Site icon MuslimahHTM News

KEWAJIPAN BERJILBAB BAGI MUSLIMAH

[KAPSUL SYAWAL] KEWAJIPAN BERJILBAB BAGI MUSLIMAH

 

Ketika seorang Muslimah berada di luar rumah dalam rangka menyambut Hari Raya Aidilfitri, misalnya ke masjid bagi mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri, Mendengar Khutbah Aidilfitri atau aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara, hendaklah Muslimah tersebut mengenakan Jilbab.

 

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ، قالَتْ: أَمَرَنَا رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنْ نُخْرِجَهُنَّ في الفِطْرِ وَالأضْحَى، اَلْعَوَاتِقَ، وَالْحُيَّضَ، وَذَوَاتِ الخُدُورِ، فأمَّا الحُيَّضُ فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلَاةَ، وَيَشْهَدْنَ الخَيْرَ، وَدَعْوَةَ المُسْلِمِينَ، قُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، إحْدَانَا لاَ يَكُوْنُ لَهَا جِلْبَابٌ، قَالَ: لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِن جِلْبَابِهَا

Dari Ummu ‘Athiyah ra. dia berkata, “Rasulullah saw. telah memerintahkan kami (kaum wanita) untuk keluar rumah pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, baik gadis-gadis yang baru baligh, wanita-wanita yang sedang haid, mahupun gadis-gadis pingitan. Adapun kaum wanita yang sedang haid, mereka tidak ikut solat, tetapi mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah untuk kaum muslimin. Aku (Ummu ‘Athiyah ra.) berkata, ‘Wahai Rasulullah, salah seorang wanita dari kami tidak mempunyai jilbab.’ Maka Rasulullah saw. bersabda, ‘Hendaklah saudaranya sesama muslimah meminjamkan jilbabnya kepadanya.’” (HR. Bukhari, no. 980; Muslim, no. 883).

 

Jilbab syarie ialah busana sekeping (bukan potongan) yang longgar yang menutupi seluruh tubuh seorang wanita muslimah yang dipakai di atas baju rumahnya, semisal kaftan, blouse berserta seluar panjang, dsb..

 

Syeikh ‘Atha bin Khalil Abu ar-Rasytah, seorang ulama Palestin, penulis kitab Taysīr Al-Wushūl Ilā Al-Ushūl, menjelaskan definisi yang sama untuk jilbab syarie, sebagai berikut,

 

الْجِلْبَابُ هُوَ ثَوْبٌ وَاسِعٌ فَوْقَ مَلاَبِسِهَا الْمُعْتَادَةِ يُرْخىَ إِلىَ أَسْفَلَ حَتىَّ الْقَدَمَيْنِ

“Jilbab adalah sebuah baju yang longgar di atas baju rumahnya yang biasa dipakainya, yang terhulur hingga ke bawah hingga kedua kakinya.”

Exit mobile version