[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Peperiksaan Awam untuk Semua Peringkat Sekolah
Penulis: Abu Yasin
Pada akhir seluruh peringkat atau tahapan sekolah, setelah seorang pelajar berjaya menyelesaikan 36 fasa, pelajar tersebut dapat mengikuti peperiksaan awam, iaitu peperiksaan untuk seluruh peringkat sekolah. Seorang pelajar juga boleh menyelesaikan semua peringkat sekolah dengan jaya tanpa perlu mengikuti peperiksaan awam. Di dalam Negara Khilafah akan ada akademi-akademi perindustrian dan vokasional yang tidak mensyaratkan kelulusan seorang pelajar dari peperiksaan awam untuk seluruh peringkat sekolah.
Peperiksaan awam diselenggarakan dua kali dalam setahun. Pertama pada bulan Jumadilawal setiap tahunnya, dan kedua pada bulan Syawal. Para pakar yang akan menentukan tanggal dan jadual diselenggarakannya ujian/peperiksaan setiap tahun. Bagi pelajar, hendaklah memilih peperiksaan awam yang akan diikutinya, apakah pada bulan Jumadilawal atau Syawal, melalui pendaftaran ujian terlebih dahulu.
Tempoh persekolahan yang pertama, setiap tahunnya dimulai pada permulaan bulan Muharam untuk jangka waktu 83 (lapan puluh tiga) hari, termasuk hari-hari Jumaat yang ada pada tempoh tersebut dan juga termasuk masa ujian akhir untuk tempoh tersebut. Dengan kata lain, tempoh belajar akan berakhir setelah melalui 83 hari dari permulaannya. Kemudian dimulai fasa berikutnya setelah tiga hari cuti dari akhir fasa sebelumnya.
Tempoh pembelajaran yang keempat dalam setahun merupakan fasa yang berbeza dengan tempoh lainnya kerana di dalamnya terdapat bulan Ramadhan, juga ada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, iaitu hari yang diberkahi. Bagi sebahagian pelajar ataupun pengajar dapat mengambil cuti sepanjang tempoh tersebut untuk menunaikan kewajipan haji atau umrah, atau untuk bepergian (musafir); adakalanya sebahagian dari mereka menunaikan kewajipan haji pada masa cuti Aidiladha lebih dari tujuh hari.
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah)

