[Global] Dengan atau Tanpa Gencatan Senjata, Keganasan terhadap Gaza Akan Terus Berlanjutan Selagi Umat dan Tenteranya Tidak Mengambil Tindakan
Penulis: Ir. Baher Saleh (Palestin)
Perang Gaza kini telah memasuki bulan keenam dengan segala kebiadaban dan kejahatannya. Kebiadaban ini masih terus berlangsung meskipun ada banyak jeritan, tayangan, dan pertunjukan berupa pembunuhan, pelarian, kelaparan, kehancuran dan pengepungan yang dipersembahkan di hadapan seluruh dunia—kerana adanya kesepakatan dan keterlibatan para penguasa boneka kaum muslim dan para pemimpin Barat (baca: penjenayah) yang tidak sedikit pun ragu untuk mendukung entiti Yahudi, memberi bantuan senjata, peralatan, wang, dan makanan, serta mendukung mereka dalam rencana dan tujuan jenayahnya untuk menghapuskan Gaza, rakyatnya, dan para mujahidnya.
Selain itu, mereka membuat tipu daya dan konspirasi dengan harapan bahawa mereka akan mendapatkan lebih dari apa yang mereka terima melalui perang, pembunuhan, dan penghancuran. Semua hal ini ditampilkan dalam sebuah adegan yang menggambarkan hukum rimba paling buruk di abad ke-21, abad demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia, juga abad berbagai kebohongan dan perubahan yang menipu.
Sungguh, konsep-konsep yang dibawa HAM, badan-badan antarabangsa, Dewan Keamanan PBB, dan PBB hakikatnya telah hilang entah ke mana, bahkan mencapai level tinta di atas kertas pun tidak. Hal itu disebabkan mereka tidak melakukan apa pun untuk menyelamatkan wajah mereka, menyembunyikan keburukan mereka, atau bahkan sekadar menghilangkan celaan dan cercaan dari diri mereka.
Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis, dan negara-negara lain yang mendakwa diri mereka sebagai dunia yang mengangkat kebebasan, ternyata justeru dengan berani mengambil kedudukan sebagai pendukung dan penyokong kejahatan Yahudi; atau dengan tanpa rasa malu mereka mengutuk sebahagian tragedi kemanusiaan, tetapi mengabaikan manifestasi kejahatan dan pembunuhan yang lain.
Sikap mereka terhadap orang-orang Yahudi pada hakikatnya menyatakan, “Bunuhlah para mujahidin, musnahkanlah Gaza, hancurkanlah pepohonan dan bebatuan, tetapi jika memungkinkan, minimalkanlah adegan pembunuhan, melaparkan anak-anak dan para wanita. Namun, jika tidak memungkinkan, maka tidak ada masalah kerana hak-hak kalian lebih penting dari nyawa mereka.”
Adapun keputusan politik para penghisap darah entiti Yahudi dan AS adalah bahawasanya gerakan Hamas harus dilenyapkan dari semenanjung Gaza, seluruh mujahidin mesti dibunuh, Gaza mesti dibiarkan kosong dan tidak dibiarkan untuk mengancam entiti Yahudi pada masa hadapan.
Hal tersebut bertujuan agar Gaza menjadi seperti wilayah Tebing Barat yang mana pihak berkuasa Palestin memberikan sumbangan yang signifikan dan serius untuk menjaga keamanan Yahudi dan perjuangan mereka.
—
Pihak penguasa Palestin berjuang untuk bertahan hidup melalui projek kota atau wilayah yang diperintah oleh orang-orang yang terlibat dalam projek pelaburan Palestin, tetapi pemerintahannya di bawah bayang-bayang dan kedaulatan entiti Yahudi.
Surat khabar The Times of Israel melaporkan bahawa PM entiti Yahudi Benjamin Netanyahu merancang untuk mempertahankan keberadaan entiti Yahudi di semenanjung Gaza selama 10 tahun. Ini adalah jangka waktu yang diperlukan Yahudi untuk mengubah realiti semenanjung Gaza agar sama dengan realiti Tebing Barat.
Surat khabar itu juga menuliskan, “Akan diterapkan adanya pelucutan senjata-senjata berat dari semenanjung Gaza untuk kemudian ditempatkan di bawah kawalan pihak berkuasa Palestin. Hal ini mengingatkan kita pada pihak berkuasa Palestin dengan serangan dan operasi Israel yang tak ada penghujungnya terhadap pusat-pusat teroris (merujuk kepada hamas [ed.]) di semenanjung Gaza, serbuan yang dilakukan oleh tentera di Nablus dan Jenin, perobohan rumah-rumah teroris—jika rumah mereka dibina kembali pada saat itu — lalu penangkapan malam akan terus berlanjutan di Khan Yunis dan Shuja’iya.”
Keputusan untuk melanjutkan perang hingga ke terowong-terowong, mujahid, dan peluru berpandu terakhir telah diumumkan oleh pemimpin Yahudi dan AS, bahkan hal ini disampaikan ketika mereka berbicara mengenai gencatan senjata, kemanusiaan dan pertukaran tawanan. Keputusan tersebut mempunyai maksud bahawa perang akan dilanjutkan hingga wilayah, penduduk, dan persenjataan di Gaza hancur sepenuhnyaL.
PM entiti Yahudi Netanyahu mengatakan kepada saluran CBS Amerika, “Jika kita mencapai kesepakatan, prosesnya mungkin akan sedikit tertunda, tetapi ia akan tetap diselesaikan.”
Itu kerana para pemimpin Hamas menyedari rencana tersebut dan bahawasanya gencatan senjata hanya akan beri manfaat kepada entiti Yahudi dan Amerika—sebab hal tersebut memungkinkan mereka untuk melalui Ramadhan yang berbahaya di negeri-negeri muslim yang sedang bergolak, serta memulihkan tawanan sebanyak mungkin sebelum kembali membunuh rakyat yang lain dalam pencerobohan Rafah, sehingga Hamas bersikap tegas untuk gencatan senjata sepenuhnya dengan syarat penarikan pasukan dan berhentinya perang dalam jangka waktu tertentu.
Sudah pasti permintaan ini adalah bertentangan dengan rencana penjenayah Yahudi dan AS. Oleh kerana itu, Presiden AS, Joe Biden menyatakan, “Hamas mahukan gencatan senjata penuh kerana mereka percaya bahawa mereka memiliki peluang lebih baik untuk tetap hidup.”
Permintaan ini membuatkan AS dan Yahudi kecewa sebab mereka tidak berjaya menipu Hamas agar menerima gencatan senjata. Kemudian Netanyahu mengancam lagi dengan mengatakan, “Israel akan meneruskan serangannya terhadap Hamas dan juga Kota Rafah di selatan semenanjung Gaza, meskipun tekanan di peringkat antarabangsa akan meningkat.”
—
Namun, baik Hamas menerima tawaran (yang menipu) gencatan senjata ataupun tidak, entiti Yahudi terpaksa mengurangkan intensiti adegan pembunuhan dan tindakan jenayah terhadap warga Gaza dalam bulan suci Ramadhan. Ini kerana adanya tekanan dari AS yang takut dan khuatir akan berlaku hal-hal di luar kawalan dalam negeri-negeri muslim.
AS dan Yahudi menyedari bahawa satu “percikan api” yang tercetus di mana-mana negara Islam sebenarnya cukup untuk mengubah keadaan. Umat Islam akan kembali memulihkan kekuasaan mereka yang dirampas oleh penguasa boneka dan kolonialisme. Kemudian menggerakkan pasukannya menuju Gaza dan Masjidil Aqsa yang diberkati untuk membebaskannya sambil meneriakkan takbir dan tahlil. Mereka menyedari bahawa hal itu sangat mudah, sangat mungkin, tidak mustahil, dan tidak lama lagi akan berlaku.
Satu-satunya hal yang dapat membebaskan bangsa kami (Palestin, ed.) di Gaza atau menghentikan perang adalah adanya negara yang akan menggerakkan tenteranya, ataupun keyakinan Yahudi dan AS bahawa hal itu akan segera terjadi, sebagaimana tergambar pada pemasangan penghadang besi oleh orang-orang Yahudi di pintu masuk Masjidil Aqsa. Netanyahu tidak akan pernah mundur hingga rasa takut muncul di hadapannya, dan hal itu sudah sangat dekat.
Adapun berharap pada perselisihan perbezaan AS-Yahudi atau perselisihan antara-Yahudi di dalam negeri adalah kata-kata kosong yang tidak berpengaruh pada jalan perang, pembunuhan, juga kejahatan.
Hal yang sama juga berlaku bagi komuniti antarabangsa dan tekanan antarabangsa. Dramatisasi perselisihan ini tidak lain hanyalah sebuah penipuan yang dilakukan oleh beberapa ahli politik dan tokoh media untuk menghabiskan waktu dan memberikan kesempatan penuh kepada orang-orang Yahudi dan AS bagi melaksanakan rencana mereka hingga langkah terakhir. Ini kerana sejatinya, AS, Biden, Yahudi, dan Netanyahu sepakat untuk menghancurkan Gaza, membunuh mujahidin, dan menghentikan perlawanan yang ada. Perbezaan pendapat di antara mereka hanya terdapat pada beberapa perkara untuk mempertimbangkan opini awam global atau internal AS dan entiti Yahudi.
Meskipun ada perbezaan pendapat di antara mereka mengenai waktu perang berikutnya, tetapi mereka sepakat mengenai perang, kepentingannya, dan kepentingan kemenangan entiti Yahudi, khususnya kemenangan yang menghancurkan tubuh anak-anak, wanita, dan keruntuhan Gaza.
Hal seperti ini juga terjadi pada internal entiti Yahudi. Meskipun mereka berselisih, tetapi mereka semua sepakat mengenai kepentingan perang, serta kemenangan melawan Gaza dan perlawanan mereka serta kesiapan untuk melakukan pengorbanan yang menyakitkan.
Perselisihan media yang muncul di antara mereka pun bertujuan untuk mencapai tujuan tersebut. Contohnya sehari setelah perang, muncul berita mengenai peribadi Netanyahu, Lapid, Gantz, dan Gallant, juga hasil pilihanraya, serta siapa yang akan kalah dan menang di kabinet berikutnya.
Namun, berlanjutnya aktiviti perang, menghilangkan perlawanan, dan menghancurkan Gaza adalah perkara yang menjadi konsensus di antara semua parti Yahudi dan masyarakat Yahudi. Usaha untuk mendramatisasi perselisihan dan menjadikannya sampai pada tahap yang dapat menghentikan perang adalah sebuah ilusi, penipuan, dan buang masa agar mereka dapat capai apa yang diinginkan.
Hal yang sama juga berlaku pada apa yang disebut sebagai komuniti dan tekanan antarabangsa, di mana ia hanyalah seikat ranting dan letupan-letupan yang terkadang sedikit mengganggu Yahudi. Namun, para pemimpin Yahudi tahu bahawasanya komuniti antarabangsa tidak akan bertindak dan akan tetap diam. Mereka akan tetap aman dan selamat dari tindakan antarabangsa dan dari segala keributan selagi lampu hijau dan perlindungan Amerika tetap ada dan tegak.
Gaza dan penduduknya, Palestin dan Aqsanya tidak memiliki apa pun, kecuali umat Islam, tentera kaum muslim, serta para perwira dan komandan pasukan negara-negara muslim yang tulus. Jika mereka semua atau sebahagiannya tidak bertindak, kekufuran dan pengikutnya telah memutuskan perkara dan menentukan keputusan jahatnya.
Jiwa kesatria, Ramadhan, dan Islam sepatutnya dapat memotivasi umat Islam serta para perwira dan tenteranya untuk menolong saudara-saudara dan Aqsa mereka.

