[Ath-Thariq] Menghuraikan Simpulan Besar dengan Pemikiran Cemerlang (Bahagian 3/4)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
Pencipta bukanlah makhluk yang diciptakan sehingga Dia perlu bersifat azali yang tidak berawal, kerana seandainya Dia merupakan makhluk (yang diciptakan), nescaya Dia tidak menjadi khalik (yang menciptakan). Tidak mungkin ada sesuatu, kecuali menjadi khalik atau menjadi mahkluk, dan keduanya merupakan dua entiti yang sama sekali berbeza, satu dengan yang lain sangat kontradiktif. Seandainya Dia memiliki permulaan, nescaya Dia memerlukan pada yang mengadakannya. Ini jelas batil, kerana khalik sama sekali tidak memiliki sifat memerlukan.
Paparan tadi diperoleh melalui pemikiran cemerlang sebagai jawapan atas persoalan-persoalan seputar hakikat alam semesta, manusia, dan kehidupan, dan hubungannya dengan sebelum dan sesudah keberadaan ini semua, dan di dalamnya ada pembuktian rasional yang menunjukkan keberadaan Pencipta, dengan jalan membuktikan sifat memerlukan pada makhluk.
Kadang dikatakan bahawa segala benda yang ada di alam semesta sesungguhnya memerlukan benda lain yang bersifat material, dan tidak memerlukan pada sesuatu yang lain di luar bingkai alam semesta. Manusia memerlukan air, manusia dan air keduanya merupakan materi, yakni materi yang memerlukan pada materi lain sehingga sifat memerlukan ini tidaklah menunjukkan keberadaan Pencipta.
Tanggapan atas pernyataan seperti ini: bahawasanya manusia ketika memerlukan air, misalnya, yang keduanya merupakan materi, maka manusia tersebut memerlukan air dengan atau kerana sebuah aturan tertentu, bukan memerlukan air sahaja. Misalnya ketika seseorang memerlukan air, maka keperluannya akan air itu disertai dengan perkadaran (nisbah) tertentu, jika perkadaran ini memiliki tahap yang berbeza, baik bertambah atau berkurang, maka manusia tersebut tidak memperoleh faedah yang diinginkan dari air yang diperolehnya itu.
Jika kita tetapkan seseorang memerlukan satu liter air setiap hari, seandainya kita berikan dua liter air, maka akan membawa mudarat baginya, mungkin dalam jangka panjang boleh mengakibatkan kematiannya. Jika kita berikan kurang dari satu liter juga akan memudaratkannya, serta dalam jangka panjang boleh membawa pada kematiannya.
Begitu juga agar air boleh mendidih, maka ia memerlukan panas dengan perkadaran (tahap rata-rata) tertentu dan di dalam keadaan tertentu pula, tidak hanya perlu panas saja. Air tidak akan mendidih kecuali dalam keadaan tertentu ketika perkadaran antara panas dan tekanan udara 100 darjah celcius dan 67 tekanan udara. Seandainya perkadaran ini berubah, maka titik didih yang diinginkan tidak akan tercapai, maka dari mana perkadaran atau aturan dalam dua contoh di atas serta berbagai hal yang terindera yang serupa?
Perkadaran atau aturan tersebut bukan datang dari air tersebut. Jika tidak, maka air tersebut boleh mendidih pada tahap suhu berapa pun, dan nescaya seribu tangki penampungan air akan mengewap hanya dengan sebatang lilin. Begitu juga sesungguhnya aturan tersebut bukan berasal dari manusia. Jika tidak, nescaya manusia boleh mengubahnya sesuai dengan keinginan dan hawa nafsunya.
Berdasarkan hal ini, kita mengetahui bahawa suatu benda bukan sekadar memerlukan benda lain sahaja, tetapi memerlukan sebuah benda dalam sebuah aturan tertentu yang ditetapkan atas suatu benda itu. Aturan tersebut bukan berasal dari benda, kerana segala sesuatu yang ada di alam semesta merupakan benda. Sedangkan aturan-aturan tersebut tidaklah menjadi bahagian dari benda, juga tidak menjadi khasiat benda itu.
Walaupun telah begitu jelas paparan tadi, tetapi sebahagian orang masih enggan menerima kejelasan dan kesederhanaan tadi dan terus bertekad untuk mempersulit persoalan. Sebahagian dari mereka menyangka bahawa sumber perkadaran dan hukum-hukum atau aturan tadi sesungguhnya merupakan majmu’ ma fil kaun (kumpulan benda-benda di alam semesta) sendiri.
Mereka mengatakan bahawa segala benda memerlukan benda lain sesuai dengan aturan tertentu. Walaupun begitu, aturan ini sesungguhnya merupakan hasil dari saling berkumpulnya sesuatu dengan sesuatu yang lain, atau keberadaan segala sesuatu di alam secara bersamaan dan mereka menamakan hal ini sebagai majmu’ ma fil kaun (kumpulan benda-benda di alam semesta), mereka menyangka bahawa kumpulan ini tidak memerlukan sesuatu yang lain.
Bantahan atas pendapat mereka ini adalah:
- Penelitian rasional tidak ditegakkan kecuali atas sebuah realiti, atau sesuatu yang memiliki realiti, yakni sesuatu yang terindera secara langsung atau terindera gejala/pengaruhnya. Adapun membahas sebuah imaginasi (al-takhayulat) atau andaian (al-iftiradlat), maka tidak menjadi bahasan rasional, sesungguhnya hanya menjadi bahasan sebuah khayalan yang tidak bernilai.
Pernyataan seseorang tentang adanya sesuatu—selain segala sesuatu yang terindera, yakni majmu’ ma fil kaun (kumpulan benda-benda di alam semesta), sesungguhnya dari segi ini, kerana majmu’ ma fil kaun (kumpulan benda-benda di alam semesta) sesungguhnya kumpulan benda-benda, sedangkan berkumpulnya benda-benda tidak menghasilkan sesuatu yang baru dengan ciri khas atau sifat yang baru yang berbeza dengan ciri khas setiap benda secara sendiri. Sedangkan tadi telah dibuktikan bahawa segala sesuatu yang terindera itu memiliki sifat memerlukan, maka segala sesuatu yang ada di alam semesta memiliki sifat memerlukan juga sehingga alam semesta seluruhnya memiliki sifat memerlukan.
- Keberhimpunan yang patut dipertimbangkan adalah yang menghapuskan kekhasan segala sesuatu, sebagaimana dalam reaksi atau berhimpunnya sodium yang membakar dengan klorin (chlorine) yang beracun, keduanya menghasilkan garam yang tidak membakar dan tidak beracun, bahkan bermanfaat bagi tubuh.
Adakah di alam semesta ini terjadi keberhimpunan seluruh benda yang ada di dalamnya sehingga menghilangkan sifat asli setiap benda itu? Di manakah sesuatu yang baru yang memiliki sifat tidak memerlukan? Jika sodium dan kalsium menghilangkan sifat aslinya yakni membakar dan beracun, adakah ianya terjadi dengan sendirinya? Sedangkan benda yang ada di alam semesta ini tidak terhitung jumlahnya.
Dengan ini jelaslah bahawa pernyataan majmu’ ma fil kaun (kumpulan benda-benda di alam semesta) itu merupakan pernyataan batil, kerana majmu’ ma fil kaun (kumpulan benda-benda di alam semesta) tersebut memberikan karakter terhadap sesuatu yang khayal, bukan sesuatu yang ada. Sedangkan hukum itu hanya ditegakkan di atas sesuatu yang ada, bukan suatu khayalan yang tidak wujud. Oleh kerana itu, khayalan “majmu’ ma fil kaun” merupakan khayalan rekaan, dan tidak sampai pada tahap andaian imaginasi. Dengan demikian, sifat keperluan sesuatu pada sesuatu yang lain merupakan bukti yang qathiy atas keberadaan Pencipta.
Sumber: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)
Bersambung ke bahagian 4/4

