[HIKMAH] HIKMAH-HIKMAH TAKWA
Oleh: KH. M. Shiddiq Al Jawi (Ahli Fiqh Kontemporari)
- Allah SWT memberi jalan keluar dari masalah/kesulitan, dan mendapat rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
Allah SWT berfirman:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ [الطلاق:2-3]
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (TMQ Ath-Thalaq: 2-3).
- Mendapat furqan (kemampuan membezakan yang haq dengan yang batil) dari Allah SWT.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ
فُرْقَانًا [الأنفال:29]
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan furqan (kemampuan membezakan antara yang hak dan batil).” (TMQ Al-Anfal: 29).
- Mendapat penutupan kesalahan-kesalahan, pengampunan dosa, dan pembesaran pahala dari Allah SWT.
Firman Allah SWT:
إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ [الأنفال:29]
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan furqan (kemampuan membezakan antara yang hak dan batil) kepadamu dan menghapus segala kesalahanmu dan mengampuni dosa-dosamu.” (TMQ Al-Anfal: 29).
Firman Allah SWT:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا [الطلاق:5]
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.” (TMQ Ath-Thalaq: 5).
- Mendapat kemudahan dalam melaksanakan urusan.
Firman Allah SWT:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا [الطلاق:4]
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” (TMQ Ath-Thalaq: 4).
- Mendapat keselamatan dari bahaya musuh dan orang jahat.
Firman Allah SWT:
وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ [آل عمران:120].
“Jika kamu bersabar dan bertakwa, tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala apa yang mereka lakukan.” (TMQ Ali ‘Imran: 120).
- Mendapat pengakhiran (kesudahan) yang baik, di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT:
فَاصْبِرْ إِنَّ الْعَاقِبَةَ لِلْمُتَّقِينَ [هود:49]
“Maka bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (TMQ Huud: 49).
Firman Allah SWT:
وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى [طه:132]
“Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (TMQ Thaha: 132).
- Mendapat limpahan berbagai keberkahan dari langit dan bumi.
Firman Allah SWT:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَٰتٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.” (TMQ Al-A’raf: 196).
- Masuk ke dalam syurga.
Firman Allah SWT:
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ [الذاريات:15]
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air.” (TMQ Adz-Dzariyat: 15).
Firman Allah SWT:
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ [الطور:17]
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam syurga dan kenikmatan.” (TMQ Ath-Thur: 17).
Firman Allah SWT:
إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ [القلم:34]
“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhan mereka.” (TMQ Al-Qalam: 34).
= = =
Rujukan:
https://binbaz.org.sa/articles/61/التقوى-سبب-كل-خير
#hikmahtakwa #kesantakwa

