Site icon MuslimahHTM News

Amaran yang Menggerunkan kepada Pelaku Kezaliman

[Nafsiyah] Amaran yang Menggerunkan kepada Pelaku Kezaliman

Penulis: Ustaz Arief B. Iskandar

 

Melakukan kezaliman terhadap orang lain kini amat mudah dilakukan oleh sebahagian orang. Mereka sering berbohong dan menipu orang, mungkir janji, tidak menunaikan amanah, memfitnah orang, dan sebagainya. Mereka seolah-olah tidak mengendahkan amaran yang menggerunkan sebagai balasan di akhirat kelak bagi pelaku kezaliman.

 

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman, “ Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.” [TMQ Asy-Syuura (42): 42].

 

Allah SWT juga berfirman, “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).” [TMQ Ibrahim (14): 42–43].

 

Disaat ini, para pelaku kezaliman mungkin terselamat daripada azab Allah SWT dan merasakan bebas untuk melakukan segala kezaliman. Namun, mereka sepatutnya sedar bahawa di akhirat kelak mereka akan mengalami seksaan yang amat dahsyat lagi menggerunkan.

 

Ini sebagaimana firmanNya, “Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali..” [TMQ Asy-Syu’araa (26): 227 ]

 

Wa mâ tawfîqî illâ billâh wa ’alayhi tawakkaltu wa ilayhi unîb.

 

Sumber: ariefbiskandar[dot]com

 

Exit mobile version