[Serba-serbi Ramadhan]
Umat Islam Mesir Menyambut Ramadhan dengan Memasang Lentera Fanous
Salah satu tradisi unik menjelang Ramadhan di Mesir ialah memasang lentera Fanous.
Fanous ialah lampu atau lentera khas Mesir. Biasanya fanous diperbuat daripada kaca tipis berwarna dengan lilin di dalamnya supaya ia mengeluarkan pantulan cahaya yang indah.
Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, lampu fanous digantikan dengan mentol, menggunakan bateri, atau elektrik.
Uniknya, fanous hanya muncul pada bulan Ramadhan, maka kehadiran lentera berwarna-warni juga dikenali sebagai fanous Ramadan. Fanous biasanya dibiarkan tergantung sehingga Ramadhan berakhir.
Kemunculan tradisi memasang fanous pada bulan Ramadhan sering dikaitkan dengan peristiwa pada zaman Dinasti Fatimiyah, pada tahun 358 H atau 969 M.
Kononnya, ketika Khalifah Muiz Lidinillah pertama kali memasuki Kaherah, beliau disambut beramai-ramai oleh penduduk dengan lentera.
Detik itu dikatakan berlaku bertepatan dengan awal Ramadhan. Sejak itu, setiap kali Ramadhan tiba, fanous sentiasa muncul menghiasi kota.
Bukan sahaja sebagai hiasan dan ungkapan kegembiraan menyambut Ramadhan, fanous juga mempunyai makna falsafah.
Fanous dikatakan sebagai simbol bahawa lampu pada asasnya adalah sumber cahaya. Begitu juga dengan Ramadhan, kehadirannya diibaratkan sebagai cahaya yang menyinari kehidupan.
Setelah beberapa lama bergelut dengan kesibukan yang kadang-kadang mengaburi pandangan maka datanglah cahaya Ramadhan yang membawa ke jalan yang lebih terang.
Rakyat Mesir berpusu-pusu memburu lentera berwarna-warni yang sinonim dengan bulan suci Ramadhan.
Di antara dua bangunan kadangkala digantung fanous dalam ukuran besar. Bagi kanak- kanak, suasana ini sangat menyeronokkan.
Mereka biasanya bermain di jalan-jalan dengan membawa fanous dalam ukuran kecil sambil menyanyikan lagu-lagu khas Ramadhan.
———-
Lentera – lampu yang ditutupi dengan kaca
Sumber:
[Kabar] Umat Islam Mesir Sambut Ramadan dengan Memasang Lentera Fanous
#SerbaSerbiRamadhan #Mesir #SambutRamadhan

