Site icon MuslimahHTM News

Kejayaan dan Kegagalan di Sekolah-Sekolah Negeri

[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Kejayaan dan Kegagalan di Sekolah-Sekolah Negeri

Penulis: Abu Yasin

 

 

Kebijakan atau dasar mengenai kejayaan (kelulusan), kegagalan, dan kenaikan dari satu tahap sekolah ke tahap berikutnya berbeza-beza. Di tahap sekolah pertama, pelajaran-pelajaran teras (utama) hendaklah terserap di benak anak-anak. Oleh sebab itu, seorang pelajar tidak dinaikkan ke fasa berikutnya kecuali dia telah lulus dalam semua mata pelajaran teras di tahap tersebut. Jika seorang pelajar tidak lulus dalam satu subjek dari pelbagai mata pelajaran teras, dia hendaklah mengulang pelajaran dari seluruh mata pelajaran pada fasa tersebut. Misalnya, seorang pelajar tidak dapat pindah ke fasa berikutnya jika bacaannya belum baik, atau tidak lulus dalam mata pelajaran tsaqafah Islam, atau tidak mampu melakukan kiraan matematik seperti yang telah ditetapkan pada fasa tersebut.

 

Jika seorang pelajar pada suatu tempoh dari fasa-fasa yang ada pada tahap pertama gagal, pelajar tersebut perlu mengulangnya secara langsung pada fasa berikutnya, dan dia tidak berhak memperoleh ijazah kecuali setelah mengikuti proses belajar-mengajar pada tiga fasa berturut-turut sejak kegagalannya, dan begitu seterusnya sampai diselesaikannya peringkat sekolah pertama (ibtidaiah). Jika seorang pelajar telah menginjak usia sepuluh tahun, tetapi tidak lulus untuk naik ke peringkat sekolah kedua (mutawasithah), hendaknya dimasukkan ke dalam pembinaan khusus untuk dilihat masalahnya, baru kemudian diputuskan apakah pelajar tersebut direkomendasikan untuk pindah ke sekolah tahap kedua (mutawasithah) atau dipindahkan ke sekolah khusus pembinaan pelajar yang lambat berfikir.

 

 

Pada tahap ini, jika seorang pelajar gagal dalam satu mata pelajaran dari mata pelajaran teras, pelajar tersebut naik ke peringkat berikutnya dengan mengambil peperiksaan pemulihan pada mata pelajaran yang gagal bersama-sama dengan peperiksaan mata pelajaran di peringkat seterusnya. Bagi pelajar yang gagal tidak diberikan waktu tambahan untuk mengikuti proses pembelajaran dalam rangka memahami mata pelajaran yang gagal. Begitu juga, sekolah tidak menyediakan tempoh tambahan untuk memperdalam bahan untuk pelajar-pelajar ini dalam mata pelajaran yang gagal.

 

Seorang pelajar dikatakan gagal dalam tempoh jika pelajar tidak lulus dua mata pelajaran teras (utama) dalam tempoh itu, atau pengumpulan mata pelajaran yang tidak lulus berjumlah dua mata pelajaran teras. Dengan kata lain, seorang pelajar tidak dinaikkan ke fasa berikutnya jika pengumpulan dari penambahbaikan markah pembelajaran yang gagal berjumlah dua dari tempoh mana pun. Seorang pelajar akan dinaikkan setelah pelajar tersebut mengulang dan lulus di seluruh mata pelajaran pada suatu tempoh selain mata pelajaran yang diulangnya dari tempoh sebelumnya.

 

Pelajar yang gagal pada suatu tempoh dari fasa-fasa yang ada pada tahap kedua maka pelajar tersebut perlu mengulangnya secara langsung pada fas berikutnya dan dia tidak berhak mendapatkan ijazah kecuali setelah mengikuti proses pembelajaran pada tiga fasa secara berturut-turut sejak kegagalannya, dan begitu seterusnya sampai diselesaikannya tahap sekolah tingkat kedua (mutawasithah). Jika seorang pelajar telah menginjak usia lima belas tahun, tetapi tidak lulus untuk naik ke tahap sekolah peringkat ketiga (sanawiah), hendaklah dimasukkan ke dalam pembinaan khusus untuk dilihat masalahnya, baru kemudian diputuskan apakah pelajar tersebut direkomendasikan untuk pindah ke sekolah peringkat ketiga (sanawiah) atau dipindahkan ke sekolah-sekolah vokasional.

 

 

Pada tahap ini, jika seorang pelajar gagal dalam satu mata pelajaran dari mata pelajaran teras, pelajar tersebut naik ke peringkat berikutnya dengan mengikuti ujian penambahbaikan/pemulihan mata pelajaran yang gagal tersebut bersama dengan ujian mata pelajaran di peringkat berikutnya.

 

Seorang pelajar dikatakan gagal pada suatu fasa jika pelajar tersebut tidak lulus pada dua mata pelajaran dari mata pelajaran teras yang ada pada fasa tersebut, atau pengumpulan dari mata pelajaran yang tidak lulus berjumlah dua dari mata pelajaran teras. Dengan kata lain, seorang pelajar tidak dinaikkan ke fasa berikutnya jika pengumpulan dari penampahbaikan mata kuliah yang gagal berjumlah dua dari fasa mana pun. Seorang pelajar akan dinaikkan setelah pelajar tersebut mengulang dan lulus di seluruh mata pelajaran pada suatu tempoh selain mata pelajaran yang diulang dari fasa sebelumnya.

 

Pelajar yang gagal pada suatu fasa dari fasa-fasa yang ada di tahapan kedua maka pelajar tersebut perlu mengulangnya secara langsung pada tempoh berikutnya. Dia tidak berhak memperoleh ijazah kecuali setelah mengikuti proses pembelajaran pada tiga fasa berturut-turut sejak kegagalannya, begitu seterusnya sampai diselesaikannya tahap sekolah ketiga (sanawiah).

 

Jika seorang pelajar telah menginjak usia 20 tahun, tetapi belum dapat menyelesaikan pendidikan di tahap sekolah ketiga, atau tidak lulus dari fasa ke-36, pelajar tersebut tidak dibenarkan untuk tetap berada di sekolah. Bagi pelajar-pelajar ini dibenarkan mengambil peperiksaan awam untuk semua peringkat sekolah dari luar sekolah jika mereka mahu dan juga dibenarkan jika pelajar mendaftar di akademi-akademi yang tidak mensyaratkan lulus peperiksaan awam.

 

Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah)

 

Exit mobile version