Muslimah dan Dakwah Politik
Penulis: Endiyah Puji Tristanti
Ideologi kapitalisme -demokrasi telah mengakibatkan penderitaan buat umat manusia, termasuklah terhadap wanita dan generasi. Dunia telah mencapai titik terendah. Kehadiran sistem kehidupan baru yang sejahtera dan adik di bawah naungan Negara Khilafah menjadi keperluan paling mendesak saat ini. Perubahan sistem adalah kata kuncinya. Dakwah politik Islam buat para muslimah bukan saja sebuah pilihan terbaik, bahkan posisinya berada di garis terdepan kewajipan seorang hamba.
Jerat Penjajahan atas Muslimah
Eksploitasi bertopengkan pemerkasaan wanita menjadi jalan buat penjajahan kapitalisme ke atas wanita di setiap sektor. Tanpa kesedaran politik Islam, para muslimah juga akan turut teracun dengan pemikiran kesetaraan gender. Semuanya atas nama perjuangan meraih hak-hak wanita dan kanak-kanak perempuan tanpa dapat dibezakan lagi siapa mangsa dan siapa pemain penjajahan yang sebenarnya. Para muslimah secara sukarela menjadi ejen-ejen feminisme.
Para muslimah tidak menyedari bahawa mereka turut memperpanjangkan usia penjajahan kapitalisme di setiap negeri. Sebabnya, setiap naratif yang membawa isu wanita ke dalam kerangka yang lebih besar mengubah kefahaman, piawaian dan kepercayaan wanita dunia khususnya wanita muslimah untuk menerima logik penjajahan Barat. Oleh itu, adalah penting untuk merebut semua naratif yang telah dibina oleh rejim kapitalis dan membalikkan naratif untuk mengukuhkan naratif politik Islam.
Strategi pembangunan negara dengan mengintegrasikan pengarusperdanaan gender (PUG) dalam projek strategik negara dan projek utama mereka telah berjaya mewujudkan suasana syak wasangka berhubung ketidaksamaan gender dan pandangan berat sebelah lelaki. Kemudian, sebarang penglibatan lelaki dalam memperbetulkan naratif feminisme yang sesat pasti akan dibalas secara priori sebagai usaha mengekalkan kuasa lelaki ke atas wanita. Akibatnya, sukar untuk melibatkan lelaki dalam pertarungan naratif dan dakwah politik wanita dalam arena kehidupan. Wanitalah yang perlu memainkan peranan dalam menaikkan naratif dakwah politik wanita.
Dakwah Politik Wanita
Dakwah politik wanita adalah pelaksanaan dakwah politik bagi wanita untuk mengembalikan peranan strategik wanita sebagai ibu dan pengatur rumahtangga. Tujuannya adalah untuk mewujudkan generasi cemerlang penjaga peradaban Islam dalam naungan Negara Khilafah. Kerana itu, dakwah politik wanita merupakan bahagian yang penting dalam strategi dakwah Islam. Masa depan peradaban Islam ditentukan antaranya oleh kualiti dan usaha para muslimah dalam menapaki jalan dakwah politik [Lihat QS At-Taubah (9): 71]
Perkara paling asas mengapa wanita perlu terjun dalam dakwah politik tentunya kerana kewajipan. Kesedaran tentang kewajipan dakwah akan memberikan tenaga besar dan sumbu panjang perjuangan “melumpuhkan” naratif kesaksamaan gender yang selama ini dimainkan oleh rejim global. Kegagalan muslimah dalam memposisikan dirinya untuk aktif melakar perubahan akan mengakibatkan dua hal yang paling berbahaya. Pertama, datangnya laknat Allah SWT. kerana para muslimah memandang rendah bahkan meninggalkan kewajipan dakwah politik. Kedua, muslimah akan menjadi mangsa arus besar naratif kesetaraan gender sekaligus menjadi “tentera” penjajah yang akan berdiri tegak menghalang dakwah Islam.
Maka dari itu, dalam menapaki jalan perubahan sistem, iaitu jalan dakwah politik Islam, muslimah perlu berada di bawah bimbingan ideologi Islam dengan mengikut jalan perjuangan Rasulullah SAW.. Jalan perjuangan ini memerlukan segala bentuk pengorbanan dan penyerapan diri secara keseluruhan demi redha Rabb mereka.
Mengulang Kejayaan Dakwah Rasul
Contoh paling agung perubahan sistem tanpa kekerasan adalah perubahan sistem jahiliyyah Arab menuju sistem Islam di Yatsrib (Madinah). Perubahan ini dicontohkan sendiri oleh Rasulullah SAW. bersama para sahabat Baginda. Hasilnya sungguh luar biasa kerana terciptalah sebuah masyarakat yang para pemimpinnya, penduduknya yang beragam suku dan agama, serta angkatan tenteranya turut bergembira menyambut penerapan sistem baru iaitu sistem Islam. Peristiwa bersejarah perubahan sistem ini berlaku tanpa kekerasan, tanpa helah dan kudeta, juga tanpa kuasa rakyat.
Bandingkan pula dengan perubahan sistem sekular yang dilakukan oleh Mustafa Kamal at-Taturk di Turki pada akhir masa Khilafah Uthmaniyyah. Sebuah perubahan sistem yang mengerikan, penuh dengan tipu-helah dan rampasan kuasa. Ribuan penduduknya dipenjara kerana menolak sistem sekular. Para muslimahnya pula dipaksa menanggalkan tudung mereka.
Hari ini penerapan sistem demokrasi-sekular hanya meninggalkan kisah derita berabad lamaya terhadap wanita dan generasi tanpa ada henti. Apa khabar muslimah dan anak-anak di Uyghur, Rohingya, Palestin, Afghanistan, Syria dan negara-negara lainnya tanpa penerapan sistem Islam? Maka, benarlah firman Allah SWT.
Justeru, jaminan perubahan sistem terbaik hanya ada pada perubahan dengan sistem Islam iaitu melalui penerapan jalan dakwah Rasulullah SAW.. Dengan mengikuti jalan dakwah yang ditetapkan oleh wahyu, umat akan mengulangi kejayaan yang sama sebagaimana jalan dakwah Rasulullah SAW. Akan datang masa kekhilafahan kedua yang mengikuti jalan kenabian.
Muslimah dan Dakwah Berjemaah
Pada tahun ke-12 sejak Nabi Muhammad SAW. diutus (622M), rombongan haji dari Yatsrib datang ke Mekah seramai 75 orang. Dua di antaranya adalah wanita iaitu Nasibah binti Kaab Ummi Imarah dan Asma’ binti ‘Amru bin Adiy. Perjalanan yang mereka lakukan adalah bertujuan politik iaitu untuk melaksanakan baiat aqabah kedua. Tidak lain dan tidak bukan demi merealisasikan asas dan tonggak pertama penubuhan negara yang akan menerapkan hukum Islam di tengah-tengah masyarakat dan melaksanakan dakwah ke seluruh dunia.
Pada masa dahulu, para wanita dari keluarga Rasulullah dan para Sahabat juga turut aktif dalam dakwah politik yang dilakukan. Namakan saja, Ibunda Ummul Mukminin Khadijah RA., beliau telah memberikan sokongan jiwa dan seluruh hartanya demi kejayaan dakwah Rasulullah SAW.. Begitu juga dengan puteri Abu Bakar, Asma’ sebagai penanggungjawab logistik perjalanan hijrah Rasulullah SAW. yang ketika itu sedang sarat mengandung. Asma’ binti Abu Bakar lah yang menghantarkan bekalan makanan ke Gua Tsur dengan berjalan kaki di tengah-tengah kejaran musuh yang ingin membunuh Rasulullah SAW..
Para muslimah generasi awal sangat memahami peranan utama mereka sebagai ibu dan pengurus rumahtangga. Mereka tidak melalaikan peranan tersebut. Mereka juga memahami kewajipan dakwah politik bersama dengan Rasulullah SAW. dan para Sahabat. Kerana itulah mereka menginfakkan jiwa mereka dalam dakwah politik dengan menanggung risiko sebagainana kaum lelaki. Mereka memahami seruan dakwah berjemaah bagi lelaki yang juga terpakai buat para wanita. [Lihat : QS Ali Imraan (3): 104]
Pemenuhan pelaksanaan jalan dakwah Rasulullah SAW. memerlukan para muslimah untuk terjun aktif bergabung dalam jemaah dakwah berupa kutlah siyaasi (kelompok politik) Islam. Tentu saja dengan meninggalkan politik sekular. Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani menukilkan dari Imam al-Amidi (Al-Ihkaam fii Ushuul al-Ahkaam), menjelaskan bahawa syarat untuk meneladani jalan perubahan yang dilakukan oleh Rasulullah adalah dengan mengambil amal perubahan, arah, target dan tujuan yang sama seperti Baginda. Wallahualam.

