Site icon MuslimahHTM News

BOLEH SESAT TANPA KHILAFAH

BOLEH SESAT TANPA KHILAFAH

Oleh: Ustaz Azizi Fathoni

Sayyidina Umar bin Khattab ra. benar-benar khuatir (baca: menjangkakan) bahawa dengan berlalunya waktu yang lama nanti umat ini boleh tersesat dengan meninggalkan hukum yang telah Allah turunkan, iaitu hukum rejam. Hukuman bagi pelaku zina yang muhshan.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال قال عمر: لقد خشيت أن يطول بالناس زمان حتى يقول قائل لا نجد الرجم في كتاب الله فيضلوا بترك فريضة أنزلها الله ألا وإن الرجم حق على من زنى وقد أحصن إذا قامت البينة أو كان الحبل أو الاعتراف . قال سفيان كذا حفظت: ألا وقد رجم رسول الله صلى الله عليه وسلم ورجمنا بعده . رواه البخاري في صحيحه

Dari Ibn Abbas ra berkata, Umar bin Khattab ra pernah berkata: “Sungguh aku sangat khuatir akan berlangsung masa yang begitu lama di tengah-tengah umat Islam, hingga akhirnya nanti ada yang berkata: “Kami tidak menemukan hukum rejam di kitab Allah (Al-Quran)”. Maka (dengan begitu) mereka menjadi SESAT kerana telah meninggalkan kewajipan yang telah Allah turunkan. Ketahuilah bahawa hukum rajam itu adalah benar adanya bagi siapa-siapa yang berzina sedang ia telah muhshon (telah menikah dan telah mencampuri isteri/suaminya), jika terbukti dengan adanya bayyinah (4 saksi lelaki), atau kehamilan (pihak wanita), atau pengakuan (pelaku).'”

Berkata Sufyan (perawi): begini yang aku hafal (dari perkataan Umar): “Ketahuilah bahawa Rasulullah saw benar-benar telah menerapkan hukum rejam, dan kami juga merejam sepeninggal Beliau.”
(HR. Al-Bukhari dalam sahihnya)

Kalau meninggalkan hukum rejam saja boleh jatuh sesat, bagaimana kalau bukan hanya hukum rejam, tapi juga hudud yang lain (hukum mencuri, tarikus shalah, murtad, syaribil khamr, liwath, quththa’i thariq, dsb), qishah (membunuh, mencederakan, memotong anggota tubuh), dan hukum-hukum yang mengatur urusan awam lainnya. Apalagi disertai keyakinan tidak wajib, bahkan tidak relevan dan dianggap mudarat. Apa tidak lebih parah lagi kesesatannya.

Itu semua lantaran ditinggalkan institusi pelaksananya, iaitu sistem syariat Islam yang bernama KHILAFAH.

Mari songsong kembali kemuliaan dunia dan akhirat dengan Islam, dengan melibatkan diri dalam dakwah mengembalikan lagi kehidupan Islam.

إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم

Exit mobile version