[KAPSUL SYAWAL] HARI RAYA BAGI UMAT ISLAM
Sebelum ajaran Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di kota Mekah, masyarakat Arab Jahiliyah Arab telah memiliki dua hari raya, iaitu perayaan Nairuz dan Mahrajan. Kedua-dua perayaan ini merupakan tradisi yang berasal dari zaman Persia Kuno.
Kaum Arab Jahiliyah menyambut perayaan itu dengan tarian, seperti tarian perang dan ketangkasan selain menyanyi dan memakan makanan enak dan minuman memabukkan. Ketika itu juga setiap kaum mempunyai hari raya masing-masing.
Setelah itu, turunnya kewajipan untuk menunaikan ibadah puasa Ramadhan pada tahun 2 Hijrah. Rasulullah SAW bersabda:
فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ
”Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.’
(Hadis Riwayat Daud dan Nasai)

