Bertakwalah Di Mana pun dan dalam Segala Apapun
Oleh: Ustaz Yuana Ryan Tresna
اتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ. رَوَاهُ التِّرْمِذِي
“Bertakwalah kepada Allah di mana pun engkau berada.” (HR. Tirmidzi)
Takwa bererti kita menjalankan ketaatan pada Allah atas petunjuk cahaya dari Allah dan kita mengharap pahala dari-Nya. Termasuk dalam takwa pula adalah menjauhi maksiat atas petunjuk cahaya dari Allah dan kita takut akan seksa-Nya.
Wujud takwa, diantaranya:
– bertakwa ketika memilih dan mengambil satu pendapat untuk dijalankan. Misalnya mahu mengambil pendapat bahawa muzik itu haram mutlak, mubah mutlak, atau haram/mubah dengan perincian. Semua perlu dengan landasan takwa, yakni ketaatan pada syariat.
– bertakwa tatkala memberikan nasihat kepada saudara muslim, apalagi seorang ‘alim, yang dianggap keliru dalam berpendapat. Berikan haknya berupa nasihat secukupnya, tanpa harus merendahkan dan menjatuhkan. Ini kerana menjatuhkan seorang muslim adalah haram.
– bertakwa ketika menerima nasihat, mengambilnya jika mengandung kebenaran, merenungkan dan memperbaiki keadaan setelahnya.
– bertakwa ketika melihat adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama yang muktabar, dengan mengambil ilmu dan pelajaran darinya, bukan ikut mengambil bahagian dalam pergaduhan dan menyerang pada aspek personalnya (ad hominem).
– bertakwa ketika menyampaikan muhasabah kepada penguasa yang mengabsahkan kemaksiatan termasuk konsert muzik dan budaya barat lainnya yang telah memalingkan potensi pemuda muslim. Muhasabah adalah dakwah, dan dakwah adalah cinta, sehingga fokus pada pembahasan.
– bertakwa ketika mendidik umat dengan tsaqafah Islam, semata kerana dorongan iman, bukan kerana ingin mendapat kedudukan. Umat didakwahi agar memiliki pemikiran dan perasaan Islam.
Semuanya mestilah dengan landasan takwa di mana pun kita berada dan dalam hal apa pun kedudukan kita. Hikmah takwa dari ibadah puasa perlu dirawat, kerana fi’il mudhari pada ayat tersebut (tattaquna) berfaedah al-tajaddud wal huduts, boleh berubah alias tidak tetap.

