[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Bahan dan Tahapan Pembelajaran
Penulis: Abu Yasin
Seperti yang telah diutarakan sebelumnya bahawa pendidikan sekolah dibahagi menjadi 36 tempoh/fasa (daurah) sekolah. Tempoh tersebut dikelompokkan menjadi tiga tahapan (marhalah) berdasarkan kelompok usia pelajar. Hal itu dilakukan agar pengaturan setiap tahapan sesuai dengan hukum-hukum syarak yang terkait dengannya. Sedangkan dari sisi bahan pelajaran, setiap tahapannya mempunyai bahan pengajaran yang khusus dan mempunyai aturan khusus mengenai kegagalan dan kenaikan (perpindahan dari satu fasa ke fasa berikutnya). Bahan pengajaran di setiap tahapan sekolah dikelompokkan menjadi dua: bahan pokok (utama) dan bahan kemahiran (vokasional) atau kemahiran tangan seperti karya seni.
Tahapan Sekolah Tingkat Pertama
Pada tahapan sekolah pertama sejak fasa pertama sekolah, pelajar dibimbing oleh dua orang pengajar. Pengajar pertama mengajarkan mereka tsaqafah Islam dan bahasa Arab; pengajar kedua mengajarkan mereka ilmu pengetahuan am dan matematik. Di antara dua pengajar tersebut saling berbahagi bahan kemahiran yang perlu diajarkan kepada pelajar. Namun, alangkah baiknya jika seorang pengajar tetap bersama pelajarnya dalam tahapan tersebut selama sekurang-kurangnya tiga fasa berturut-turut.
Di dalam subjek kemahiran, anak-anak diberikan pengetahuan kemahiran tangan yang dapat mengembangkan kemampuan mereka dalam mengaitkan fakta dengan informasi dalam berfikir, seperti aktiviti buka-pasang sesuatu. Untuk sebahagian kemahiran yang diajarkan hendaklah diperhatikan kaitan dengan bahan-bahan pokok (utama) yang telah ditetapkan pada fasa sekolah tersebut.
- Fasa pada tahapan sekolah pertama: 1—12
Bahan pokok (utama): Tsaqafah Islam, bahasa Arab, ilmu pengetahuan, matematik.
Vokasional dan kemahiran tangan: Komputer, kemahiran intelektual, olahraga, melukis, dan perpustakaan.
Tahapan Sekolah Tingkat Kedua
Bahan ilmu pengetahuan umum pada tahapan ini termasuk di dalamnya konsep-konsep kimia, biologi, fizik, dan geografi.
- Fasa pada tahapan sekolah kedua: 13—24.
Bahan pokok: tsaqafah Islam, sejarah Islam, bahasa Arab, matematik, komputer, dan ilmu pengetahuan am .
Vokasional dan kemahiran: Melukis, pertanian, industri, olahraga, dan perpustakaan.
Tahapan Sekolah Tingkat Ketiga
Pada tahapan ini tercakup fasa ke 25—36. Seluruh pelajar dalam tahapan ini hanya tergabung pada bahan-bahan yang dipelajarinya pada fasa 25—30 saja. Setelah itu pelajar tersebut akan terdaftar (pada fasa 31—36) di jurusan- jurusan yang sesuai dengan keinginan mereka.
Jurusan-jurusan tersebut adalah:
– Jurusan Tsaqafah.
– Jurusan Ilmu Pengetahuan dan Sains
– Jurusan Teknologi Industri (komputer, mekanikal, elektronik, komunikasi, kimpalan, pelarik/ bengkel, dan lain-lain)
– Jurusan Pertanian
– Jurusan Perdagangan
– Jurusan Kemahiran Rumah tangga (khusus untuk wanita).
Berikut ini adalah bahan yang diajarkan di setiap jurusan pada tahapan sekolah ketiga.
- Fasa 25—30 untuk seluruh pelajar.
Bahan pokok (utama): tsaqafah Islam, bahasa Arab, matematik, komputer, kimia, biologi, fizik, dan geografi.
Vokasional dan kemahiran: perpustakaan, kemahiran ketenteraan, dan bahan yang ditetapkan para pakar dalam bidang tersebut yang disesuaikan dengan keadaan geografi di daerah masing-masing.
- Fasa 31—36, Jurusan Tsaqafah.
Bahan pokok (utama): tsaqafah Islam, bahasa Arab, komputer, matematik umum, dan ilmu pengetahuan am .
Vokasional dan kemahiran: berfikir dengan berbagai jenisnya, perpustakaan, kemahiran ketenteraan, dan bahan yang ditetapkan para pakar di bidang tersebut yang disesuaikan dengan keadaan geografi di daerah masing-masing.
- Fasa 31—36, Jurusan Ilmu Pengetahuan dan Sains.
Bahan pokok (utama): tsaqafah Islam, bahasa Arab, matematik, komputer, kimia, biologi, fizik, dan geografi
Vokasional dan kemahiran: berfikir dengan berbagai jenisnya, perpustakaan, kemahiran ketenteraan, bahan yang ditetapkan para pakar di bidang tersebut yang disesuaikan dengan keadaan geografi di daerah masing-masing, penyelidikan ilmiah dan laboratorium yang sesuai dengan setiap bahan.
- Fasa 31—36, Jurusan Industri.
Bahan pokok (utama): tsaqafah Islam, bahasa Arab, komputer, matematik industri, ilmu pengetahuan tentang industri, dan bahan yang ditetapkan oleh para pakar industri.
Vokasional dan kemahiran: Berfikir dengan berbagai jenisnya, perpustakaan, kemahiran ketenteraan, dan bahan yang ditetapkan para pakar industri yang disesuaikan dengan keadaan geografi di daerah tersebut.
- Fasa 31—36, Jurusan Pertanian.
Bahan pokok (utama): tsaqafah Islam, bahasa Arab, komputer, matematik pertanian, ilmu pengetahuan tentang pertanian, dan bahan yang ditetapkan oleh para pakar pertanian.
Vokasional dan kemahiran: berfikir dengan berbagai jenisnya, perpustakaan, kemahiran ketenteraan, dan bahan yang ditetapkan para pakar pertanian yang disesuaikan dengan keadaan geografi di daerah tersebut, tut dan cantuman tanaman dengan model laboratorium atau ruangan khusus latihan praktikal.
- Fasa 31—36, Jurusan Perdagangan.
Bahan pokok (utama): tsaqafah Islam, bahasa Arab, komputer, matematik perdagangan, ilmu pengetahuan tentang perdagangan, dan bahan yang ditetapkan oleh para pakar perdagangan.
Vokasional dan kemahiran: berfikir dengan berbagai jenisnya, perpustakaan, kemahiran ketenteraan, dan bahan yang ditetapkan para pakar perdagangan yang disesuaikan dengan keadaan geografi di daerah tersebut.
- Fasa 31—36, Jurusan Kerumahtanggaan (Khusus Wanita).
Bahan pokok (utama): tsaqafah Islam (khusus), bahasa Arab, komputer, asas matematik, ilmu pengetahuan am, kesihatan di rumah, pemeliharaan anak, sosial kemasyarakatan, dan bahan yang ditetapkan oleh para pakar.
Vokasional dan kemahiran: berfikir dengan berbagai jenisnya, perpustakaan, menjahit, memotong rambut, memasak, pengaturan rumah, dan bahan yang ditetapkan para pakar dalam bidang pemeliharaan rumah dan anak.
Dalam jurusan tsaqafah di tahapan sekolah tingkat ketiga, pelajar diberikan bahan-bahan pembelajaran yang diperluas dalam bidang tsaqafah Islam dan bahasa Arab. Para pakar dalam bidangnya akan menetapkan bahan-bahan tersebut, seperti fikih, usul fikih, tafsir, ilmu hadis, sejarah, dan lain-lain dari cabang tsaqafah Islam. Ditetapkan juga kurikulum khusus dalam bahasa Arab yang diperlukan pada tahapan tersebut, seperti nahu (tata bahasa), balagah (retorika), teks-teks sastera, dan lain-lain.
Dalam jurusan selain ilmu sains, pelajar diajarkan bahan matematik dan ilmu pengetahuan sains yang sudah diringkas. Pengajarannya difokuskan pada topik-topik yang diperlukan pada jurusannya saja. Pelajar dalam jurusan perdagangan diajarkan matematik yang topiknya berkaitan dengan perdagangan, seperti subjek akaun, pengiraan zakat dan waris, pengiraan untung dan rugi, pengiraan simpan kira dan tunai, serta matematik statistik. Sedangkan pelajar jurusan industri diajarkan topik yang khusus berkaitan dengan industri, seperti teknik lukisan, ramalan dan unjuran, mengukur tanah dan mengira isipadu.
Ilmu pengetahuan am diajarkan kepada pelajar dalam jurusan selain sains, iaitu topik yang memberi tumpuan kepada kajian tubuh manusia, penyakit, keselamatan umum, dan topik khas terkait manusia, serta topik yang berkaitan dengan alam sekitar. Dalam jurusan pertanian ditambahkan dengan topik-topik ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pertanian dan gizi pemakanan, seperti teknik bercucuk tanam, penyakit tanaman dan rawatannya, jenis-jenis tanah, kesuburan tanah, dan pembasmian haiwan perosak.
Dalam jurusan industri, pelajar diajarkan ilmu pengetahuan am yang berkaitan dengan bahan dan karakteristiknya (seperti ketumpatan dan konglomerasi), undang-undang dinamik, mekanik, dan undang-undang keselamatan umum.
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah)

