Site icon MuslimahHTM News

Membina Kesedaran Ummah dan Solidariti untuk Palestin di Cyberjaya

[Aktiviti] SHAH ALAM, 30 Jun 2024 (Ahad) – MHTM cawangan Shah Alam telah mengadakan dakwah jalanan dengan tema “The Power Of Ummah”. Aktiviti tersebut telah dijalankan di Taman Tasik Cyberjaya. Aktivis MHTM menerangkan secara ringkas sejarah dan peristiwa yang berlaku berkaitan Masjidil Aqsa, kiblat pertama Umat Islam.

 

Sesungguhnya tanah Palestin adalah milik umat Islam. Kawasan Baitul Maqdis telah menjadi sebahagian daripada negara Islam berstatus sebagai tanah kharaj sejak era Khalifah Umar bin al-Khattab ra. Setelah perang berkecamuk selama berbulan-bulan, akhirnya Uskup Baitul Maqdis, Sophronius, menyerahkan kunci Kota Baitul Maqdis kepada Khalifah Umar bin al-Khattab ra. secara langsung.

 

#kempen
#thepowerofummah
#kempenzulhijjah
#palestin

 

Exit mobile version