Site icon MuslimahHTM News

Masalah Pelarian di Dunia Hari Ini

Masalah Pelarian di Dunia Hari Ini
Penulis: Remzi Özer (Turki)

Masalah pelarian merupakan salah satu tragedi kemanusiaan yang muncul akibat kolonialisme yang dihasilkan oleh sistem kapitalisme dan penyelesaian kepada masalah ini hanya dapat dilakukan jika kolonialisme dihancurkan.

Revolusi yang terjadi di Eropah setelah abad pertengahan merupakan titik permulaan ideologi kapitalisme. Dengan revolusi industri yang terjadi setelahnya, negara-negara Barat mencapai perkembangan dan kekuatan besar yang tidak dapat disaingi oleh negara lain. Untuk memperoleh kekayaan dan sumber alam yang diperlukan untuk perindustrian dan kemakmuran mereka. Melalui kekuatan besar di tangan mereka, mereka menjajah dan merebut negara-negara yang sebahagian besar terletak di Asia, Afrika dan Timur Tengah, yang merupakan tempat kekayaan dan sumber alam berada. British, Perancis, Belanda, Sepanyol dan Portugal menjadi negara utama dalam penjajahan ini.

Setelah Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat bergabung dengan negara-negara penjajah tersebut. Dengan masuknya Amerika di antara mereka, kolonialisme telah menjadi jalan yang digunakan oleh negara-negara industri dan maju untuk mengeksploitasi kekayaan dan sumber alam di negara-negara “mundur” yang tidak memiliki kekuatan untuk melawannya serta menjadi jalan untuk mereka menyebarkan ideologi kapitalisme.

Mereka (Amerika) menggunakan rencana ketenteraan, politik dan ekonomi untuk membina pengaruhnya sendiri di Amerika, Asia, Afrika dan Timur Tengah terutama di kawasan jajahan British dan Perancis yang terletak di wilayah tersebut. Mereka menyerukan hak sebagai sebuah negara untuk menentukan kemerdekaan, kebebasan, kesetaraan, keadilan dan hak asasi manusia. Dalam menghadapi situasi baru ini, negara-negara penjajah perlu memberikan apa yang disebut sebagai “kemerdekaan” kepada negara jajahan mereka.

Ketika negara-negara penjajah pergi, mereka membawa orang-orang yang mereka rekrut dari kalangan penduduk tempatan negara jajahan mereka untuk bekerjasama dengan mereka. Kemudian orang-orang tersebut menjadi ‘ejen’ penjajah yang terus mengeksploitasi kekayaan dan sumber alam dengan tangan mereka sendiri. Mereka menghalang perkembangan negara-negara ini dan juga menghalangi negara tersebut dari mencapai kedudukan yang membolehkan mereka untuk bersaing.

Para ‘ejen’ tersebut membuatkan negara mereka sendiri terus mundur dan mudah dieksploitasi serta membiarkan rakyat sendiri kelaparan dan sengsara. Kesannya, hak-hak kemanusiaan rakyat di negara tersebut dirampas sehingga rakyat ditinggalkan dalam keadaan tertekan dengan penganiayaan yang sukar ditanggung.

Akibatnya, rakyat yang tidak dapat memenuhi keperluan di negara mereka sendiri serta kehilangan hak-hak kemanusiaan, mula mencari suaka di negara-negara maju, tempat yang dianggap mudah untuk mendapatkan akses keperluan hidup tekanan. Namun realitinya, mereka hidup di dunia yang memiliki masalah besar bernama ‘pelarian atau pencari suaka’. Demikianlah, bermulanya tragedi kemanusiaan baru yang menyedihkan.

Islam Adalah Solusi


Ironi dan keputusasaan dalam usaha untuk melarikan diri dari kelaparan, kesengsaraan dan penindasan ini adalah disebabkan oleh penjajahan dari negara-negara Amerika dan Eropah. Kewujudan sistem kapitalisme dan tindakan yang diambil oleh negara-negara Barat terhadap para pencari suaka ini beserta kekejaman, menjadi persoalan yang perlu dievaluasi.

Persoalan yang sudah lama wujud ini hampir setiap hari mendera hati nurani umat manusia dan menjadi agenda yang masih belum dapat diselesaikan dan tidak dapat diselesaikan. Penyelesaian kepada masalah tersebut sepatutnya tidak perlu kita harapkan dari mereka yang telah menciptakan masalah tersebut.

Sepertimana yang dikemukan di awal artikel ini, masalah pelarian hanya akan hilang dengan hancurnya penjajahan. Kolonialisme yang disebabkan oleh Amerika Syarikat dan Eropah hanya dapat dicegah oleh sebuah negara kuasa besar dan kuat. Ia juga dapat dicegah dengan pukulan keras yang mematikan oleh negara kuasa besar yang memiliki kekuatan setanding, serta mampu melawan penjajahan.

Saat ini, negara-negara di Asia, Afrika dan Timur Tengah tidak memiliki mentaliti dan kapasiti untuk melawan penjajahan dan negara-negara kolonialis. Dalam hal ini, hanya Islam merupakan alternatif dan pilihan dalam menghadapi sistem dunia kapitalisme penjajah yang bukan hanya akan menyelesaikan masalah para pelarian dan golongan tertindas, tetapi juga akan menyelesaikan masalah umat Islam dan manusia yang menderita dalam sistem kapitalisme yang rosak ini. Semua masalah ini terjadi kerana Islam tidak diamalkan serta jauh dari kehidupan masyarakat sehingga kita tidak mampu berjuang melawan penjajahan.

Jika Daulah Islam ditegakkan kembali, Islam akan dapat kembali menjadi sistem kehidupan, syariat diterapkan dan akan menyatukan seluruh umat Islam di bawah kepemimpinan intelektual dan politik Islam. Kolonialisme juga dapat dihapuskan dan masyarakat dapat menikmati kekayaan dan sumber alam negara mereka sendiri.

Ketika para Khalifah melakukan penaklukan, mereka telah menyelamatkan orang-orang yang teraniaya dan tertindas daripada kelaparan serta kesengsaraan. Ini kerana, Khilafah tidak mengeksploitasi rakyat negara yang mereka takluk sebagaimana negara jajahan kapitalis saat ini. Sebaliknya, Khilafahlah yang membawa keadilan dan kesejahteraan. Mereka tidak menyita kekayaan dan sumber alam negara yang mereka takluk melainkan sumber itu digunakan demi manfaat bersama.

Sebab itu juga, rakyat negara-negara yang telah ditakluk oleh Khilafah tidak perlu merantau ke negara lain apatah lagi menjadi pelarian. Mereka akan lebih memilih hidup sebagai warganegara Khilafah yang dihormati. Sejarah telah menjadi saksi akan peristiwa ini. Wallahualam.

Sumber: Wilayah Türkiye

Exit mobile version