Site icon MuslimahHTM News

Pesanan Rasulullah SAW dalam Khutbah Haji Wada’: Larangan Membunuh Jiwa Dan Mengambil Harta Orang Lain

[ ISTIMEWA ZULHIJJAH ] Pesanan Rasulullah SAW dalam Khutbah Haji Wada’:
Larangan Membunuh Jiwa Dan Mengambil Harta Orang Lain

 

Haji Wada’ adalah haji pertama Rasulullah SAW dilaksanakan pada tahun 10H. Ianya juga merupakan haji terakhir yang dipimpin oleh baginda yangmana itulah saat terakhir Rasulullah SAW menyampaikan pesanan baginda. Khutbah yang disampaikan oleh Nabi SAW adalah sebagai momentum kesatuan ummah. Kita sebagai  umat Islam dan umat Nabi Muhammad SAW sudah pasti kecintaan kepada baginda perlu kita zahirkan dengan mengikut segala pesanan baginda.

 

Antara pesanan Rasulullah SAW dalam Khutbah Haji Wada’ yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah RA:

 

“Wahai seluruh manusia! Sesungguhnya darah kalian dan harta kekayaan kalian merupakan kemuliaan (haram diambil oleh orang lain) bagi kalian semua, sebagaimana mulianya hari ini, di bulan yang mulia ini dan di negeri yang mulia ini.” (HR Muslim)

 

Sudah tentu pesanan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW ini menunjukkan bahawa nyawa dan harta umat Islam sangat dimuliakan. Oleh itu umat Islam tidak boleh membunuh jiwa atau sesama umat Islam dengan sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan harta umat Islam akan sentiasa terpelihara dan tidak sewenangnya dirampas dan digunakan oleh pihak lain.

Exit mobile version