Site icon MuslimahHTM News

Wafatnya Ibnu Khuzaimah – 311H

[ISTIMEWA ZULKAEDAH] Wafatnya Ibnu Khuzaimah – 311H

 

Ibnu Khuzaimah adalah seorang ulama Islam dari abad ke-9 Masehi. Nama lengkapnya adalah Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah al-Tamimi al-Qushayri. Beliau merupakan seorang ahli hadis serta seorang ahli fikih yang dihormati pada masanya.

 

Beliau memulakan pendidikannya dengan mempelajarin al-Quran kemudian beliau mempelajari ilmu hadis melalui seorang ulama di Marwah. Setelah usianya mencapai 17 Tahun, beliau melakukan pembelajaran intelektual ke pelbagai negara Islam.

 

Ibnu Khuzaimah memberi sumbangan penting terhadap Islam melalui karya tulisannya yang terkenal, “Sahih Ibnu Khuzaimah.” Kumpulan hadis ini merupakan salah satu dari enam kitab hadis yang dianggap sahih oleh banyak ulama Islam. Melalui karyanya, Ibnu Khuzaimah membantu memelihara dan menyebarkan hadis Nabi Muhammad SAW.

 

Sumbangannya dalam menyusun koleksi hadis yang sahih membantu menjaga kebenaran ajaran Islam dan memberikan panduan bagi umat Muslim dalam memahami ajaran agama Islam.

 

Selain itu, sebagai seorang fakih, Ibnu Khuzaimah juga memberikan wawasan dan pandangan hukum Islam yang berharga kepada umat Islam pada masanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada bulan Zulkaedah 311H ketika usianya 89 Tahun.

Exit mobile version