ADAKAH SHAUM RAMADHAN KITA DITERIMA ATAU TIDAK?
Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar
Ternyata hanya Allah SWT sahaja yang tahu sama ada shaum Ramadhan dan amal-amal soleh kita diterima atau tidak.
Namun demikian, sebahagian ulama menetapkan satu kriteria penting untuk mengetahui sama ada shaum kita, juga amal-amal kita sepanjang Ramadhan, diterima oleh Allah SWT atau tidak. Kriteria penting tersebut adalah: Adakah shaum Ramadhan kita dilanjutkan dengan shaum sunnah enam hari pada Bulan Syawal dan shaum-shaum sunnah lainnya atau tidak? Begitu juga dengan amal-amal lain sepanjang Ramadhan seperti qiyamullail, tilawah al-Quran, infak dan sedekah dll: Adakah semua amalan tersebut tetap terus dilanjutkan setelah Ramadhan atau tidak?
Demikian sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahulLaah:
*أن معاودة الصيام بعد صيام رمضان علامة على قبول صوم رمضان فإن الله إذا تقبل عمل عبد وفقه لعمل صالح بعده كما قال بعضهم: ثواب الحسنة الحسنة بعدها فمن عمل حسنة ثم اتبعها بعد بحسنة كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى كما أن من عمل حسنة ثم اتبعها بسيئة كان ذلك علامة رد الحسنة و عدم قبولها*
“Kembali berpuasa setelah menunaikan puasa Ramadhan adalah salah satu tanda amalan puasa Ramadhan itu diterima oleh Allah SWT. Sebab, jika Allah menerima amalan seorang hamba, Allah akan memberi dia taufik untuk terus melakukan amalan soleh setelah itu. Sebagaimana dikatakan oleh sebahagian ulama, “Imbalan (pahala) atas kebaikan adalah kebaikan selanjutnya.” Oleh kerana itu, siapa saja yang melakukan kebaikan, lantas dia ikuti dengan kebaikan selanjutnya, maka itu tanda amalan kebaikan sebelumnya diterima oleh Allah SWT. Sebaliknya, siapa saja yang melakukan kebaikan, lantas setelahnya malah diikuti dengan keburukan, maka itu tanda kebaikan tersebut tertolak dan tidak diterima oleh Allah.” (Ibnu Rajab al-Hanbali, Lathaa-if al-Ma’aarif, hlm. 388).
Dalam bahasa sebahagian ulama lain dikatakan:
*إن من ثواب الحسنة الحسنة بعدها، وإن من جزاء السيئة السيئة بعدها*
“Sungguh di antara yang termasuk imbalan (pahala) atas suatu kebaikan adalah kebaikan lagi setelahnya. Sebaliknya, di antara yang termasuk balasan atas keburukan adalah keburukan lagi setelahnya.” (Imam Ibnu Katsir, Tafsiir al-Qur-aan al-‘Azhiim, 2/498).
WalLaahu a’lam bi ash-shawaab.
#hikmahsyawal #hikmahaidilfitri #syawalreminder

