Site icon MuslimahHTM News

Menghuraikan Simpulanan Besar dengan Pemikiran Cemerlang (Bahagian 2/4)

[Ath-Thariq] Menghuraikan Simpulanan Besar dengan Pemikiran Cemerlang (Bahagian 2/4)

Penulis: Syekh Ahmad Athiyat

 

Setelah meneliti realiti sistem dan hubungannya dengan bintang-bintang, kita menemukan bahawa sistem ini bukanlah bahagian dari benda-benda angkasa tersebut, maka sistem atau garis edar merupakan ungkapan bahawa Asy-Syari’ (pembuat hukum) yang mengatur perjalanan benda-benda angkasa di atas sistem tersebut secara terus-menerus, sedangkan Asy-Syari’ tersebut bukanlah sa’ir (yang beredar) ataupun sayarah (planet yang diedarkan). Bahawasanya sebuah bahagian dari sesuatu merupakan unsur yang membentuk sesuatu itu, sehingga jika kita huraikan benda-benda angkasa menjadi bahagian-bahagian yang membentuknya, kita tidak akan menemukan salah satu pembentuknya atau bahagiannya yang disebut dengan sistem.

 

Tiada lain kerana sistem yang menguasai sesuatu, apa pun itu, merupakan sesuatu yang lain. Dengan demikian, sistem yang menentukan aktiviti alat radio, misalnya, bukanlah radio itu sendiri. Seandainya kita huraikan radio ke dalam bahagian-bahagian yang membentuknya, nescaya tidak akan kita temukan sebuah bahagian yang disebut dengan sistem.

 

Kemudian bahawasanya sesuatu itu mengawal atau mengendalikan bahagian dirinya dan tidak tunduk pada bahagiannya itu, misalnya tangan merupakan bahagian dari tubuh, maka tubuh mengendalikan tangan tersebut sebagaimana ia inginkan. Akan tetapi, kita menemukan sebaliknya dalam hubungan benda-benda angkasa dengan sistem atau garis edar atau orbit. Benda-benda angkasa tersebut tunduk pada sistem, tetapi tidak sebaliknya sehingga menunjukkan bahawa sistem yang mengatur benda-benda angkasa tidaklah menjadi bahagian dari benda angkasa tersebut.

 

Adapun berkaitan dengan keberadaan sistem atau garis edar atau orbit sebagai sebuah khasiat (sifat dan ciri khas) benda-benda angkasa, dengan ungkapan lain benda-benda angkasa memiliki khasiat untuk mengatur atau mampu untuk mengatur peredarannya, maka bukti yang terindera tidak menunjukkan hal itu. Jika ingin membuktikan sesuatu itu mampu mengatur atau membuktikan keberadaan khasiat mampu mengatur pada benda itu, maka perlu dibuktikan dahulu bahawa benda tersebut telah melakukan proses pengaturan walau hanya sekali saja.

 

Ketika kita menetapkan bahawa seseorang (memiliki sifat boleh) berbicara, maka orang tersebut mestilah boleh berbicara walau hanya satu kata. Adakah benda-benda angkasa mengatur dirinya sendiri walau hanya sekali saja? Tentu saja tidak. Ini kerana manusia sejak memahami alam semesta, dia melihat alam semesta dengan benda-benda angkasanya itu berjalan dalam satu sistem yang teratur yang tidak pernah berubah sehingga menunjukkan keperluan benda-benda angkasa atas sebuah khasiat pengaturan, kerana khasiat ini hanya tampak dalam pengaturan, yakni mengganti sebuah aturan dengan aturan lain secara teratur atau disebut dengan perubahan.

 

Bahawasanya khasiat memiliki erti sebagai apa yang diberikan pada diri sesuatu, atau apa yang dihasilkan dari sesuatu yang ada atau dibangun dalan bentuk tertentu, seperti sepotong besi yang jika diasah akan diberi khasiat memotong sehingga besi tersebut mampu memotong apa pun yang mengandungi potensi boleh dipotong seperti daun, daging, dan sebagainya.

 

Kemampuan ini tampak pada setiap keadaan dan tidak akan gagal kecuali dengan adanya mukjizat. Misalnya manusia memiliki khasiat mengatur sebagai akibat adanya otak yang layak untuk menghubungkan sebuah realiti dengan informasi awal, kerana kita melihat orang ini selalu mengubah keadaan hidupnya dan tidak beku dalam satu keadaan, makin tinggi khasiatnya, maka makin besar pula kemampuannya untuk mengatur dan mengubah.

 

Adakah salah satu benda angkasa mampu mengubah sistem yang mengatur perjalanannya sendiri walau hanya sekali saja? Tentu saja tidak, seandainya hal itu pernah terjadi, mungkin kita tidak akan pernah ada dan duduk membahas masalah ini.

 

Oleh kerana itu, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa garis edar benda-benda angkasa atau orbitnya atau sistem yang mengatur perjalanannya bukanlah bahagian dan tidak menjadi khasiat dari benda-benda angkasa tersebut, tetapi sistem itu merupakan sesuatu yang lain secara mutlak.

 

Pada saat alam semesta ini seluruhnya merupakan kumpulan benda-benda angkasa, sedangkan setiap benda angkasa memperlukan sistem yang mengaturnya, maka alam semesta dengan kumpulannya itu memiliki sifat memerlukan kerana kumpulan berbagai keperluan dengan sendirinya merupakan sebuah keperluan.

 

Kerana alam semesta, manusia, dan kehidupan merupakan sesuatu yang boleh diindera manusia dan terbukti memiliki sifat memerlukan, maka semua itu merupakan makhluk yang diciptakan. Kerana sesuatu yang memerlukan tidak mungkin menjadi pencipta, di mana Al-Khaliq (Pencipta) tidak memerlukan sesuatu pun kerana ia telah menciptakan segala sesuatu dari tidak ada kepada ada. Berdasarkan hal ini, maka Al-Khaliq (Pencipta) pasti merupakan sesuatu di luar bingkai alam semesta, manusia, dan kehidupan.

 

Sumber: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)

Exit mobile version