Site icon MuslimahHTM News

Makna Politik Hijrah

Makna Politik Hijrah

Secara syarie, para fuqaha mendefinisikan hijrah dengan makna berpindah dari darul kufur ke darul Islam. Penjelasan tersebut boleh dibaca dalam kitab al-Syakhshiyyah al-Islamiyyah Juz II karya Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani. Ibnu ‘Arabi juga mengatakan bahawa hijrah adalah keluar atau berpindah dari negara yang diperangi/negara kufur ke negara Islam (Subul al-Salam, juz 6, hlm. 128 dan Nail al-Authar, juz 12, hlm 270). Maksudnya, konotasi hijrah menurut istilah khusus adalah meninggalkan negara kufur (dar al-kufr), kemudian berpindah ke negara Islam (dar al-Islam) (Al-Jurjani, al-Ta’rifat, juz 1, hlm. 83).

Ketika itu, Nabi SAW. dan para sahabatnya berhijrah dari darul kufur di Mekah, kemudian membentuk darul Islam di Madinah. Ketika kaum Muslim keluar dari kota Mekah menuju kota Madinah, motivasi utama mereka adalah keimanan dalam rangka untuk menjalankan ketaatan kepada Allah SWT. serta untuk menyelamatkan agama mereka dari fitnah yang ditimbulkan oleh kaum musyrikin Quraisy. Kota Madinah, sebagai negara baru (Daulah Islam) yang dipimpin oleh Nabi SAW. memberikan keamanan buat warganegaranya. Bahkan, mereka dapat mengembangkan kehidupan mereka sebagai umat yang baru dengan peradaban baru.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كَانَ الْمُؤْمِنُونَ يَفِرُّ أَحَدُهُمْ بِدِينِهِ إِلَى اللهِ تَعَالَى وَإِلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَخَافَةَ أَنْ يُفْتَنَ عَلَيْهِ فَأَمَّا الْيَوْمَ فَقَدْ أَظْهَرَ اللهُ اْلإِسْلاَمَ وَالْيَوْمَ يَعْبُدُ رَبَّهُ حَيْثُ شَاءَ

“Dulu ada orang Mukmin yang lari membawa agamanya kepada Allah dan Rasul-Nya kerana takut difitnah. Adapun sekarang (setelah Hijrah) Allah taala benar-benar telah memenangkan Islam, dan seorang mukmin dapat beribadah kepada Allah SWT. sesuka dia.” (HR Al-Bukhari).

Beberapa poin penting dari hadis di atas adalah sebagai berikut :

Pertama, hijrah merupakan pemisah antara kebenaran dan kebatilan, antara Islam dan kekufuran serta antara darul Islam dan darul kufur.

Kedua, hijrah adalah tonggak berdirinya Daulah Islam untuk pertama kalinya. Dalam hal ini, para ulama dan sejarawan Islam telah sepakat bahawa Madinah setelah hijrah Nabi SAW. telah berubah dari sekadar sebuah kota menjadi sebuah negara Islam.

Ketiga, hijrah merupakan awal kebangkitan Islam dan juga kaum Muslim yang pertama kalinya setelah 13 tahun kelahirannya.

Exit mobile version