[Nafsiyah] Hari Raya, Dakwah dan Ukhuwah Jalan Terus
Oleh: Ustaz M. Rahmat Kurnia
Semoga Allah SWT. selalu memberikan barakah-Nya kepada kita semua. Alhamdulillah, kita masih diberikan usia untuk bertemu Ramadhan dan beramal soleh sepanjang Ramadhan tahun ini. Ketika datang Aidilfitri, kita bersedih sekaligus berbahagia. Mengapa? Ini kerana ada satu janji-Nya yang kita yakini dan sudah kita dapatkan.
Rasulullah saw. bersabda,
“Barang siapa yang berpuasa saat Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya pada masa lalu akan diampuni.” (HR Bukhari dan Muslim).
Oleh sebab itu, ketika Aidilfitri tiba, hati kita bahagia. Bukan bahagia kerana mempunyai makanan atau kerana kewajipan Ramadhan sudah berlalu. Akan tetapi kita bahagia kerana saat Aidilfitri kita lahir sebagai manusia baru yang diampuni oleh Allah SWT, insyaallah. Semoga kita termasuk orang-orang yang seperti itu.
Jadi, adalah sesuatu wajar jika kita bahagia. Bahagia yang murni dan hakiki, bukan bahagia yang bersifat material. Di antara wujud rasa syukur kita kepada Allah SWT, umumnya kita melakukan silaturrahmi dengan ahli keluarga, sanak saudara, kaum kerabat, dan sebagainya. Ini suatu hal yang luar biasa.
Allah SWT. berfirman,
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah kedua saudaramu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kepada Allah agar kamu dirahmati.” (TMQ Al-Hujurat: 10).
Ayat ini menjelaskan, bahawa orang-orang mukmin itu bersaudara. Oleh kerana itu, kita diperintahkan mendamaikan di antara mereka, jangan ada perselisihan. Apa yang menarik di bahagian akhir ayat ini yang memerintahkan kita bertakwa kepada Allah SWT. agar kita dirahmati dan disayangi-Nya.
Sesungguhnya ketika Ramadhan, kita diperintahkan meraih takwa agar diberi kasih sayang-Nya. Kita juga diperintahkan menjalin kasih sayang dengan sesama muslim, yakni dengan bersilaturrahmi.
Lihatlah Aidilfitri pada masa lalu. Kita ketahui bahawa Ramadhan diwajibkan pada 2 H. Saat itu terjadi perang Badar, setelahnya diperintahkan Aidilfitri untuk pertama kali. Banyak sahabat yang solat Aidilfitri dalam keadaan cedera. Ertinya, Aidilfitri bukan sekadar bahagia dan bersilaturrahmi, tetapi merayakan kemenangan dalam dakwah dan perjuangan Islam.
Aidilfitri bukan sekadar momen kebahagiaan, akan tetapi juga momen dakwah dan silaturrahmi. Oleh kerana itu, saat Aidilfitri datang, dakwah dan terus bersilaturrahim.
*Disarikan dari channel YouTube Khilafah Channel Reborn.
#hikmahaidilfitri #syawalreminder

