[Soal Jawab] Kaum Kafir Akan Terus Memusuhi Islam
Wawancara bersama: K.H. Rokhmat S. Labib, M.E.I.
Permusuhan kaum kafir terhadap Islam dan kaum muslim bukanlah hal baru, tetapi sudah berlangsung lama. Bahkan sejak Islam muncul pertama kali dibawa oleh Baginda Rasulullah saw., permusuhan mereka terus berlangsung hingga kini.
Saat ini yang paling jelas memusuhi dan memerangi Islam adalah Barat kafir sebagai pengemban ideologi kapitalisme. Mengapa Barat kafir memusuhi Islam? Bagaimana caranya? Berjayakah mereka? Bagaimana pula cara kaum muslim melawan mereka? Berikut ini penjelasan dari K.H. Rokhmat S. Labib, M.E.I..
Soalan: Benarkah saat ini Barat melalui ejen-ejennya berusaha sekuat tenaga membendung kebangkitan Islam?
Benar. Sebenarnya bukan hanya sekarang, tetapi sejak dahulu. Itu akan terjadi hingga akhir zaman.
Soalan: Mengapa begitu?
Di dalam Al-Quran cukup banyak diberitakan tentang permusuhan orang-orang kafir terhadap Islam dan kaum muslim. Dalam surah Al-Baqarah ayat 120, misalnya, diberitakan bahawa orang-orang Nasrani dan Yahudi tidak akan merasa senang hingga kaum muslim mengikuti agama mereka. Dalam QS Al-Baqarah: 219, orang-orang musyrik tidak akan memerangi orang-orang yang beriman hingga mereka berpaling dari agama mereka. Orang-orang kafir juga dikhabarkan terus berupaya memadamkan cahaya Allah, yakni Islam, melalui mulut-mulut mereka sebagaimana dalam surah At-Taubah ayat 32. Perkara yang diberitakan Al-Quran terus terjadi sepanjang zaman.
Soalan: Bagaimana strategi mereka dalam membendung kebangkitan Islam?
Sangat banyak. Namun, strategi utamanya dua, yakni menjauhkan umat Islam dari ajarannya dan menghalangi tegaknya Khilafah. Mereka tahu benar bahawa umat Islam tidak akan dapat dikalahkan apabila dua hal itu masih ada di tengah umat, yakni pemahaman yang benar tentang Islam dan adanya Khilafah yang menaungi umat Islam.
Inilah yang dikatakan Lord Curzon, Menteri Luar Negeri Britain setelah Khilafah berjaya diruntuhkan. Dia berkata, “Turki telah dihancurkan dan tidak akan pernah bangkit kembali kerana kita telah menghancurkan kekuatan utamanya: The Caliphate and Islam.” Ertinya, Khilafah dan Islam.
Soalan: Bagaimana cara mereka menjauhkan umat Islam dari agamanya? Mengapa tidak sekalian memurtadkan umat Islam?
Sebenarnya, sebagaimana diberitakan dalam Al-Quran, mereka itu ingin sekali memurtadkan umat Islam dari agamanya. Itu juga sudah mereka tempuh dengan melakukan misi zending (penyebaran dakwah Kristian) ke negeri-negeri Islam. Memang ada orang-orang Islam yang berjaya mereka murtadkan, tetapi jumlahnya sangat kecil. Oleh kerana itu, mereka menurunkan sasarannya. Jika mereka tidak mahu murtad dari agamanya, umat Islam mesti dijauhkan dari agamanya. Dengan begitu, meskipun menganut Islam, tetapi pemikiran, sikap, dan perilakunya jauh dari Islam, bahkan memusuhi Islam.
Soalan: Apa yang mereka tempuh untuk melakukan hal itu?
Langkah awal yang mereka tempuh adalah dengan mempelajari Islam. Ini terjadi selepas Perang Salib. Al-Quran dan berbagai khazanah Islam mereka terjemahkan. Bahasa Arab juga mereka pelajari. Tujuannya bukan untuk diikuti, tetapi untuk dicari-cari kesalahan dan kelemahannya. Orang-orang yang mempelajari Islam secara serius dan intensif itu kemudian dikenal sebagai orientalis.
Langkah berikutnya, para orientalis kemudian melakukan kritik terhadap Islam. Mulai dari aspek keaslian isi kandung Al-Quran dan As-Sunah. Ini seperti yang dilakukan Joseph Schacht dan Ignaz Goldziher yang mengkritik dan meragukan hadis. Mereka juga melemparkan banyak tuduhan terhadap syariat yang mereka sebut telah ketinggalan zaman, seperti kebolehan poligami, hukum potong tangan, rejam, jihad, dan lain-lain. Cara ini tidak membuahkan hasil. Kritikan mereka tidak menggoyahkan keyakinan umat Islam.
Kemudian mereka menempuh cara yang menunjukkan serangan mereka terhadap Islam secara vulgar. Seperti memberikan cara pandang terhadap Islam dan menyodorkan metodologi baru dalam melakukan interpretasi terhadap Islam agar dapat menyesuaikan dengan perkembangan zaman, mengikuti arus modernisasi, dan hidup berdampingan secara damai dengan Barat.
Cara ini sangat halus, tetapi jauh lebih berbahaya. Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber ajaran Islam yang berwibawa tidak mudah dipermain-mainkan. Namun, mereka mendekonstruksi pemahaman yang benar dari Islam, kemudian melakukan reinterpretasi yang jauh dari Islam. Bahkan merobohkan sendi-sendi dasar Islam. Kemudian dibuat ”Islam versi Barat”.
Soalan: Boleh berikan contohnya?
Misalnya, tentang kewajipan menjatuhkan hukuman kepada pencuri dengan potong tangan. Ayat yang mewajibkan tidak dipersoalkan dari otentisitasnya sebagai wahyu dari Allah Taala. Namun, cara memahaminya diubah. Katanya, perintah dalam ayat ini tidak boleh difahami secara literal. Akan tetapi, perlu difahami substansinya dan diambil spiritnya. Apakah itu? Katanya, substansi hukuman itu adalah untuk menjaga harta manusia dan mencegah pencurian. Hukuman potong tangan hanya merupakan formaliti belaka. Tidak perlu baku diterapkan seperti itu. Ianya perlu disesuaikan dengan perkembangan zaman dan sosio budaya masyarakat.
Begitu juga dalam memahami hukum-hukum hudud yang lain yang dianggap ketinggalan zaman, tidak sesuai dengan HAM, dan lain-lain. Cara serupa juga digunakan dalam memahami berbagai hukum yang lain. Dengan begitu, banyaklah hukum Islam yang ditinggalkan.
Soalan: Bagaimana idea-idea Barat itu boleh sampai ke tengah umat Islam?
Barat sangat memahami bahawa mustahil mereka dapat menjajakan idea mereka secara langsung kepada umat Islam. Pasti akan mendapatkan resistensi (tentangan) dari umat. Dengan itu, mereka ‘meminjam’ tangan dan lidah dari kalangan umat Islam untuk menyebarkan idea mereka.
Di antara caranya adalah dengan mendirikan pusat-pusat kajian Islam di Barat. Di Universiti London terdapat SOAS, School of Oriental African Studies. Di Univesiti Leidean Belanda ada Department of Islamic Studies (Jabatan Pengajian Islam). Demikian pula di Universiti Sorbonne Perancis, Universiti McGill Kanada, dan lain-lain.
Kemudian mereka memanggil mahasiswa-mahasiswa muslim dari negeri-negeri muslim untuk menuntut pengajian di sana. Di sana mereka diajarkan ”Islam versi Barat”. Setelah Barat berjaya mengubah pemahaman mereka, mereka pun diberikan gelaran dan dipulangkan ke negeri mereka masing-masing. Mereka itulah yang kemudian menyebarkan idea-idea Barat. Disebabkan penyebaran idea Barat itu adalah dari kalangan umat Islam, sudah tentu idea tersebut lebih mudah diterima oleh masyarakat. Lebih-lebih lagi jika kedudukannya sebagai pensyarah di institut pengajian tinggi. Mereka dikenali sebagai cendekiawan muslim atau ulama.
Soalan: Adakah mereka berjaya dengan strategi ini?
Dari aspek bahawa ada mahasiswa muslim yang datang dan belajar di sana, ya ianya berjaya. Demikian juga ada yang sangat terpengaruh dengan idea mereka dan dengan senang hati menjajakan idea mereka. Contohnya Thaha Husain dari Mesir yang mengatakan bahawa Islam adalah sesuatu, sedangkan politik adalah sesuatu yang lain. Contoh lain seperti Fazlur Rahman dari Pakistan, Muhammad Syahrur dari Syria, Ahmad Naim dari Sudan, dan lain-lain.
Soalan: Dari Indonesia?
Pada abad ke 70-an, terdapat seorang sarjana yang baru pulang dari Amerika menyerukan, ”Islam Yes, Politik No.” Pada masa Orba, seorang menteri agama menawarkan gagasan reaktualisasi hukum Islam. Contohnya, waris anak lelaki yang dalam Islam mendapatkan bahagian waris dua kali lebih banyak dari anak perempuan, hendak disamakan. Alasannya, hukum Islam tidak sesuai dengan keadaan sebenar di Indonesia.
Belum lama, UIN Kalijaga Yogyakarya meluluskan tesis seorang doktor yang menghalalkan perzinaan. Istilahnya hubungan seksual non-marital. Dalam latar belakang diterangkan bahawa penulis merasa prihatin dengan adanya kriminalisasi terhadap pelaku hubungan seksual di luar nikah. Saya kira karya ilmiah seperti itu sangat banyak, hanya saja tidak didedahkan.
Beberapa tahun sebelumnya sempat ramai gagasan Islam liberal. Mungkin dianggap gagal kerana mendapatkan penentangan keras dari umat Islam, kemudian redup. Sekarang muncul moderasi Islam dan lain-lain.
Meskipun ada perbezaan di sana-sini, namun ada titik persamannya. Mereka menolak pengaturan Islam di seluruh aspek kehidupan.
Soalan: Bererti ada hubungannya dengan upaya Barat menghalangi tegaknya Khilafah?
Benar. Ketika idea tersebut tersebar di tengah umat Islam, perjuangan untuk menegakkan Islam akan mendapatkan penolakan dari umat Islam sendiri. Inilah yang diinginkan Barat.
Soalan: Selain itu, apa upaya lain yang dilakukan untuk mencegah Khilafah tegak?
Banyak sekali. Setelah mereka menghancurkan Khilafah, wilayah yang menjadi bekas kekuasaan Khilafah itu dikerat-kerat menjadi negara-negara kecil dan lemah. Ada sekitar lima puluh negara. Di antara negeri-negeri Islam itu juga diadu domba sehingga saling memerangi antara satu sama lain.
Di negeri-negeri itu juga diletakkan para penguasa boneka mereka. Para penguasa itu tidak peduli dengan urusan rakyatnya, tetapi mengikuti apa pun kemahuan Barat. Tugas utama mereka adalah menjaga dan memastikan negara yang dikuasai tetap sekular.
Dalam kehidupan bernegara diterapkan sistem warisan penjajah. Jika ada hukum Islam yang diterapkan, ianya hanyalah hukum seputar masalah keluarga, seperti pernikahan, waris, wasiat, wakaf, dan seumpamanya. Sebaliknya, sistem pemerintahan dan ekonomi yang menjadi tunjang utama bagi kehidupan diterapkan sistem demokrasi, liberalisme, dan kapitalisme.
Negeri-negeri itu dijajah secara ekonomi. Awalnya diberikan hutang, kemudian menjerat mereka. Makin hari bukan berkurang, tetapi semakin banyak dan menggunung. Sumber daya alamnya dikuasai dan dirompak. Bahkan ada sebahagian negeri Islam yang dijajah secara militer seperti Afghanistan, Irak, Libya, Syria, dan lain-lain.
Umat Islam juga dikotak-katikkan dan saling dipertentangkan satu sama lain. Ada yang disebut Islam fundamentalis, modernis, tradisionalis, dan sekularis. Yang paling dimusuhi adalah kelompok Islam yang menolak idea-idea Barat dan menginginkan penerapan syariat Islam. Kelompok lainnya didukung dan didorong untuk ikut menolak kelompok yang disebut fundamentalis dan radikalis.
Soalan: Adakah ini semua selari dengan strategi RAND Corporation untuk memecah-belah umat?
Ya, benar. Itu memang rekomendasi mereka.
Soalan: Lalu bagaimana sikap umat Islam dalam menghadapi itu semua, Ustaz?
Umat Islam hendaklah mengembalikan pemahaman yang benar tentang Islam bahawa Islam adalah din kâmil syâmil. Agama yang sempurna lagi menyeluruh. Hukumnya mencakup dan mengatur seluruh aspek kehidupan. Termasuk di dalamnya hukum-hukum tentang pemerintahan, ekonomi, pendidikan, politik luar negeri, uqubat (hukuman), dan lain-lain. Dalil tentang ini banyak terdapat dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah. Juga dapat dilihat dengan jelas dalam kitab-kitab fikh dan lainnya.
Dengan memiliki pemahaman tersebut, umat Islam tidak akan terpengaruh dengan sekularisme, liberalisme, dan berbaga idea variannya. Alasannya jelas kerana semuanya bertentangan dengan Islam.
Umat Islam hendaklah bersatu-padu untuk berjuang mewujudkan kembali Khilafah. Hanya dengan Khilafah seluruh ajaran Islam dan syariatnya dapat diterapkan secara kaffah. Umat Islam dan negeri-negeri Islam dapat dipersatukan dalam satu kepemimpinan. Dakwah Islam juga akan dapat diemban ke seluruh dunia. Semoga ini akan terealisasi tidak lama lagi. InshaAllah.

