Site icon MuslimahHTM News

Mengoptimumkan Ramadhan dalam Keluarga

[Keluarga] Mengoptimumkan Ramadhan dalam Keluarga

 

Penulis: Ummu Aisyah

 

Kehadiran Ramadhan selalu dinanti oleh kaum muslim dunia. Sudah seharusnya kita menjadikan bulan suci ini sebagai momen yang penuh berkah bagi keluarga. Bulan yang makin mendekatkan hubungan kita dengan ahli keluarga lainnya. Dengan demikian, Ramadhan hendaklah dioptimumkan agar keluarga kita makin tenteram, harmoni, dan mendapatkan pahala yang berlimpah dari Allah Taala.

 

Momentum Ramadhan

 

Ramadhan memang bulan istimewa bagi umat Islam. Bulan yang selalu dinanti. Bahkan, Rasulullah saw. mengajarkan doa, memohon agar usia kita disampaikan hingga Ramadhan. Bagaimana seharusnya keluarga kita mengisi Ramadhan yang penuh berkah ini?

 

Ada berbagai aktiviti yang harus dioptimumkan oleh keluarga muslim agar meraih ketaatan pada-Nya.

 

Pertama, rutin melaksanakan solat wajib secara berjemaah. Melaksanakan ibadah wajib akan mendapatkan pahala berlipat ganda. Sedangkan amalan sunah diganjar pahala seperti mengerjakan ibadah wajib. Dalam suasana khusyuk, ayah atau anak lelaki yang telah baligh boleh bergilir menjadi imam solat jemaah. Pasti suasana ini akan membuahkan ketenteraman dalam keluarga. Rasulullah saw. bersabda, “Solat jemaah itu melebihi solat sendirian dengan 27 darjat.” (HR Al-Bukhari).

 

Sudah pasti keutamaan solat berjemaah di tengah keluarga akan membawa keberkahan. Suasana keimanan akan menyelimuti keluarga. Sejatinya, solat akan membawa pada ketaatan dan ketundukan terhadap Allah Taala.

 

Kedua, bertadarus Al-Quran bersama seluruh ahli keluarga. Kesempatan ini juga boleh digunakan untuk saling menyemak dan membetulkan bacaan Al-Quran. Ayah dan ibu boleh mengajari anak-anak atau kakak mengajari adiknya. Sepanjang Ramadhan, upaya perbaikan ini hendaklah terus dilakukan agar semua mampu membaca Al-Quran dengan baik dan benar. Selain bernilai pahala yang besar, amalan ini juga akan menciptakan bi’ah (persekitaran) yang baik dalam keluarga dan akan menguatkan hubungan kekeluargaan.

 

Mulailah dengan membaca Al-Quran secara bergilir, lalu mempelajari beberapa ayat dengan menerjemahkan dan membaca tafsirnya. Membaca secara perlahan akan membantu seseorang memahami dan menadaburi maknanya. Semua amalan ini akan memunculkan kecintaan keluarga terhadap kebiasaan membaca Al-Quran. Keluarga juga akan yakin terhadap mukjizat Al-Quran sebagai kalam Allah Taala. Seterusnya, tanamkan pemahaman bahawa kitab Allah ini mampu menyelesaikan setiap permasalahan kehidupan. Allah Swt. berfirman, “Hai manusia, sungguh telah datang kepada kalian pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi banyak penyakit (yang ada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang beriman.” (TMQ Yunus [10]: 57).

 

Ketiga, menyemarakkan qiyamul-lail dan berdoa bersama. Tarawih bersama keluarga, lalu berdoa bersama. Panjatkan syukur kepada Allah kerana dapat menjalani Ramadhan bersama keluarga. Hidupkan malam-malam Ramadhan dengan melakukan solat tahajud sebelum sahur bersama.

 

Keempat, mengisi waktu setelah solat tarawih atau solat Subuh dengan diskusi dan bedah buku. Temanya tentang keumatan. Boleh juga mencari solusi permasalahan sesuai sudut pandang Islam. Setiap ahli keluarga boleh berpendapat. Hal ini akan membuat komunikasi keluarga makin hangat. Jika sebelumnya diskusi keluarga terkait masalah individual saja, saat Ramadhan menjadi peluang menaikkan taraf kepedulian terhadap umat. Hal ini kerana peduli terhadap keadaan umat merupakan pesan Rasulullah saw.,

 

“Siapa saja yang tidak mempedulikan urusan kaum muslim, dia bukan dari golonganku.” (HR Ath-Thabarani).

 

Kelima, mengadakan pembelajaran bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran dan hadis yang menjadi sumber aturan kehidupan kaum muslim. Imam Syafie rahimahulLah berpendapat bahawa wajib bagi setiap muslim belajar bahasa Arab sesuai kesanggupannya. Tujuannya agar benar dalam bersyahadat, membaca Al-Quran, melafazkan zikir yang diwajibkan, seperti takbir, tasbih, tasyahud, dan lain-lain. Begitu juga mempelajari kaedah nahu, saraf, dan ikrab. Membaca dan menghafalkan Al-Quran akan lebih mudah dengan memahami bahasa Arab, sekaligus akan meningkatkan daya literasi keluarga dengan literasi Islam.

 

Keenam, menyelenggarakan latihan berceramah tentang Islam bagi setiap ahli keluarga, terutama bagi anak-anak yang sudah besar. Mereka akan menjadi contoh bagi adik-adiknya kelak. Masing-masing anak mempersiapkan bahan ceramahnya secara ringkas. Ayah dan ibu berperanan membantu mereka mempersiapkan bahannya. Suasana ini akan meningkatkan persaingan yang sihat dan positif. Diharapkan kemampuan berkomunikasi mereka akan makin terlatih. Kemudian mereka mampu menuliskan pendapatnya untuk disampaikan kepada ahli keluarga lain. Semangat amar makruf nahi mungkar akan tumbuh subur dalam keluarga.

 

Ketujuh, menyuburkan amal sedekah. Ramadhan memiliki nama lain, iaitu Syahrul Muwasah (bulan penuh kemuliaan). Beramal soleh dengan sedekah, terutama pada bulan penuh kemuliaan ini tentu sangat diutamakan. Rasulullah saw. bersabda, “Jika telah datang awal malam Ramadhan, diikatlah para syaitan dan jin-jin yang jahat. Ditutup pintu-pintu neraka. Tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Dibukalah pintu-pintu syurga. Tidak ada satu pintu pun yang tertutup. Berseru seorang penyeru, ‘Wahai orang yang ingin kebaikan, lakukanlah. Wahai orang yang ingin keburukan, kurangilah.’ Allah membebaskan beberapa orang dari neraka. Hal itu terjadi pada setiap malam.” (HR At-Tirmidzi).

 

Khatimah

 

Demikianlah, banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama keluarga di sepanjang bilan Ramadhan. Semuanya bernilai pahala dan kebaikan. Jika keluarga muslim dapat mengoptimumkan Ramadhan dengan aktiviti seperti ini, mentaliti yang teguh terhadap ujian dunia akan terbentuk sesuai arahan syariat. Sikap optimis akan muncul dalam keluarga saat menyikapi permasalahan. Semua masalah pasti ada solusinya. Syaratnya mesti sentiasa bersandar pada syariat Islam. Termasuk harapan akan tuntasnya seluruh permasalahan yang muncul dalam sistem kapitalisme dengan diterapkannya syariat Islam.

 

Keluarga muslim seperti ini adalah keluarga yang akan menjadi dasar pengukuh Islam dalam masyarakat. Mereka akan mampu menjadi keluarga yang membawa kebaikan hingga dikumpulkan kembali di akhirat kelak dalam keredhaan Allah Taala.

 

Wallahualam bissawab.

 

Sumber: alwaie[dot]net

Exit mobile version