[ Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah ] Institusi Pengajian Tinggi
Penulis: Abu Yasin
Bagi merealisasikan matlamat pengajian tinggi, negara mewujudkan institusi-institusi yang bertujuan untuk mencapai matlamat tersebut. Institusi yang dimaksudkan ialah:
- Akademi Kejuruteraan
Kepentingan akademi ini adalah untuk menyediakan sekumpulan juruteknik pakar dalam teknologi moden, seperti membaiki peralatan elektronik, peralatan komunikasi dan komputer, dan profesion lain yang memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam daripada pengetahuan yang diperlukan untuk kemahiran mudah.
Bagi mahasiswa yang berminat untuk mendaftar di akademi, mereka dikehendaki menamatkan persekolahan peringkat ketiga (atau telah menamatkan 36 tempoh persekolahan), sama ada mereka telah lulus peperiksaan am untuk semua peringkat sekolah atau masih belum lulus. Pakar perlu menentukan tempoh dan berapa lama pengajian yang diperlukan untuk setiap profesion di akademi. Pakar juga perlu menentukan kursus mana yang dibenarkan untuk tidak diambil bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di jabatan perindustrian di peringkat ketiga sekolah. Pada akhir tempoh pendidikan mereka, pelajar akan menerima pengiktirafan untuk diploma pertama mereka (ijazah sarjana muda) dalam bidang yang mereka pelajari.
Akademi pertanian juga merupakan sebahagian daripada akademi ini yang dimiliki oleh jabatan pertanian dengan kerjasama jabatan pendidikan. Akademi ini menumpukan kepada hal-hal pertanian yang tidak memerlukan pendidikan universiti. Akademi ini diasaskan untuk menyediakan sekumpulan orang yang kompeten untuk bekerja dalam bidang pertanian praktikal, seperti teknik pengairan, menguruskan penanaman benih dan tumbuhan, penyelenggaraan dengan pembajaan, pemotongan, cantuman, dll. Termasuk dalam sektor pertanian ialah pendidikan tentang haiwan, seperti ternakan dan ayam, serta pemprosesan tumbuhan dan produk haiwan. Pakar perlu menentukan kursus yang dibenarkan untuk tidak diambil bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian dalam jurusan pertanian di peringkat ketiga sekolah.
- Akademi Kefungsian
Kepentingan akademi kefungsian adalah untuk menyediakan sekumpulan orang yang kompeten untuk melaksanakan tugas pekerjaan yang tidak memerlukan pendidikan universiti. Mereka yang ingin memasuki akademi ini diwajibkan sekurang-kurangnya lulus peperiksaan am untuk semua peringkat sekolah. Pakar perlu menentukan keperluan pendaftaran untuk setiap jenis akademi. Mereka juga menentukan kursus yang akan diajar di setiap jabatan, dan masa yang diperlukan untuk melahirkan pelajar yang cekap dalam setiap bidang di akademi. Pada akhir pendidikan mereka, pelajar akan menerima pengiktirafan untuk diploma pertama mereka (baccalaureate) dalam bidang yang mereka pelajari.
Termasuk dalam jenis akademi ini ialah akademi kejururawatan dan pembantu perubatan, radiologi, makmal dan pergigian. Di dalam akademi jenis ini juga terdapat akademi pengurusan dan kewangan yang diperlukan untuk pejabat syarikat kecil, tetapi memerlukan kerja perakaunan khas dan tidak memerlukan pendidikan universiti, seperti pekerjaan melibatkan simpan kira, tunai dan pengiraan zakat.
Termasuk dalam akademi ini adalah akademi yang menyediakan guru yang cekap untuk bekerja di pelbagai peringkat sekolah. Pihak akademi turut menganjurkan program khas untuk graduan universiti yang berminat untuk bekerja dalam bidang perguruan.
Akademi ini perlu tersebar di seluruh negara dan jenisnya perlu disesuaikan dengan keperluan serantau. Sebagai contoh, di kawasan pantai, akademi perlu menawarkan kelas untuk kemahiran maritim, seperti menangkap hasil laut, membaiki kapal dan pengurusan pelabuhan. Begitu juga di kawasan pertanian, akademi pertanian perlu disediakan, dan sebagainya.
- Universiti
Pelajar yang lulus peperiksaan am di semua peringkat sekolah berhak memohon untuk mendaftar di universiti negeri. Universiti-universiti ini menerima pelajar bergraduasi sebanyak dua kali setahun.
Penerimaan adalah berdasarkan spesifikasi tertentu dalam aspek berikut:
- Purata markah keseluruhan pelajar pada peperiksaan umum di semua peringkat sekolah.
- Jenis jurusan yang diambil oleh pelajar di peringkat sekolah ketiga.
- Markah pelajar dalam mata pelajaran tertentu dalam peperiksaan umum yang berkaitan dengan jurusan yang akan mereka ambil. Sebagai contoh, pelajar jurusan fiqh dan ilmu syariah seharusnya mempunyai markah yang tinggi dalam mata pelajaran tsaqafah Islam dan bahasa Arab. Pelajar yang berhasrat untuk mengambil jurusan kejuruteraan perlu mempunyai markah yang baik dalam mata pelajaran matematik dan fizik. Begitu juga, pelajar yang akan mengambil sains perubatan perlu mempunyai gred yang baik dalam mata pelajaran biologi dan kimia, dan sebagainya. Pakar hendaklah menentukan mata pelajaran yang berkaitan dengan setiap jabatan/fakulti di universiti dan purata gred yang boleh diterima di setiap jabatan/fakulti.
Universiti menyediakan beberapa jurusan, seperti:
- Jurusan tsaqafah Islam dan ilmu-ilmu Islam, seperti tafsir, fiqh, ijtihad, kehakiman, dan ilmu syariah.
- Jabatan ilmu bahasa Arab.
- Jurusan kejuruteraan, seperti kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan komunikasi, kejuruteraan penerbangan, kejuruteraan komputer, dsb.
- Jurusan sains komputer, seperti pemprograman (programming), sistem informasi, dan perisian.
- Jurusan ilmu pengetahuan sains, seperti matematik, kimia, fizik, komputer, astronomi, geografi, geologi, dsb.
- Jurusan sains perubatan, seperti perubatan, kejururawatan, analisis perubatan, pergigian, dan farmasi.
- Jurusan ilmu pertanian, seperti pertanian sayuran, sains haiwan, penternakan haiwan, gizi pemakanan, dan penyakit pada tumbuhan dan haiwan.
- Jurusan ilmu kewangan dan pengurusan, seperti perakaunan, ekonomi dan perdagangan.
Kadangkala jurusan lain turut dibuka atau diselitkan jurusan yang sesuai keperluan.
- Pusat Pendidikan dan Penyelidikan
Kepentingan pusat pendidikan dan penyelidikan adalah sebagai tempat untuk aktiviti penyelidikan yang khusus dan mendalam dalam pelbagai bidang tsaqafah dan keilmuan. Dalam bidang tsaqafah, berperanan untuk melahirkan pemikiran yang mendalam, baik dalam penyusunan rencana jangka panjang (strategik), cara-cara melaksanakan dakwah melalui kedutaan dan diplomasi, serta dalam ilmu fiqh, ijtihad, linguistik, dan seterusnya. Dalam bidang saintifik, ia menghasilkan penemuan cara dan kaedah baharu dalam bidang aplikasi, seperti industri, sains atom dan angkasa, dan lain-lain yang memerlukan penyelidikan khusus dan mendalam.
Sebahagian daripada pusat pendidikan dan penyelidikan ini dimiliki oleh universiti dan ada yang berasingan, terus di bawah jabatan pendidikan. Mereka yang bekerja di pusat pendidikan dan penyelidikan ini terdiri daripada para ulama, pensyarah universiti, dan beberapa pelajar cemerlang yang kebolehannya menyerlah – dalam bidang penyelidikan, penemuan, dan pembangunan,- semasa belajar di universiti.
- Pusat Penyelidikan dan Akademi Tentera
Kepentingan pusat penyelidikan dan akademi tentera adalah untuk mempersiapkan para pemimpin tentera dan untuk pembangunan sarana serta teknik ketenteraan yang digunakan untuk memerangi musuh Allah dan musuh umat Islam. Pusat penyelidikan dan akademi tentera ini berada di bawah seliaan komander jihad(Amir al-Jihad).
Sumber: Abu Yasin,Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah)

