SUMBER UTAMA MASALAH ADALAH HATI DAN FIKIRAN KITA
Oleh : KH. Hafidz Abdurrahman
Banyak di antara kita yang tidak menyedari, bahawa sumber utama masalah dalam hidup kita ternyata bukan dari luar, tetapi dari dalam diri kita sendiri. Dari dalam hati dan fikiran kita.
Pernahkah anda merasakan ketakutan luar biasa, sehingga tidak dapat makan, tidur, dan terus gelisah? Padahal di luar sana tidak terjadi apa-apa. Apa yang kita takutkan dan membuat kita gelisah tidak dapat tidur, ternyata baik-baik saja.
Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan kita gelisah, takut dan tidak dapat tidur itu? Hati dan fikiran kita.
Itulah, mengapa Islam mengajarkan keimanan kepada yang ghaib, kepada Allah, pengaturan Allah, ilmu Allah, Qadha dan Qadar Allah, yang mesti kita yakini dengan benar, kuat dan jernih. Termasuk soal jodoh, rezeki dan ajal.
Kerana keyakinan itulah yang membuat hati kita bersih, fikiran kita jernih dan tenang. Tidak ada ketakutan, kekhuatiran dan kegelisahan. Tidak mempunyai wang tenang. Mendapat musibah tenang. Begitu juga saat mendapat nikmat, tidak terbang apalagi sombong. Biasa saja.
Begitulah hati jika bersih, dan fikiran jika jernih. Semuanya itu kerana kita mempunyai akidah Islam yang benar, jernih dan cemerlang.
Maka, bersihkan hatimu. Berfikirlah dengan kekuatan Allah, bukan kekuatan makhluk. Saat itulah, anda akan menemukan berbagai keajaiban dalam hidup.[]

