Pemisah Antara Hak dan Batil
Penulis: Yusriana
Hijrah Nabi Muhammad SAW. dan kaum muslim dari Mekah ke Madinah merupakan momen penting yang perlu dijadikan renungan buat kaum muslim saat ini. Hijrah adalah tonggak pemisah antara yang haq dan batil kerana ada pemisahan dar kufur dan dar Islam. Dengan hijrah tersebut, kaum muslim memiliki kekuasaan untuk menerapkan hukum-hukum Allah di muka bumi ini. Kemenangan hakiki kaum muslim juga diraih dengan peristiwa hijrah ini.
Saatnya kita meraih kembali kemenangan kaum muslim dengan berusaha untuk menerapkan hukum-hukum Allah secara keseluruhan. Kita tidak boleh lelah mendakwahkan Islam kaffah sehingga umat menjadikannya sebagai pandangan umum di tengah kehidupan, sehingga tumbuh kerinduan dan keinginan yang mendalam untuk memperjuangkannya.
Sudah menjadi sunnatullah bahawa setiap perjuangan akan mengalami tentangan dan mendapat halangan. Kerana itu, bercerminlah pada perjuangan Rasulullah SAW. dan para sahabat RA. dalam menegakkan kemenangan Islam iaitu kita perlu sentiasa terikat dengan syariat Allah. Bila-bila masa dan dimana saja, mintalah pertolongan dari Allah, pemilik alam semesta ini.
Tugas kita hanyalah berikhtiar dan terus berikhtiar. Tidak boleh ada kata malas dan sikap suka menunda-nunda. Perbaikilah terus hubungan kita dengan Allah dalam perjuangan ini kerana Allah akan memberikan kemenangan itu pada waktu dan tempat yang tepat. Semoga kita termasuk orang-orang yang memperjuangkan kemenangan Allah itu.

