Site icon MuslimahHTM News

PENGHUNI KUBUR PUN BERANGAN-ANGAN BERJUMPA DENGAN RAMADHAN

PENGHUNI KUBUR PUN BERANGAN-ANGAN BERJUMPA DENGAN RAMADHAN

Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar

 

IMAM IBNU AL-JAUZI rahimahulLaah berkata:

تالله لو قيل لأهل القبور تمنَّوا لتمنوا يومًا من رمضان
Demi Allah, andai dikatakan kepada penghuni kubur, “Berangan-anganlah kalian!” Nescaya mereka berangan-angan dapat berjumpa dengan Ramadhan walau hanya satu hari saja. (Ibnu al-Jauzi, At-Tabshirah, 2/78).

 

Angan-angan orang mati jelas mustahil dapat diwujudkan. Namun demikian, bukan itu masalahnya. Masalahnya, ada satu pesan penting dari pernyataan di atas yang wajar kita renungkan, yakni:

 

Jika orang-orang yang sudah meninggal dunia saja sangat mungkin berangan-angan agar berjumpa dengan bulan Ramadhan walaupun cuma sehari, tentu kita yang masih hidup sudah sepatutnya tidak mensia-siakan kesempatan saat berjumpa dengan Bulan Suci ini. Sebabnya, Bulan Suci Ramadhan adalah bulan istimewa bagi siapa saja yang memahami ragam keutamaannya.

 

Kerana itu mari kita isi Bulan Ramadhan dengan pelbagai amal kebajikan. Di antaranya: memperbanyakkan membaca, menghafal dan mengamalkan al-Quran; menghadiri majlis-majlis ilmu; banyak bersedekah; meningkatkan kepedulian kepada sesama saudara; menggiatkan dakwah; dan makin bersemangat memperjuangkan syariah-Nya agar dapat diterapkan dalam seluruh aspek kehidupan kita.

 

Jangan lupa, tinggalkan segala dosa; baik dosa kepada Allah SWT mahupun dosa kepada sesama manusia; baik dosa besar mahupun dosa kecil yang sering dianggap tak seberapa.

 

Semoga puasa Ramadhan kali ini benar-benar mewujudkan takwa yang benar-benar sempurna pada diri kita. Aamiin.

 

Wa maa tawfiiqii illaa bilLaahi ‘alayhi tawakkaltu wa ilayhi uniib.

Exit mobile version