Site icon MuslimahHTM News

Zulkaedah adalah Bulan Haram

[ISTIMEWA ZULKAEDAH] Zulkaedah adalah Bulan Haram

 

Allah SAW telah menetapkan kepada manusia setahun itu adalah terdiri daripada 12 bulan. Malah, Allah SWT telah menetapkan 4 bulan yang dihormati dalam setahun.

Firman Allah SWT:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah SWT ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya).” (TMQ At-Taubah [9]: 36)

 

Lalu, Rasulullah menerangkan apakah itu 4 bulan yang dihormati?

 

Diriwayatkan oleh Abu Bakrah bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ، وَذُو الحِجَّةِ، وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ، مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى، وَشَعْبَانَ

Maksudnya: “Sesungguhnya masa telah berpusing dalam putarannya pada hari Allah SWT mencipta langit dan bumi. Satu Tahun bersamaan dengan 12 bulan. 4 bulan di antaranya adalah bulan-bulan haram. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, juga Rejab Mudhar yang berada antara Jumada al-Akhir dan Syaaban.” (HR Bukhari)

 

Berdasarkan hadis tersebut, Zulkaedah adalah bulan yang dihormati atau dikenali sebagai bulan haram.

Exit mobile version