Site icon MuslimahHTM News

JIHAD DALAM ISLAM

JIHAD DALAM ISLAM

Oleh : KH. M. Shiddiq Al-Jawi

Makna Jihad

Jihad menurut makna bahasa (makna lughawi), maksudnya ialah :

الْجِهَادُ لُغَةً بَذْلُ وَاسْتِفْرَاغُ مَا فِي الْوُسْعِ وَالطَّاقَةِ مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ

“Jihad menurut makna bahasa adalah mengerahkan atau mencurahkan segenap kemampuan dan kesanggupan berupa perkataan atau perbuatan.” (Ibnul Atsīr, An-Nihāyah fī Gharīb Al-Hadīts, 1/319; Ahmad bin Muhammad bin Ali Al-Fayūmi, Al-Mishbāh Al-Munīr fī Gharīb Al-Syarah Al-Kabīr, 1/112).

Manakala, menurut makna syariah (makna syarie), definisi jihad ialah :

الْجِهَادُ هُوَ بَذْلُ الْوُسْعِ فِي الْقِتَالِ فِي سَبِيْلِ اللهِ مُبَاشَرَةً أَوْ مُعَاوَنَةً بِمَالٍ أَوْ رَأْيٍ أَوْ تَكْثِيْرِ سَوَادٍ أَوْ غَيْرِ ذَلِك

“Jihad adalah mengerahkan segenap kemampuan dalam perang di jalan Allah, baik secara langsung berperang, mahupun dengan memberikan bantuan untuk perang, contohnya bantuan berupa harta, pendapat, memperbanyak pasukan perang, dan lain-lain.” (Taqiyuddīn An-Nabhāni, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, 2/145; Ibnu ‘Ābidīn, Raddul Muhtār ‘Alā Al-Durr Al-Mukhtār (Hāsyiyah Ibnu Ābidīn), 3/336).

Definisi syarie dari jihad di atas perkara utama yang disebut jihad, ialah berperang (al-qitāl) atau apa sahaja yang berkaitan dengan perang secara langsung. Jadi, jihad dalam makna syarie juga boleh berupa aktiviti lain yang bukan perang, asalkan masih ada kaitannya dengan perang secara langsung. Contohnya memberi bantuan seperti harta, atau berjihad dengan harta. Maksud berjihad dengan harta di sini adalah menginfakkan harta yang berkaitan dengan perang secara langsung (mubāsyarah), contohnya memberikan dana, pakaian, ubat-ubatan, kepada para mujahidin di medan perang. Jadi, jika seorang muslim menginfakkan hartanya untuk membentuk institusi kewangan syariah, atau memberi pampasan kepada fakir dan miskin, dan seumpamanya, tidak boleh disebut berjihad dengan harta, kerana penginfakan harta tersebut tidak berkaitan langsung dengan perang yang sedang berlaku di suatu tempat dan waktu yang tertentu.

Demikian juga berjihad dengan pendapat, maksudnya ialah pendapat yang berkaitan dengan perang secara langsung (mubāsyarah), seperti memberikan pendapat mengenai menetapkan lokasi tentera di medan perang, pendapat tentang senjata apa yang perlu digunakan dalam serangan, dan sebagainya. Jadi, jika seorang muslim memberi pendapat tentang isu peperangan dalam perbincangan, atau seminar, wawancara TV, dan sebagainya tidak boleh dikatakan jihad dengan pendapat, kerana memberi pendapat tidak berkaitan langsung dengan peperangan yang sedang berlaku di tempat dan waktu yang tertentu.

Akibatnya, definisi jihad dalam syariah pada dasarnya adalah berperang (al-qitāl) atau apa-apa yang berkaitan dengan peperangan secara langsung. Maka tidak benar jika seseorang menggunakan istilah jihad untuk perbuatan yang banyak manfaatnya, atau perbuatan yang dilakukan dengan susah payah (masyaqqah), atau perbuatan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh (badzlul juhdi). Yang menjadi masalah utama bukanlah faedah atau manfaat sesuatu perbuatan, bukan pula faktor kesukaran (masyaqqah), bukan juga faktor pengerahan segenap kesungguhan (badzlul juhdi), melainkan makna syarie yang terkandung dalam sesuatu perkataan yang terdapat dalam nas-nas syariah, iaitu nas Al-Quran dan As-Sunnah.

Jihad dalam makna syarie secara khusus hanya digunakan untuk peperangan dan apa-apa yang berkaitan secara langsung dengan peperangan. (al-jihād huwa al-qitāl wa kullu mā yata’allaqu bil qitāli mubāsyaratan). (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, 2/145).

Perkara lain yang perlu difahami dalam pengertian jihad dalam makna syarie, adalah mereka yang menjadi sasaran jihad, iaitu orang kafir (non-muslim) sahaja. Jadi jihad pada dasarnya adalah perang (al-qitāl), khususnya peperangan yang dilakukan oleh umat Islam melawan orang kafir yang tidak mempunyai ikatan perjanjian dengan umat Islam (kāfir ghairu dzīy ‘ahdin). (Al-Mausū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, 16/124).

Jadi, peperangan dapat dikategorikan sebagai jihad, jika yang menjadi sasaran perang adalah orang kafir (non muslim), seperti kaum Yahudi atau Nasrani (lihat misalnya QS At-Taubah [9] : 29). Adapun jika yang menjadi sasaran perang adalah sesama umat Islam, contohnya peperangan yang dilakukan oleh seorang Imam (Khalifah), iaitu ketua negara dalam negara Khilafah, untuk melawan bughāt (pemberontak dari umat Islam yang memberontak dengan senjata kepada Imam/Khalifah yang sah dalam negara Khilafah), maka peperangan ini tidak boleh disebut sebagai jihad, melainkan disebut dengan perang (al-qitāl). Definisi jihad tidak boleh digunakan untuk aktiviti memerangi kaum bughāt. (Muhammad Khair Haikal, Al-Jihād wa Al-Qitāl fī As-Siyāsah Al-Syar’iyyah, 1/66).

Akan tetapi, kadang-kadang nas-nas syarak baik Al-Quran mahupun al-Hadis menggunakan kata jihad bukan dalam makna syarie, melainkan dalam makna bahasa. Dengan kata lain, kata “jihad” dalam Al-Quran dan As-Sunnah kadangkala tidak ditafsirkan mengikut makna asalnya yang ditentukan oleh syarak, iaitu berperang (al-qitāl), tetapi ditafsirkan mengikut makna bahasanya, iaitu aktiviti yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh (badzlul juhdi). Tetapi pengalihan makna seperti ini tidak boleh berlaku, kecuali terdapat qarīnah (indikasi/petunjuk) yang mengalihkannya daripada makna syarie menjadi makna lughawi. (Muhammad Khair Haikal, Al-Jihād wa Al-Qitāl fī As-Siyāsah Al-Syar’iyyah, 1/48).

Contohnya, perkataan “jihad” dalam firman Allah SWT. dalam QS Al-‘Ankabut : 69 berikut :

وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَاۗ وَاِنَّ اللّٰهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِيْنَ ࣖ

Keratan dari ayat di atas yang berbunyi ( وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا ) tidak tepat jika diertikan “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami”, melainkan wajib diertikan mengikut makna bahasanya, iaitu “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami.”

Mengapa ia perlu ditafsirkan sedemikian? Kerana terdapat qarīnah (indikasi/petunjuk) bahawa ayat ini adalah ayat Makkiyyah, iaitu ayat yang diturunkan sebelum Nabi Muhammad SAW. berhijrah ke Madinah. Ini kerana ayat pertama yang diturunkan yang berkaitan dengan peperangan (al-qitāl), adalah ayat dalam surah Al-Hajj yang turun ketika Nabi Muhammad SAW. dalam perjalanan untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah. Ayat tersebut ialah :

اُذِنَ لِلَّذِيْنَ يُقَاتَلُوْنَ بِاَنَّهُمْ ظُلِمُوْاۗ وَاِنَّ اللّٰهَ عَلٰى نَصْرِهِمْ لَقَدِيْرٌ ۙ

“Telah diizinkan (berperang) kepada orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka itu dizalimi. Dan sesungguhnya, Allah Amat Berkuasa menolong mereka.” [TMQ Al-Hajj (22) : 39].

Maka dari itu, maksud yang tepat untuk ayat berikut adalah:

وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَاۗ وَاِنَّ اللّٰهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِيْنَ ࣖ

“Dan orang-orang yang berjihad bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” [TMQ Al-‘Ankabut (29): 69].

Kesimpulannya, makna syarie dari jihad ialah berperang, dan aktiviti-aktiviti lain di luar perang yang mempunyai kaitan langsung dengan peperangan. Imam Taqiyuddin An-Nabhani dengana sangat tepat meringkas makna jihad dalam makna syarie dengan perkataan beliau,”(Al-Jihād huwa) al-qitāl wa kullu mā yata’allaqu bil qitāli mubāsyaratan). Maksudnya, jihad itu ialah berperang dan apa sahaja yang berkaitan dengan perang secara langsung. (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, 2/145).

Definisi Jihad Menurut Empat Mazhab

Definisi syarie untuk jihad yang telah dijelaskan di atas, iaitu jihad menurut makna syariah ialah berperang (al-qitāl) di jalan Allah, sesungguhnya bukan hanya pemahaman Imam Taqiyuddin An-Nabhani sahaja. Makna jihad dalam erti berperang (al-qitāl) di jalan Allah, sesungguhnya adalah pemahaman umum para ulama dari pelbagai mazhab fiqih dalam Islam, termasuk mazhab yang empat (mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie, dan mazhab Hambali).

Berikut kami sediakan definisi jihad dalam mazhab yang empat, iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie, dan mazhab Hambali.

Dalam mazhab Hanafi, Imam Al-Kasani dalam kitabnya Badāi’u Al-Shanāi’ fī Tartīb Al-Syarāi’, menjelaskan definisi jihad sebagai berikut :

الْجِهَادُ فِي عُرْفِ الشَّرْعِ يُسْتَعْمَلُ فِي بَذْلِ الْوُسْعِ وَالطَّاقَةِ بِالْقِتَالِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِالنَّفْسِ وَالْمَالِ وَاللِّسَانِ، أَوْ غَيْرِ ذَلِكَ

“Jihad dalam ‘urf syariah, digunakan dalam makna mengerahkan kemampuan dan kesanggupan dalam perang di jalan Allah ‘Azza wa Jalla dengan nyawa, harta, lisan, atau yang lain.” (Imam Al-Kāsāni, Badāi’u Al-Shanāi’ fī Tartīb Al-Syarāi’, 7/97).

Masih dalam mazhab Hanafi, Imam Ibnu ‘Ābidīn mendefinisikan jihad seperti berikut :

الْجِهَادُ هُوَ بَذْلُ الْوُسْعِ فِي الْقِتَالِ فِي سَبِيْلِ اللهِ مُبَاشَرَةً أَوْ مُعَاوَنَةً بِمَالٍ أَوْ رَأْيٍ أَوْ تَكْثِيْرِ سَوَادٍ أَوْ غَيْرِ ذَلِك

“Jihad adalah mengerahkan segenap kemampuan dalam berperang di jalan Allah, baik secara langsung berperang, mahupun dengan memberikan bantuan untuk berperang, contohnya bantuan berupa harta, pendapat, memperbanyak pasukan perang, dan lain-lain.” (Ibnu ‘Ābidīn, Raddul Muhtār ‘Alā Al-Durr Al-Mukhtār (Hāsyiyah Ibnu Ābidīn), 3/336).

Dalam mazhab Maliki, Syeikh Muhammad ‘Ulaīsy dalam kitabnya Minahul Jalīl berkata :

الْجِهَادِ أَيْ قِتَالُ مُسْلِمٍ كَافِرًا غَيْرَ ذِي عَهْدٍ لِإِعْلَاءِ كَلِمَةِ اللَّهِ…

“Jihad, maksudnya ialah perang oleh seorang muslim terhadap orang kafir yang tidak mempunyai ikatan perjanjian (dengan kaum muslimin), untuk meninggikan kalimat Allah.”  (Syeikh Muhammad ‘Ulaīsy, Minahul Jalīl Mukhtashar Sayyidi Khalīl, 3/135).

Masih dalam mazhab Maliki, Syeikh Ibnu ‘Irfah, menjelaskan definisi jihad dengan redaksi yang sama dengan Syeikh Syaikh Muhammad ‘Ulaīsy, seperti berikut :

الْجِهَادُ هُو قِتَالُ مُسْلِمٍ كَافِرًا غَيْرَ ذِي عَهْدٍ لِإِعْلَاءِ كَلِمَةِ اللَّهِ

“Jihad, maksudnya ialah perang oleh seorang muslim terhadap orang kafir yang tidak mempunyai ikatan perjanjian (dengan kaum muslimin), untuk meninggikan kalimat Allah.”  (Syeikh Ibnu ‘Irfah, Al-Fawākih al-Dawāniy ‘Alā Risālah Ibnu Abi Zayd Al-Qayruwāni, 2/879).

Dalam mazhab Syafie, Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqālani dalam kitab Fathul Bāri Syarah Sahih Al-Bukhāri, berkata :

وَ(الْجِهَادُ) شَرْعًا بَذْلُ الْجُهْدِ فِي قِتَالِ الْكُفَّارِ

“Dan (jihad) dalam makna syariah, ialah mengerahkan segala kesanggupan dalam berperang melawan kaum kafir.” (Ibnu Hajar Al-‘Asqalāni, Fathul Bāri Syarah Sahih Al-Bukhāri, 5/485).

Masih dalam mazhab Syafie, Imam As-Syairazi dalam kitabnya Al-Muhadzdzab berkata :

أَنَّ الْجِهَادَ هُوَ الْقِتَالُ

“Sesungguhnya jihad itu tidak lain hanyalah perang.” (Imam As-Syairazi, Al-Muhadzdzab, 2/227).

Masih dalam mazhab Syafie, Syeikh Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar Al-Bujairami, penulis kitab Hāsyiyah al-Bujairami, menyebutkan definisi jihad seperti berikut :

اَلْجِهَادُ أَيْ  اَلْقِتَالُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ

“[Jihad] maksudnya ialah perang di jalan Allah.” (Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar Al-Bujairami, Hāsyiyah al-Bujairami ‘Alā Syarah Al-Khathīb, 4/225)

Dalam mazhab Hambali, Syeikh Al-Buhūtiy berkata :

الْجِهَادُ قِتَالُ الْكُفَّارِ خَاصًةً

“Jihad itu ialah berperang melawan kaum kafir secara khusus.” (Syeikh Al-Buhūtiy, Syarah Muntahā Al-Irādāt (Daqāiq Ulin Nuhā li Syarhi Al-Muntahā), 1/716).

Daripada pelbagai kutipan pendapat ulama mengenai makna jihad di atas, dari ulama mazhab yang empat, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali, jelaslah bahawa makna jihad dalam erti berperang (al-qitāl) di jalan Allah, adalah pemahaman umum para ulama daripada pelbagai mazhab fiqih dalam Islam, bukan hanya definisi menurut Imam Taqiyuddin An-Nabhani.

Definisi jihad dalam erti berperang (al-qitāl) di jalan Allah, itulah definisi jihad yang haq (benar).

Janganlah makna syarie jihad itu kemudian dikurangkan atau dirosakkan atau ditafsir semula , sama ada dengan niat baik atau niat jahat, seperti yang sering dilakukan oleh kaum orientalis kafir, atau intelektual liberal (sekular) pengikut kaum orientalis yang kafir. Pentafsiran semula terhadap makna jihad ini akhirnya hanyalah usaha untuk menyesatkan dan memperbodohkan umat Islam dengan mentafsirkan jihad dalam  makna-makna lain yang samar dan tidak jelas di luar konteks berperang (al-qitāl) di jalan Allah.

Ingatlah bahawa definisi jihad yang sebenarnya pernah dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW. dalam sebuah hadis yang sahih. Dari ‘Amr bin ‘Abasah RA, bahawa seorang lelaki pernah bertanyakan beberapa soalan kepada Rasulullah SAW.. Salah satu pertanyaan itu ialah, lelaki itu bertanya tentang jihad kepada Rasulullah SAW. :

وَمَا الْجِهَادُ؟ قَالَ: أَنْ تُقَاتِلَ الْكُفَّارَ إِذَا لَقِيتَهُمْ

“Apa itu jihad?” Rasulullah SAW menjawab,”Jihad itu ialah kamu memerangi kaum kafir jika kamu menjumpai mereka (dalam peperangan).” (HR. Ibnu Majah, no. 2794; Ahmad, no. 17.027. Hadis ini sahih menurut Syeikh Syu’aib Al-Arnāūth dalam kitabnya Takhrīj Al-Musnad, hadis no. 17.027).

Jadi, jelaslah bahawa jihad itu mempunyai makna syarie yang khusus, iaitu berperang (al-qitāl) di jalan Allah, tidak ada makna yang lain. Jikalau ada makna ini diperluas, maka makna jihad yang diperluas itu hanyalah terbatas pada pelbagai kegiatan yang masih ada hubungannya dengan perang, secara langsung, seperti perkataan Imam Taqiyuddin An-Nabhani yang sudah dijelaskan di atas. (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, 2/145).

Itulah makna jihad secara mutlak, iaitu makna jihad dalam nas-nas syariah, baik Al-Quran ataupun al-Hadis, ketika disebutkan tanpa disertai qarīnah (indikasi/petunjuk) yang mengalihkan makna jihad dari makna syarie menjadi makna lughawi (makna bahasa). Jika qarīnah (indikasi/petunjuk) ini ada, maka barulah jihad diberi makna di luar konteks perang (al-qitāl). (https://ar.islamway.net/article/48191/-2-تعريف-الجهاد-وحقيقته-وما-يتفرع-عنه).

Hukum Jihad

Jihad hukumnya fardhu (wajib) berdasarkan nas-nas Al-Quran dan al-Hadis. Nas-nas Al-Quran yang mewajibkan jihad antara lain : QS Al-Anfaal : 39; QS Al-Baqarah : 193; QS At-Taubah : 29; QS Al-Baqarah : 216; QS At-Taubah : 39; QS At-Taubah : 122. Demikianlah beberapa nas-nas yang mewajibkan jihad, sebagaimana disebutkan oleh Syeikh Dr. Muhammad Khair Haikal, dalam kitabnya Al-Jihād wa Al-Qitāl fī As-Siyāsah Al-Syar’iyyah, pada juz yang pertama.

Firman Allah SWT dalam QS Al-Anfal : 39 :

وَقَاتِلُوْهُمْ حَتّٰى لَا تَكُوْنَ فِتْنَةٌ وَّيَكُوْنَ الدِّيْنُ كُلُّهٗ لِلّٰهِۚ فَاِنِ انْتَهَوْا فَاِنَّ اللّٰهَ بِمَا يَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ

“Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada lagi kemusyrikan (Arab : fitnah), dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.” [TMQ Al-Anfal (8): 39].

Firman Allah SWT dalam QS Al-Baqarah : 193 :

وَقٰتِلُوْهُمْ حَتّٰى لَا تَكُوْنَ فِتْنَةٌ وَّيَكُوْنَ الدِّيْنُ لِلّٰهِ ۗ فَاِنِ انْتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ اِلَّا عَلَى الظّٰلِمِيْنَ

“Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada lagi kemusyrikan (Arab : fitnah), dan agama hanya bagi Allah semata-mata. Jika mereka berhenti, maka tidak ada (lagi) permusuhan, kecuali terhadap orang-orang zalim.” [TMQ Al-Baqarah (2) : 193].

Kata “fitnah” dalam dua ayat tersebut, bukanlah “fitnah” dalam Bahasa Indonesia, yang bermaksud perkataan bohong atau perkataan tanpa berdasarkan kebenaran yang disebarkan dengan maksud memburukkan orang (seperti mencemarkan nama baik, merugikan kehormatan orang), dan sebagainya. (https://kbbi.web.id/fitnah). Kata “fitnah” dalam dua ayat tersebut, maksudnya adalah “kemusyrikan” (syirkun). (Jalāluddin Al-Suyuthi & Jalāluddin Al-Mahalli, Tafsir Al-Jalālayn, Beirut : Darul Fikr, 1991, hlm. 27 & 134).

Firman Allah SWT dalam QS At-Taubah : 29 :

قَاتِلُوا الَّذِيْنَ لَا يُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَلَا يُحَرِّمُوْنَ مَا حَرَّمَ اللّٰهُ وَرَسُوْلُهٗ وَلَا يَدِيْنُوْنَ دِيْنَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ حَتّٰى يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَّدٍ وَّهُمْ صٰغِرُوْنَ ࣖ

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, mereka yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang tidak beragama dengan agama yang benar (agama Islam), (iaitu orang-orang) yang telah diberikan Al-Kitab (Ahlul Kitab, iaitu kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah (pajak atas kaum kafir zimmi) dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.” [TMQ At-Taubah (9): 29].

Firman Allah SWT dalam QS At-Taubah : 39 :

اِلَّا تَنْفِرُوْا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا اَلِيْمًاۙ وَّيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوْهُ شَيْـًٔاۗ وَاللّٰهُ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Jika kamu tidak keluar (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [QS At-Taubah (9) : 39]

Firman Allah SWT. dalam QS Al-Baqarah : 216 :

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ ۚ وَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَعَسٰٓى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ ࣖ

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [TMQ Al-Baqarah (2) : 216].

Firman Allah SWT. dalam QS At-Taubah : 122 :

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُوْنَ لِيَنْفِرُوْا كَاۤفَّةًۗ فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَاۤىِٕفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوْا فِى الدِّيْنِ وَلِيُنْذِرُوْا قَوْمَهُمْ اِذَا رَجَعُوْٓا اِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُوْنَ

“Tidak sepatutnya orang-orang mukmin pergi semuanya (ke medan perang). Oleh itu, hendaklah sebahagian sahaja dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi (tinggal bersama Rasulullah) untuk mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama dan memberi peringatan kepada kaum mereka (yang keluar berperang) apabila mereka telah kembali (dari peperangan), agar mereka dapat menjaga diri mereka?” [TMQ At-Taubah (9) : 122].

Itulah sebahagian nas-nas Al-Quran yang mewajibkan jihad, menurut Syeikh Dr. Muhammad Khair Haikal, dalam kitabnya Al-Jihād wa Al-Qitāl fī As-Siyāsah Al-Syar’iyyah, pada bab pertama.

Adapun nas-nas al-Hadis yang mewajibkan jihad, misalnya hadis sahih riwayat Imam Muslim, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ؛ مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنَ النِّفَاقِ

“Barangsiapa yang mati dan belum pernah berperang dan belum pernah berniat untuk berperang, maka dia mati dengan membawa satu cabang [sifat] kemunafikan.” (HR Muslim, Kitabul Imārah, no 1910).

Hadis yang lain, sabda Rasulullah SAW. :

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوْا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدَاً رَسُوْلُ اللهِ وَيُقِيْمُوْا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوْا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوْا ذَلِكَ عَصَمُوْا مِنِّيْ دِمَاءَهَمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تَعَالَى. رَوَاهُ اْلبُخَارِي وَمُسْلِم

”Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang haq selain Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, melaksanakan solat, menunaikan zakat. Maka apabila mereka telah melakukan semua itu, maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dariku, kecuali dengan hak Islam dan hisabnya terserah Allah Ta’ālā.” (HR. Bukhari, no. 25; Muslim, no. 22).

Hadis yang lain, sabda Rasulullah SAW. :

وَالْجِهَادُ مَاضٍ مُنْذُ بَعَثَنِي اللَّهُ إِلَى أَنْ يُقَاتِلَ آخِرَ أُمَّتِي الدَّجَّالَ لَا يُبْطِلُهُ جَوْرٌ جَائِرٌ، وَلَا عَدْلٌ عَادِلٌ

“Jihad akan terus berlangsung sejak aku diutus oleh Allah sehingga umatku yang terakhir berperang melawan Dajjal. Jihad tidak dapat dibatalkan oleh kezaliman orang yang zalim atau oleh keadilan orang yang adil…” (HR. Abu Dawud, no. 2532).

Berdasarkan nas-nas Al-Quran dan al-Hadis di atas,maka jelaslah bahawa jihad itu hukumnya adalah fardhu (wajib). Hukum fardhu untuk jihad ini, ada yang fardhu kifayah, dan ada fardhu ‘ain.

Jihad hukumnya fardhu kifayah untuk memulainya. Dan hukumnya fardhu ‘ain jika musuh kafir menyerang kita atau menduduki tanah kita (umat Islam). (Muhammad Muhammad Ismail, Al-Fikr Al-Islāmi, hlm. 28).

Yang dimaksudkan “fardhu kifayah memulainya” (fardhu kifāyatin ibtidāan), adalah bahawa kita (umat Islam) secara fardhu kifayah wajib memulakan perang walaupun musuh (orang kafir) tidak memulakan memerangi kita.

Jika tidak ada seorang pun dari umat Islam yang melakukan
jihad ini dalam zaman tertentu, maka berdosalah semua umat Islam kerana meninggalkan kewajipan jihad. (in lam yaqum bil qitāli ibtidāan ahadun min al-muslimīna fī zamanin mā atsimal jamī’u bi-tarkihi). (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, 2/148).

Namun demikian, tidak halal umat Islam memulakan perang kepada kaum kafir, sebelum menyampaikan dakwah Islam dan tawaran membayar jizyah terlebih dahulu. (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah, 2/149).

Hal ini berdasarkan hadis sahih dalam Sahih Muslim dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya. (Lihat Sahih Muslim, Kitabul Jihad, no. 1731, juga hadis yang sama makna dalam Sunan Abu Dawud, no. 2858; Sunan Tirmidzi, no. 1408). (Hisyām Al-Badrāni, Syarah Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, Juz II, hlm. 176).

Sabda Rasulullah SAW. kepada seorang panglima pasukan perang :

وَإِذَا لَقِيتَ عَدُوَّكَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ فَادْعُهُمْ إِلَى ثَلَاثِ خِصَالٍ (أَوْ خِلَالٍ). فَأَيَّتُهُنَّ مَا أَجَابُوكَ فَاقْبَلْ مِنْهُمْ وَكُفَّ عَنْهُمْ. ثُمَّ ادْعُهُمْ إِلَى الْإِسْلَامِ. فَإِنْ أَجَابُوكَ فَاقْبَلْ مِنْهُمْ وَكُفَّ عَنْهُمْ. ثُمَّ ادْعُهُمْ إِلَى التَّحَوُّلِ مِنْ دَارِهِمْ إِلَى دَارِ الْمُهَاجِرِينَ. وَأَخْبِرْهُمْ أَنَّهُمْ، إِنْ فَعَلُوا ذَلِكَ، فَلَهُمْ مَا لِلْمُهَاجِرِينَ وَعَلَيْهِمْ مَا عَلَى الْمُهَاجِرِينَ. فَإِنْ أَبَوْا أَنْ يَتَحَوَّلُوا مِنْهَا، فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّهُمْ يَكُونُونَ كَأَعْرَابِ الْمُسْلِمِينَ. يَجْرِي عَلَيْهِمْ حُكْمُ اللَّهِ الَّذِي يَجْرِي عَلَى الْمُؤْمِنِينَ. وَلَا يَكُونُ لَهُمْ فِي الْغَنِيمَةِ وَالْفَيْءِ شَيْءٌ إِلَّا أَنْ يُجَاهِدُوا مَعَ الْمُسْلِمِينَ. فَإِنْ هُمْ أَبَوْا فَسَلْهُمْ الْجِزْيَةَ. فَإِنْ هُمْ أَجَابُوكَ فَاقْبَلْ مِنْهُمْ وَكُفَّ عَنْهُمْ. فَإِنْ هُمْ أَبَوْا فَاسْتَعِنْ بِاَللَّهِ وَقَاتِلْهُمْ

“Jika kamu menjumpai musuhmu dari orang-orang musyrik, serulah mereka kepada 3 (tiga) pilihan. Maka mana-mana sahaja dari tiga pilihan itu yang mereka penuhi, terimalah mereka dan hentikan perang kepada mereka. [Pilihan Pertama] serulah mereka kepada Islam. Jika mereka memenuhi seruanmu, terimalah mereka dan hentikan perang kepada mereka. Kemudian serulah mereka untuk berpindah dari negeri mereka ke negeri Muhajirin.

Dan khabarkan kepada mereka, jika mereka melakukan itu (pindah ke negeri Muhajirin) maka mereka mendapat hak sebagaimana hak Muhajirin dan mempunyai kewajipan sebagaimana kewajipan Muhajirin. Jika mereka tidak mahu pindah dari negeri mereka, maka khabarkan kepada mereka bahawa mereka diperlakukan seperti orang Badwi dari kalangan kaum muslimin. (Iaitu) berlaku kepada mereka hukum Allah sebagaimana yang berlaku atas kaum mukminin. Mereka tidak mendapat hak ghanimah dan fai sedikitpun, kecuali mereka yang berjihad bersama kaum muslimin. [Pilihan Kedua] jika mereka tidak mahu melakukan hal itu (masuk Islam) mintalah kepada mereka jizyah. Jika mereka memenuhi seruanmu, terimalah mereka dan hentikan perang kepada mereka. [Pilihan Ketiga] jika mereka tidak mahu melakukan hal itu (membayar jizyah) maka mintalah pertolongan kepada Allah dan perangilah mereka…” (HR. Muslim, Shahīh Muslim, hadits no 1731, dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya).

Adapun jihad yang hukumnya fardhu ain, adalah jika musuh yang kafir menyerang kita (kaum muslimin), maka hukumnya fardhu ain ke atas umat Islam untuk berjihad. Dalilnya, firman Allah SWT :

وَقَاتِلُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوْا ۗ اِنَّ اللّٰهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِيْنَ

“Dan perangilah olehmu di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [TMQ Al-Baqarah (2) : 191].

Wajib menolak batasan jihad hanya pada jihad defensif (jihād difā’i) sahaja, iaitu jihad yang hanya disyariatkan dalam rangka bertahan terhadap serangan musuh kafir.  Memang perang defensif ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. dan umat Islam ketika itu. Contohnya, ketika Perang Badar dan Perang Uhud.

Namun jika dikatakan bahawa Islam hanya jihad defensif, maka pembatasan seperti ini jelas batil dan tidak dapat diterima, kerana dalam sejarah Islam pada zaman Rasulullah SAW. dan para sahabat, mereka juga melakukan jihad ofensif (jihād hujūmi/jihād thalab), iaitu jihad yang bersifat aktif menyerang musuh kafir terlebih dahulu, tanpa menunggu diserang musuh. Contohnya, Perang Hunain, Perang Tabuk, dan Perang Mu’tah. (https://ar.islamway.net/fatwa/61705/الغزوات-الإسلامية-بين-جهاد-الطلب-وجهاد-الدفع).

Jadi jihad defensif dan jihad ofensif kedua-duanya ada dan diakui dalam Islam, bukan hanya jihad defensif sahaja. Pembatasan jihad hanya pada jihad defensif (jihād difā’i) sahaja, adalah kejahatan intelektual yang sangat licik yang dilakukan kaum orientalis yang kafir, yang tujuannya adalah menghancurkan ajaran jihad dalam agama Islam, sekaligus membohongi umat Islam agar umat Islam tunduk patuh di bawah hegemoni dan dominasi kafir penjajah dari Barat, dan agar kafir penjajah dari Barat bebas menguasai dan merampas kekayaan alam negeri-negeri umat Islam yang sangat kaya dan pelbagai.

Jihad dan Penegakan Khilafah

Mungkin ada yang bertanya,”Adakah boleh menggunakan metod jihad (perang) dalam perjuangan untuk menegakkan Khilafah?” Jawapannya : tidak boleh. Mengapa? Kerana dahulu Rasulullullah SAW. tidak menggunakan jihad (perang) sebagai jalan (metod) untuk menegakkan Daulah Islamiyyah di Madinah pada waktu itu. Ayat-ayat yang mensyariatkan jihad justeru baru diturunkan pada ketika atau setelah hijrahnya Rasulullah SAW. dari Mekah ke Madinah.

Ayat yang pertama bicara tentang jihad dalam erti perang, turun ketika Rasulullah SAW. dalam perjalanan hijrah dari Mekah menuju Madinah. Ayat tersebut ialah :

اُذِنَ لِلَّذِيْنَ يُقَاتَلُوْنَ بِاَنَّهُمْ ظُلِمُوْاۗ وَاِنَّ اللّٰهَ عَلٰى نَصْرِهِمْ لَقَدِيْرٌ ۙ

“Telah diizinkan (berperang) kepada orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka itu dizalimi. Dan sungguh, Allah Maha Kuasa menolong mereka itu.” [TMQ Al-Hajj (22) : 39].

Kerana itu, setelah selesai Baiat Aqabah II, sebelum hijrahnya Nabi SAW., seorang shahabat bernama Al-‘Abbās bin ‘Ubādah bin Naflah RA berkata kepada Rasulullah SAW. :

وَاَللَّهِ الَّذِي بَعَثَك بِالْحَقِّ إِنْ شِئْتَ لَنَمِيلَنَّ عَلَى أَهْلِ مِنًى غَدًا بِأَسْيَافِنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : لَمْ نُؤْمَرْ بِذَلِكَ ، وَلَكِنْ ارْجِعُوا إِلَى رِحَالِكُمْ

“Demi Dzat yang mengutus Engkau dengan membawa kebenaran. Jika Engkau menghendaki, sungguh kami akan menyerang penduduk Mina esok dengan pedang-pedang kami!” Maka Rasulullah SAW. kemudian bersabda,”Kita belum diperintahkan untuk itu (berperang), tetapi kembalilah kamu ke tempat-tempat tinggal kamu.” (Syeikh Muhammad bin Rizq Al-Tharhūni, Shahīh As-Sīrah An-Nabawiyyah, 2/288-289; Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi, Hayātush Shahābat, 1/293-294).

Kemudian bagaimana metod perjuangan menegakkan Khilafah jika bukan dengan jalan jihad (perang)? Jawapannya, metod perjuangan kita dalam menegakkan kembali Khilafah, wajib meneladani Rasulullah SAW. dalam mengemban dakwah (haml al-da’wah al-islāmiyyah) sebelum hijrah, di Mekah dan sekitarnya. Firman Allah SWT :

لَقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِىۡ رَسُوۡلِ اللّٰهِ اُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنۡ كَانَ يَرۡجُوا اللّٰهَ وَالۡيَوۡمَ الۡاٰخِرَ وَذَكَرَ اللّٰهَ كَثِيۡرًا

“Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah.” [TMQ Al-Ahzab (33): 21].

Kita wajib meneladani langkah dakwah Rasulullah SAW. sebelum hijrah tersebut, iaitu antara lain dengan melakukan :

1. Melakukan pembinaan (tatsqīf), baik pembinaan internal (pengkaderan) mahupun pembinaan umum.

2. Melakukan aktiviti politik (al-a‘māl as-siyāsiyah), seperti mengkritik penguasa, menganjurkan demonstrasi aman (al-masīrah), menghantar delegasi kepada para politik, dan sebagainya.

3. Melakukan pergolakan pemikiran (ash-shirā’ al-fikri), seperti mengkritik  kapitalisme, demokrasi, nasionalisme, pluralisme, dan sebagainya.

4. Melakukan tabanni mashālih al-ummah (mengadopsi kepentingan umat).

5. Melakukan thalabun nushrah (mencari sokongan untuk perlindungan dakwah dan penegakan Khilafah). (Lihat : kitab Manhaj Hizbut Tahrīr fī At-Taghyīr).

Bagaimanakah jika kaum kafir menyerang atau menduduki suatu negeri muslim? Jawapannya, jika suatu negeri Islam diserang oleh kaum kafir, atau diduduki oleh kaum kafir, seperti yang terjadi di Palestin sekarang, maka para pengemban dakwah yang ada di negeri itu berkewajipan secara fardhu ain untuk berjihad, sebagaimana kewajipan kaum muslimin yang lain. Para pengemban dakwah dalam hal ini melaksanakan kewajipan jihad dalam kedudukan mereka sebagai individu muslim, bukan dalam kedudukan mereka sebagai pengemban dakwah. Dan tujuannya adalah untuk membela diri dari serangan kaum kafir, bukan untuk menegakkan Khilafah Islam dengan jalan jihad fi sabilillah. (Lihat kitab Hizbut Tahrīr (Ta’rīf), hlm. 44).

Jihad dan Khilafah

Jihad adalah suatu kewajipan yang bersifat mutlak. Maksudnya, baik Khilafah itu ada mahupun tidak ada, jihad tetap wajib dilaksanakan. Jadi ketika dikatakan jihad bukan jalan menegakkan Khilafah, bukan bererti jihad ketika ini, iaitu ketika Khilafah tidak ada, hukumnya tidak wajib.

Hanya saja, ketika Khilafah telah berdiri (insyaAllah dalam masa yang terdekat ini), dan Khalifah telah dibaiat secara sah sebagai ketua negara dari negara Khilafah, maka urusan jihad akan diwakilkan kepada Khalifah yang sah ini.

Sabda Rasulullah SAW. dalam masalah ini telah jelas :

الْجِهَادُ وَاجِبٌ عَلَيْكُمْ مَعَ كُلِّ أَمِيْرٍ بَرّاً كَانَ أَوْ فَاجِراً

“Jihad itu wajib atas kalian bersama setiap pemimpin (amir), entah dia pemimpin yang baik ataupun pemimpin yang fājir (fāsiq).” (HR Abu Dawud, no. 2533; Al-Daraquthni, 2/56; Al-Baihaqi, As-Sunan Al-Kubra, no 5401).

Jihad bagi negara Khilafah mempunyai posisi yang sangat strategik. Kerana jihad bukan sahaja berfungsi sebagai sarana pertahanan dari serangan musuh, dengan jihad defensive (jihad difa’i), namun lebih dari itu, dengan jihad ofensif (jihad thalab), jihad akan menjadi metod (thariqah) bagi Khilafah untuk mengemban dakwah Islamiyyah ke seluruh penjuru dunia.

Sudah tentu cara untuk melaksanakan jihad ofensif ini tidak boleh sewenang-wenangnya dan zalim, melainkan kita wajib berpegang sesuai dengan hukum-hukum syarak, iaitu tidak halal melancarkan jihad ofensif kepada suatu kaum kafir, kecuali disampaikan dahulu kepada mereka ajakan untuk masuk Islam dan membayar jizyah, sebagai hadis Sulaiman bin Buraidah RA dari ayahnya dalam Shahih Muslim yang telah dijelaskan di atas. (Taqiyuddin An-Nabhani, Muqaddimah Ad-Dustur, 1/212; Ajhizah Daulah Al-Khilafah, hlm. 78).

Penutup

Demikianlah penjelasan ringkas mengenai jihad dalam Islam. Sudah tentu banyak sekali hukum-hukum syarak cabang mengenai jihad yang belum dapat dijelaskan dalam makalah yang sederhana dan sependek ini.

Bagi yang ingin menelaah masalah jihad secara lebih mendalam dan mendetail, kami menyarankan untuk mengkaji kitab-kitab fiqih mengenai jihad yang lebih detail dan komprehensif, contohnya kitab karya Syeikh Dr. Muhammad Khair Haikal, yang berjudul Al-Jihād wa Al-Qitāl fī As-Siyāsah Al-Syar’iyyah.

Buku ini terdiri daripada 3 (tiga) jilid tebal, dan total “hanya” sekitar 1991 (seribu sembilan ratus sembilan puluh satu) halaman. Buku ini adalah disertasi kedoktorannya, di Kulliyatul Imām Al-Awzā’i, di Beirut, Libanon, pada tahun 1992.

Buku tentang jihad ini menjadi tidak terpisah dengan buku-buku berkaitan tentang Khilafah, yang kelak di kemudian hari akan saling menyokong antara satu sama lain untuk tegak dan meneruskan kembali kehidupan Islam (al-hayāt al-Islāmiyyah) bagi umat Islam di bawah naungan Khilafah Islam secara menyeluruh (kāffah) dalam semua aspek kehidupan, walaupun orang-orang kafir membencinya. Wallāhu a’lam.

Sumber:
https://fissilmi-kaffah.com/frontend/artikel/detail_umum/71

#Jihad #HukumJihad #Perang

Exit mobile version