Site icon MuslimahHTM News

Haram Wanita Berkhalwat dan Tabarruj

Haram Wanita Berkhalwat dan Tabarruj
Oleh: Gus Syams

Sebagaimana telah dijelaskan dalam penjelasan-penjelasan sebelumnya, hubungan lelaki dan wanita dalam masyarakat Islam didasarkan pada prinsip pelestarian jenis, perwujudan ta’awwun, serta pemeliharaan kehormatan dan kesucian diri. Interaksi antara lelaki dan wanita dijauhkan dari unsur-unsur yang merosakkan akhlak dan menjatuhkan keduanya dalam perbuatan keji dan mungkar.

Pandangan ini tentu memberikan pengaruh pada penampilan dan busana lelaki dan wanita dalam kehidupan umum. Wanita dan lelaki berusaha sekuat mungkin untuk tidak berpenampilan dan berbusana yang boleh menggoda lawan jenis. Wanita keluar rumah dengan menutup aurat, mengenakan tudung dan jilbab (pakaian luar) serta menjauhi sejauh-jauhnya pakaian dan penampilan yang menyeronokkan. Mereka juga akan menjauhi aktiviti yang boleh menjerumuskan ke dalam perbuatan keji dan mungkar, semacam bercinta/berpasangan (di luar nikah), ber-khalwat dan lain sebagainya.

Begitu juga bentuk pakaian lelaki dan wanita. Semuanya mengikuti sudut pandang di atas. Dengan begitu tidak ada pakaian seksi atau pakaian terlampau ketat yang menonjolkan sisi feminin mahupun maskulin. Begitu juga produk-produk kosmetik. Semuanya diproduksi dengan mengikuti paradigma dan ketentuan syariat.

===

Ini berbeza dengan masyarakat Barat. Di barat interaksi lelaki dan wanita didasarkan pada sebuah pandangan bahawa pengekangan terhadap hasrat seksual merupakan salah satu faktor penyebab penderitaan. Kebahagian sejati hanya boleh diraih tatakala keinginan seksual diberi kebebasan. Sudut pandang semacam itu telah menggiring masyarakat Barat masuk ke dalam ruang yang mana aspek seksualiti menjadi aspek terdepan dalam interaksi antara lelaki dan wanita. Pakaian dan penampilan dibuat se-seksi dan se-sensual mungkin agar lawan jenis terpikat. Pergaulan tidak lagi mengenal batas kewajaran. Khalwat, tabarruj, zina, dan perbuatan-perbuatan keji lainnya tidak dipandang sebagai sesuatu yang buruk.

Sayang, cara pandangan dan perilaku rendah ini sebaliknya diadopsi dan dikembangkan oleh penguasa negeri-negeri kaum Muslim tanpa memperhatikan lagi pertentangannya dengan akidah dan syariat Islam.

Atas dasar itu, larangan khalwat dan tabarruj di adopsi secara khusus dalam perlembagaan negara Khilafah. Ini adalah sebagai bentuk penjagaan negara atas kesucian dan kehormatan kaum wanita Muslimah.

Di dalam Pasal 118 disebutkan, “Wanita dilarang ber-khalwat tanpa disertai mahram-nya, juga dilarang melakukan tabarruj atau menampakkan auratnya di depan lelaki asing (bukan mahram).”



Pasal di atas didasarkan pada nas-nas syariat yang melarang wanita ber-khalwat dan ber-tabarruj.

===

Khalwat adalah berkumpulnya seorang lelaki dan seorang wanita di suatu tempat yang tidak memberikan kemungkinan orang lain untuk bergabung dengan keduanya, kecuali dengan izin keduanya. Contohnya, seorang lelaki dan seorang wanita berkumpul di rumah, pejabat atau di tempat sunyi yang jauh dari jalan dan orang ramai. Dengan kata lain, khalwat adalah berkumpulnya dua orang dengan menyendiri sehingga tidak ada orang lain bersama keduanya. Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِإِمْرَأَةٍ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ فَقَامَ إِلَّا كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

„Tidak boleh seorang lelaki ber-khalwat dengan seorang wanita kecuali disertai dengan mahram-nya kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan.“ (HR at-Tirmidzi).

===

Adapun larangan tabarruj didasarkan pada firman Allah subhanahu wa ta’ala:

وَٱلۡقَوَٰعِدُ مِنَ ٱلنِّسَآءِ ٱلَّتِي لَا يَرۡجُونَ نِكَاحٗا فَلَيۡسَ عَلَيۡهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعۡنَ ثِيَابَهُنَّ غَيۡرَ مُتَبَرِّجَٰتِۢ بِزِينَةٖۖ ٦٠

„Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.“ (TMQ an-Nur [24]: 60).

Ayat ini menunjukkan larangan bagi wanita tua ber-tabarruj tatkala mereka dibolehkan melepaskan jilbab (baju luar) yang mereka kenakan. Mafhûm muwâfaqah-nya, jika wanita tua saja dilarang ber-tabarruj tatkala menanggalkan pakaian luar (jilbab)-nya, apalagi para wanita yang masih muda.

 

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ٣١

“Janganlah mereka memukul-mukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.“ (TMQ an-Nur [24]: 31).

===

Tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada orang-orang yang bukan mahram.

 

Imam Ibnu Mandzur dalam Lisân al-’Arab menyatakan: wa at-tabarruj: izhhâr al-mar’ah zînatahâ wa mahâsinahâ li ar-rijâl (tabarruj adalah wanita menampakkan perhiasan dan anggota tubuh kepada lelaki [non-mahram]) (Ibnu Mandzur, Lisân al-’Arab, 2/212. Lihat juga: Tafsîr Qurthubi, 10/9; ar-Razi, Mukhtâr ash-Shihâh, hlm. 46; Asy-Syaukani, Fath al-Qadîr, 3/125; As-Suyuthi, Tafsîr Jalâlayn, 1/554; al-Jashshash, Ahkâm al-Qur’ân, 5/230; an-Nasafi, Tafsîr an-Nasafi, 3/305; Rûh al-Ma’âni, 22/7-8; dll).

Di dalam Kitab Zâd al-Masîr disebutkan: Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya. Menurut al-Zujaj, tabarruj adalah menampakkan perhiasaan dan semua hal yang dapat merangsang syahwat lelaki.

Sifat-sifat tabarruj pada zaman jahiliah ada lima pendapat:

 

Pertama: Seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan di antara lelaki. Pendapat semacam ini dipegang oleh Mujahid.

 

Kedua: Wanita yang berjalan berlenggak-lenggok dan penuh gaya dan genit. Ini adalah pendapat Qatadah.

Ketiga: Wanita yang memakai wewangian. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Najih.

Keempat: Wanita yang mengenakan pakaian yang terbuat dari batu permata, kemudian dia memakainya dan berjalan di tengah jalan. Ini adalah pendapat al-Kalabi.

Kelima: Wanita yang mengenakan tudung namun tidak menutupnya, hingga anting-anting dan kalungnya terlihat… (Ibnu al-Jauzi, Zâd al-Masîr, 6/38-382).

===

Lain-lain Bentuk Tabarruj

 

Di dalam riwayat-riwayat sahih dituturkan perbuatan-perbuatan yang termasuk tabarruj, di antaranya wanita keluar rumah dengan mengenakan wangi-wangian. Abu Musa al-Asy‘ari menuturkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيْحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ
“Siapa pun wanita yang memakai wewangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, bererti dia telah melakukan zina”. (HR Ahmad, Abu Dawud dan at-Tirmidzi).

Termasuk ke dalam tabarruj, seorang wanita yang mengenakan pakaian nipis dan menggoda. Rasulullah ﷺ bersabda:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيْحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرةِ كَذَا وَكَذَا

”Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya tidak pernah aku duga, iaitu: (1) sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; (2) wanita yang membuka auratnya seraya berpakaian nipis merangsang, berlenggak-lenggok dan banyak lagak. Mereka tidak dapat masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya, padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang jauh“ (HR Muslim).

Namun, Islam tidak melarang lelaki dan wanita untuk berhias (tazayyun) dalam batas-batas yang dibolehkan oleh syariat. Para sahabat wanita pada masa Rasulullah ﷺ juga menghiasi diri mereka dengan bahan-bahan tertentu. Hanya saja, mereka berhias pada batas-batas wajar. tentu sesuai dengan apa yang diperintahkan Rasulullah ﷺ kepada mereka.

Sebahagian ulama tafsir menyatakan, perhiasan lahiriah wanita adalah pewarna pada kedua tangan/kuku, celak pada kedua mata[1], dan sedikit wewangian pada kedua pipi[2]. Inilah perhiasan lahiriah yang boleh ditampakkan oleh seorang wanita dalam kehidupan umum.

===

Pengaruh Tabarruj Bagi Masyarakat

Tabarruj berimplikasi buruk bagi masyarakat, khususnya masyarakat Islam.

 

Di antaranya: Tabarruj akan mengubah kecenderungan kaum Muslim dari kecenderungan menjaga dan menahan pandangan menjadi kecenderungan memuja hawa nafsu dan hasrat seksual. Lelaki dan wanita akan berlumba-lumba menarik lawan jenisnya, dengan mengenakan pakaian dan perhiasan yang paling menarik perhatian. Mereka juga menyibukkan diri dengan urusan mempercantikkan diri dan menarik mahupun memikat lawan jenisnya. Akhirnya, banyak orang terjatuh pada hubungan-hubungan lawan jenis yang dilarang oleh syariat Islam, misalnya : bercinta/berpasangan di luar nikah, ber-khalwat, perselingkuhan, perzinaan dan lain sebagainya.

Tabarruj akan mengubah paradigma hubungan lelaki dan wanita di dalam Islam, iaitu hubungan yang didasarkan pada prinsip ketakwaan, menjadi hubungan yang didasarkan pada pemenuhan keperluan-keperluan seksual (hawa nafsu) semata.

Tabarruj melemahkan kaum Muslim dari usaha-usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, atau perjuangan untuk menegakkan kalimat-Nya. Dengan kata lain tabarruj akan melemahkan semangat kaum Muslim untuk menegakkan hukum-hukum Allah serta usaha untuk mendakwahkan Islam, baik dengan propaganda mahupun jihad.

___________________________
Catatan kaki:
1 Lihat Ibnu Jauziy, Zâd al-Masîir, surat an-Nur [24]: 31; Az-Zamakhsyari, Tafsîr al-Kasysyaf, surat an-Nur [24]:31; al-Baghawi, Ma’âlim at-Tanzîl fî at-Tafsîr, surat an-Nur [24]: 31; dan lain-lain
2 Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

===
Sumber: Alwaie

Exit mobile version