Site icon MuslimahHTM News

Ujian Dakwah Pasca Kampus; Bertahan Atau Tumbang? (Bahagian-1)

Ujian Dakwah Pasca Kampus; Bertahan Atau Tumbang? (Bahagian-1)

Oleh: Ustaz Iwan Januar

 

Hidup itu melalui berbagai kitaran (siklus) yang berbeza. Ada masa kanak-kanak, ada masa dewasa. Ada masa masing single, ada masa berkeluarga. Keadaan dan situasinya sungguh berbeza.

 

Dalam dakwah pun ada kitaran yang berbeza. Ada masa perjuangan di kampus, ada masa pasca kampus. Ada masa sibuk dengan ujian semester, lalu ada masa bekerja. Keduanya ada keadaan/situasi dan cabaran yang berbeza.

 

Ghirah dakwah di dalam kampus biasanya begitu tinggi. Penuh semangat, tak kenal lelah, juga nyaris tak kenal rasa takut. Hal seperti itu terjadi selain kerana faktor ’darah muda’, juga kerana seringnya berkumpul bersama kawan-kawan seperjuangan. Selain itu belum muncul tuntutan dan cabaran lainnya.

 

Penting untuk dipersiapkan supaya ghairah dakwah yang begitu menggebu di dunia kampus tidak pudar begitu setelah memasuki kehidupan pasca kampus. Sebab, ada yang masih bertahan namun dengan perjuangan seadanya, ada juga yang menghilang dari orbit dakwah. Bahkan tanpa jejak sama sekali.

 

Bila ditelusuri penyebabnya, salah satunya adalah ketidaksiapan menghadapi cabaran dakwah di luar kampus. Tidak jarang para pemuda pejuang ini ditimpa kebingungan tatkala bertemu pelbagai permasalahan di luar kampus, lalu hilang kesabaran dan berakhir dengan menyingkir dari amal yang begitu agung; dakwah melanjutkan kehidupan Islam.

 

Maka sudah saatnya para pejuang dakwah di kampus mempersiapkan diri menghadapi kitaran kehidupan dan kitaran dakwah yang baru di luar kampus. Di antaranya memetakan sejumlah cabaran yang secara umum akan dihadapi selepas dari medan dakwah di kampus, lalu bersiap menghadapinya.

 

Ada beberapa cabaran yang bakal dihadapi saat keluar dari kampus;

 

Pertama, soal pekerjaan. Untuk kaum lelaki bekerja hukumnya adalah wajib. Namun cabarannya adalah menghindari nafkah yang haram sambil menyelaraskan antara nafkah dengan kewajipan dakwah.

 

Cabarannya adalah soal nafkah halal atau haram. Kelihatannya mudah, tapi ada saja aktivis dakwah tidak tahan godaannya. Ada yang memilih jadi banker (kaki tangan perbankan), pegawai insurans, broker saham, atau terlibat dalam pemberian suap menyuap (rasuah), dll. Boleh jadi kerana takut tidak mendapatkan kerja, atau boleh jadi sebab soal gaji nominal yang menggiurkan. Apakah para aktivis dakwah ini tidak takut dengan peringatan Nabi saw:

 

يَا كَعْبَ بْنَ عُجْرَةَ إِنَّهُ لَا يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلَّا كَانَتْ النَّارُ أَوْلَى بِهِ

“Wahai Ka’ab bin Ujrah! Sesungguhnya tidak tumbuh daging dari kecurangan melainkan neraka lebih layak (membakarnya)” (HR. Tirmidzi).

 

Bila terlepas dari perangkap nafkah haram, berikutnya adalah cabaran menjaga komitmen dakwah. Satu persatu aktivis dakwah tumbang kerana disibukkan dengan urusan pekerjaan. Dakwah bukan lagi keutamaan, sering kalah dengan agenda pejabat atau projek. Akhirnya lepaslah mereka dari orbit dakwah melayang ke galaksi lain.

 

Kunci menghadapi ini semua adalah iman terhadap Allah Maha Pemberi rezeki. Bukan pejabat, tanggungjawab dalam pekerjaan, majikan atau siapapun yang mendatangkan rezeki. Bekerja adalah kewajipan tapi bukan sebab datangnya rezeki. Teruslah bersabar mencari rezeki yang halal, ia tetap akan datang. Nabi Saw mengingatkan:

 

أَيُّهَا النَّاسُ ، إِنَّ أَحَدَكُمْ لَنْ يَمُوتَ حَتَّى يَسْتَكْمِلَ رِزْقَهُ ، فَلا تَسْتَبْطِئُوا الرِّزْقَ ، اتَّقُوا اللَّهَ أَيُّهَا النَّاسُ ، وَأَجْمِلُوا فِي الطَّلَبِ ، خُذُوا مَا حَلَّ ، وَدَعُوا مَا حَرُمَ

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kalian tidak akan mati sampai sempurna jatah rezekinya, kerana itu, jangan kalian merasa rezeki kalian terhambat dan bertakwalah kepada Allah, wahai sekalian manusia. Carilah rezeki dengan baik, ambil yang halal dan tinggalkan yang haram.” (HR. Baihaqi dalam sunan al-Kubro 9640, disahihkan Hakim dalam Al-Mustadrak 2070 dan disepakati Ad-Dzahabi)

 

Bekerja adalah kewajipan namun ibadah-amal soleh-dakwah adalah paksi kehidupan. Besarnya pahala mencari nafkah takkan dapat mengalahkan kewajipan dan besarnya pahala dakwah. Sebagai muslim ada kewajipan bekerja secara profesional, tapi tetap berputar pada paksi Islam sebagai ideologi.

 

Meninggalkan dakwah kerana urusan dunia (kerja) akan menjatuhkan darjat seorang hamba di mata Allah dan makhluk-makhlukNya. Lebih mengerikan lagi, melalaikan dakwah kerana urusan sibuk mencari dunia sebaliknya malah menyebabkan datangnya kesulitan-kesulitan hidup di dunia lebih banyak lagi. Sabda Nabi Saw:

 

مَنْ كانت الدنيا هَمَّهُ فَرَّق الله عليه أمرَهُ وجَعَلَ فَقْرَهُ بين عينيه ولم يَأْتِه من الدنيا إلا ما كُتِبَ له

“Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya maka Allah akan (1) mencerai-beraikan urusannya dan (2) Allah jadikan kefakiran di pelupuk matanya, (3) dan tidak akan datang (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya”. (HR. Ibnu Majah).

 

Jangan terpukau pula dengan kawan-kawan satu kampus yang hidupnya yang menimbulkan rasa kagum, flexing gaya hidup mereka di media sosial, dapat melancong ke luar negara, dsb. Atau juga tergoda melihat orang yang dulu kawan seperjuangan dakwah di kampus lalu berpaling menuju kesibukan dunia lalu memiliki segala impian yang diimpikan kebanyakan orang. Sedarilah hidup yang asli tidak seindah yang nampak di mata kita, apalagi yang ditayangkan di media sosial. Hal yang kita takutkan kalau semua itu adalah istidraj kerana meninggalkan perkara wajib yang luar biasa agungnya dari Allah SWT, dakwah melanjutkan kehidupan Islam.

 

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ

“Bila kamu melihat Allah memberi pada hamba dari (perkara) dunia yang diinginkannya, padahal dia terus berada dalam kemaksiatan kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa hal itu adalah istidraj (jebakan berupa nikmat yang disegerakan) dari Allah”. (HR. Ahmad).

 

Lelaki yang tidak mahu mencari nafkah adalah pelaku maksiat, begitu juga muslim yang meniggalkan dakwah kerana sibuk dengan nafkah juga kemaksiatan.

 

Syaikh Taqiyuddin An-Nabhani menyatakan berdiam diri dari amal menegakkan khilafah adalah bahagian dari kemaksiatan terbesar. Jadi, jangan terpukau apalagi muncul hasad apabila melihat orang-orang yang Allah berikan kenikmatan dunia.

 

Carilah nafkah yang halal dan jagalah keselarasan dengan dakwah, walaupun boleh jadi orang lain memandang pilihan kerjaya atau profesion seorang pengemban dakwah itu sebagai tidak hebat/mengkagumkan. Tapi yakinlah dari nafkah yang selalu berputar mengikuti paksi dakwah itulah yang sebaliknya akan membuka berbagai kenikmatan yang luar biasa.

 

Sabda Nabi Saw:

وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّـتَهُ ، جَمَعَ اللهُ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ غِنَاهُ فِيْ قَلْبِهِ ، وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ.

“Barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allâh akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina”. (HR. Ibnu Majah).

 

Seorang alim memberikan nasihat:

اَلدُّنيَا كَالظُّلِ لَو لاحقتَهَا تَهرب مِنْكِ وَ لَوْ اَعْطَيْتَهَا ظَهْرَكَ تُلاَحِقكَ

“Dunia itu seperti bayangan. Jika kau mengejarnya maka bayangan itu makin menjauh. Tapi jika kamu berjalan membelakangi bayangan (zuhud) maka bayangan itu akan mengikutimu.”

 

Kewajipan dakwah adalah hal yang pasti, bukan bayangan. Janji keberkahan dan pahala yang Allah akan berikan di jalan dakwah juga pasti. Janganlah mengejar bayangan lalu meninggalkan yang pasti. Namun kejar yang sudah pasti dan bayangan/dunia akan mengikuti kita.

 

Bekerjalah secara profesional dan berdakwahlah secara `militan‘. Dunia kerja itu ladang dakwah yang luas bagi para pengemban dakwah. Pihak atasan, rakan sekerja dan bawahan adalah objek dakwah yang pantang untuk diabaikan. Kerana mereka juga mempunyai hak mendapatkan hidayah dari Allah menerusi lisan para pengemban dakwah.

 

Dimanapun, seorang muslim hendaklah memegang teguh identiti asli sebagai muslim jurudakwah. Seperti kata seorang ulama dakwah; nahnu du’at qabla kulli syai’kita adalah pengemban dakwah sebelum segala sesuatu.

 

Exit mobile version