap keluarga muslim pasti akan berusaha keras agar tidak meninggalkan solat tarawih satu malam pun. Solat tarawih boleh dilakukan berjemaah di rumah atau di masjid berhampiran rumah. Kegiatan bersama ini dapat mewujudkan kebersamaan.
Demikian halnya pada penghujung Ramadhan. Biasanya seluruh anggota keluarga akan pulang Lebaran ke kampung halaman. Ini merupakan momen kebersamaan dengan keluarga yang tidak dilupakan. Perjalanan ini makin mempererat kekeluargaan. Bahkan, kesesakan yang biasanya sangat mengecewakan malah dinikmati oleh semua anggota keluarga. Perjalanan yang lebih panjang menjadikan kita dapat lebih banyak bersembang dan bergurau senda dengan pasangan dan anak-anak.
Selanjutnya ketika merayakan Aidilfitri, kita bersama pasangan dan anak-anak solat Eid bersama. Ini momen untuk saling bersalaman dan bermaaf-maafan, lalu menikmati juadah Lebaran yang sebelumnya dimasak bersama. Tidak lupa juga kita berkunjung dan bersilaturahmi ke sanak keluarga, juga berziarah ke makam keluarga. Sungguh momen kebersamaan luar biasa yang hanya boleh kita dapatkan ketika Ramadhan.
Makin Harmoni dengan Pasangan Ketika Ramadhan
Sangat jelaslah bahawa Ramadhan menjadi momen yang sangat indah untuk meningkatkan keharmonian dengan keluarga, lebih-lebih lagi dengan pasangan. Kuncinya adalah kebersamaan sesuai tuntunan Rasulullah saw. dengan melakukan berbagai aktiviti bersama pasangan. Lantas, aktiviti apa yang boleh kita lakukan bersama pasangan agar makin harmoni dan bahagia sepanjang Ramadhan dan tetap terjaga selepas Ramadhan?
- Membiasakan solat berjemaah dan membaca Al-Quran bersama pasangan.
Ketika Ramadhan, pasangan dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah. Pasangan boleh mengerjakan berbagai ibadah wajib dan sunnah bersama. Mengintensifkan solat berjemaah, setidaknya solat Maghrib, Isyak, dan Subuh bersama, di masjid atau di rumah. Kita juga boleh memperbanyak amalan solat sunat bersama, teristimewa solat tarawih. Boleh ditambah solat Duha bersama sebelum berangkat ke sekolah atau ke tempat kerja, juga melaksanakan solat tahajud menjelang sahur. Semua ini akan makin menguatkan chemistry pasangan.
Selain di masjid, tadarus dan murojaah juga boleh kita lakukan di rumah bersama suami dan anak-anak. Pada kesempatan ini, anggota keluarga dapat saling belajar, me-refresh pengetahuan ilmu tajwid, memahami makharijul huruf, serta memperbanyak hafalan Al-Quran. Kita juga boleh saling membetulkan bacaan Al-Quran anggota keluarga dengan suasana yang santai, tetapi serius. Kesempatan ini juga akan melatih anak-anak berdikari dan berani menyampaikan ilmu dan pemahamannya. Ini sangat baik untuk meningkatkan kepercayaan diri anak-anak dan membangun kebersamaan dalam keluarga. Dengan demikian, akan tumbuh sikap saling menyayangi dan menghormati yang lebih kuat di antara anggota keluarga kita.
Ketika Ramadhan, kita dan pasangan juga dapat berlumba-lumba mengkhatamkan Al-Quran dan saling memotivasi. Dengan ini semua, keharmonian pasangan akan meningkat, komunikasi makin lancar, dan hubungan emosional makin dekat.
- Bekerjasama mengurus keluarga.
Sesungguhnya, berkhidmat dan saling membantu atau melayani sekecil apa pun adalah amal soleh, lebih-lebih lagi ketika Ramadhan. Sangat baik jika suami membantu isteri mengerjakan pekerjaan rumah tangga agar isteri terbantu dan lebih ringan menjalani puasa. Misalnya, suami membangunkan anak-anak untuk sahur bersama atau membantu menyiapkan hidangan berbuka. Ini merupakan amal kebaikan. Banyak hadis yang menjelaskan hal ini, di antaranya dari Jabir bin Abdullah, dia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Setiap kebaikan adalah sedekah. Di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan dan kamu menuangkan air dari bekas airmu ke dalam bejana milik saudaramu.” (HR At-Tirmidzi).
Menuangkan air ke bejana saudara kita termasuk berkhidmat(mengabdi atau melayani). Rasulullah saw. menyebutnya sebagai bentuk kemakrufan, termasuk berwajah ramah. Sesuatu yang makruf termasuk amal soleh sehingga boleh dikatakan khidmat adalah amal soleh. Lebih utama lagi jika yang dilayani adalah orang yang berpuasa. Melayani orang yang berpuasa dan meringankan pekerjaan atau kesusahan mereka boleh membuat orang yang melayani mendapatkan ganjaran pahala sebagaimana orang yang berpuasa.
Memasak makanan untuk sahur dan berbuka bersama pasangan, selain meringankan tugas isteri juga merupakan salah satu cara untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Tidak semestinya isteri yang harus memasak, sesekali suami juga boleh membantu isteri memasak. Sembari memasak, pasangan dapat bersembang hal-hal sederhana atau sesuatu yang ringan, tetapi bermakna. Boleh membicarakan keadaan anak-anak, rencana Aidilfitri, liburan bersama, dan sebagainya. Tidak jarang dari percakapan spontan seperti ini, pasangan dapat saling mengenal dan makin memahami isi hati pasangannya.
- Tetap romantik ketika Ramadhan sesuai batasan syarak.
Pernikahan yang bahagia bukan sekadar tercukupinya keperluan fizikal dan material, seperti pakaian, makanan, dan tempat tinggal. Perkara ini memang diperlukan, tetapi ada hal penting lainnya yang sering dilupakan pasangan, iaitu ketenteraman hati, kedekatan emosional, dan aspek ruhiyah (spiritual). Ini sejatinya menjadi nutrisi untuk hadirnya sebuah romantisme terindah yang diperlukan pasangan dalam menjaga keharmonian rumah tangga .
Dalam koridor Islam, keindahan romantisme kehidupan pasangan tergambar jelas dalam kehidupan pernikahan Baginda Rasulullah saw. dalam sebuah hadis, “Kadang-kadang Rasulullah saw. mencium sebahagian isteri-isterinya, padahal beliau sedang berpuasa, kemudian Aisyah ra. tertawa.” (Hadis Shahih Bukhari).
Demikian pula melakukan hubungan intim, tidak dinafikan merupakan salah satu cara menjaga keharmonian rumah tangga. Ketika Ramadhan tidak bermakna naluri biologi seseorang dilarang. Tetap diperbolehkan dan bernilai ibadah. Namun, tidak boleh dilakukan pada sembarang waktu ketika Ramadhan, hanya ketika malam hingga menjelang subuh.
- Bersembang bersama pasangan sebelum tidur.
Komunikasi merupakan hal penting untuk menjaga keharmonian pasangan. Berbincang dengan pasangan sebelum tidur merupakan hal yang dianjurkan. Masing-masing dapat mengungkapkan perasaan dan pengalamannya selama seharian penuh beraktiviti. Rasulullah saw. sendiri kerap melakukan hal ini kepada isterinya sebelum beranjak tidur. Saling memberi semangat dan perhatian, menjaga emosi, serta lebih sabar menghadapi pasangan ketika Ramadhan adalah salah satu usaha sederhana menjaga keharmonian rumah tangga.
Rasulullah saw. bergaul dengan sangat baik kepada keluarganya, serta bersenda gurau dan lemah lembut terhadap mereka. Rasulullah seringkali bercakap-cakap sebentar dengan keluarganya selepas solat Isyak dengan percakapan yang menyenangkan, sebelum beliau tidur.
- Menghadiri majlis ilmu bersama pasangan dan anak-anak.
Bukan hanya aktiviti ibadah mahdhah saja yang harus diperbanyak ketika Ramadhan, tetapi juga semua amal kebaikan. Seluruh anggota keluarga perlu menuntut ilmu, memenuhi akad atau muamalah lainnya, menghiasi diri dengan akhlak terpuji, serta berdakwah menyeru diterapkannya syariat Islam dalam kehidupan.
Sepanjang Ramadhan, kita berkesempatan luas untuk menuntut ilmu. Bahkan, kita boleh menghadiri majlis ilmu bersama pasangan dan anak-anak. Sepulang kajian, kita dapat mendiskusikan hal yang telah dipelajari di majlis, lalu mendakwahkannya kepada orang-orang di sekitar kita. Lebih-lebih lagi ketika Ramadhan, keadaan ruhiyah setiap orang sedang baik sehingga sedia menerima nasihat. Dengan demikian, jangan sia-siakan kesempatan baik ini.
Begitu banyak aktiviti kebaikan yang boleh dilakukan pasangan ketika Ramadhan. Bukan hanya aktiviti yang berat atau rumit, tetapi juga aktiviti yang sangat sederhana. Semua aktiviti ini dengan izin Allah akan dapat menjaga dan meningkatkan keharmonian pasangan, baik ketika Ramadhan mahupun selepas Ramadhan nanti. Rasulullah saw. bersabda, “Barang siapa yang menunjuki kepada kebaikan, ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (HR Muslim no. 1893). Wallahualam bissawab.