[ULAMA SEPAKAT WAJIB KHILAFAH]
MENGANGKAT KHALIFAH SEBAGAIMANA MENGANGKAT WALI DAN QADHI, HUKUMNYA ADALAH WAJIB!
AL-IMAM NAJMUDDIN SULAIMAN BIN ‘ABDUL QAWI AT-TUFI AL-HAMBALI (W. 716 H)
وكذلك قولنا نصب الإمام والوالي والقاضي واجب، لكن تعيين فلان أو فلان لذلك هو إلى اجتهاد أهل الحل والعقد في ذلك.
“Dan demikian pula pendapat kami bahawa mengangkat imam/khalifah, wali (seperti gabenor), dan qadhi (hakim syarie) itu hukumnya wajib. Akan tetapi menentukan apakah si fulan atau si fulan yang dipilih untuk itu adalah melalui ijtihad Ahlul Halli wal ‘Aqdi.”
Abu ar-Rabi’ Najmuddin Sulaiman bin ‘Abdul Qawi, Syarh Mukhtashar ar-Raudhah, (Saudi: Kementrian urusan agama, waqaf) juz 3 hlm 235
Catatan:
- Sebahagian orang barangkali bertanya, siapakah ahlul halli wal ‘aqdi untuk saat ini tatkala khilafah belum wujud. Maka jawapannya, mereka adalah para perwakilan dari umat Islam. Apabila saatnya khilafah tiba, secara semulajadi akan terbentuk jawatankuasa persiapan kekhilafahan yang terdiri dari para perwakilan tadi (sebagai ahlul halli wal ‘aqdi). Mereka diantaranya menentukan siapa yang menjadi khalifah untuk kemudian dibai’at oleh kaum muslim.
- Kewajipan mengangkat khalifah lebih besar dan mendesak, kerana pengangkatan wali dan qadhi adalah kekuasaannya. Di mana yang memilih mereka adalah khalifah atau siapa yang mewakilinya dalam hal tersebut.
(Ustaz Azizi Fathoni)
