Site icon MuslimahHTM News

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445 H

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445 H

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Allahu akhbar
Allahu akhbar
Allahu akhbar
Walillah ilham

الحمدلله

Kita semua telah pun selesai menjalani ibadah puasa di bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah swt. Dan semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya cerminan dari ketakwaan hasil tarbiah di bulan Ramadhan. Pada hari ini, Allah SWT menghadiahkan kita hari raya Aidilfitri. Aidilfitri ini bermaksud kita kembali dalam keadaan bersih daripada dosa. Sebagaimana hadis dari Rasulullah SAW,

“Barang siapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Ramadhan menjadi medan tarbiyah menjadikan kita insan yang bertakwa untuk 11 bulan akan datang sehingga kita bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan. Namun, bagaimana untuk kita benar-benar dapat menjaga ketakwaan ini untuk 11 bulan yang akan datang? Umat Islam bukan sahaja tidak diatur dengan syariat Islam, malah kita juga terdedah dengan pelbagai hadharah yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, umat Islam di beberapa negara seperti Palestin, Yaman, Xinjiang dan Sudan sedang bergelut dengan peperangan, penindasan, kemiskinan melampau dan kebuluran. Hari raya yang sepatutnya disambut dengan kemenangan oleh seluruh umat Islam, tidak menggambarkan kemenangan yang hakiki, akibat sempadan nasionalime yang ditanam ke dalam diri kaum muslim. Kita hanya mampu melihat dan berdoa, namun tiada satupun pemimpin umat Islam yang mampu untuk bangkit membebaskan penderitaan mereka. Inilah sebenarnya bentuk penjajahan alaf baru yang membungkam seluruh kaum muslim dalam merealisasikan hadis Rasulullah saw berikut,

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya).” (HR Muslim).

Akhwati Rahimakumullah, sudah sampai masanya, kita sama-sama bangkit membangun kesatuan ummah membentuk ‘The Power of Ummah’ seperti firman Allah SWT, kita adalah umat yang terbaik. Mulakan langkah pertama kita di hari yang mulia ini, setelah sebulan penuh kita membangun dan meningkatkan ketakwaan, yang dipenuhi dengan rahmah dan maghfirah.

Kami menyeru kepada anda seluruh kaum muslim untuk bersungguh-sungguh mengamalkan syariat Islam dan berjuang bersama bagi tegaknya syariat Islam secara kâffah, dan menempatkan perjuangan penegakan syariah sebagai agenda utama kita.

Sesungguhnya, penerapan syariah dalam kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara, merupakan kewajipan bagi setiap muslim, sekaligus merupakan bukti kejayaan kita dalam meraih ketakwaan. Penerapan syariah ini pula merupakan petanda bahawa telah kembalinya umat ini kepada fitrahnya, sebagaimana yang dikehendaki dalam ibadah shaum Ramadhan. Semoga kita tidak termasuk golongan orang-orang yang merasa dirinya telah beriman dan bertakwa tetapi tidak diakui keimanannya oleh Allah SWT kerana masih menjadikan taghut sebagai aturan kehidupannya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim pada taghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh jauhnya”.  [TMQ An-Nisa’ (4): 60]

Wallahu ‘alam

Daripada Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia

#Aidilfitri1445H #HariRaya #HariKemenangan #Syawal1444H

Exit mobile version