Site icon MuslimahHTM News

Hukum Zakat Pendapatan

[Hukum Fikh] Hukum Zakat Pendapatan

Oleh: K.H. M. Shiddiq al-Jawi

Soalan:

Ustaz, mohon penjelasan tentang hukum zakat pendapatan?

Jawapan:

Zakat pendapatan dikenali sebagai istilah zakah rawatib al-muwazhaffin (zakat gaji pegawai) atau zakah kasb al-‘amal wa al-mihan al-hurrah (zakat hasil pekerjaan dan pendapatan swasta). (Yusuf al-Qaradhawi, Fiqh az-Zakah, I/497; Wahbah az-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/865; Ali as-Salus, Mausu’ah al-Qadhaya al-Fiqhiyah al-Mu’ashirah, hal. 522; Al-Yazid ar-Radhi, Zakah Rawatib Al-Muwazhaffin, hal. 17).

Menurut penggagasnya, zakat pendapatan didefinisikan sebagai zakat yang dikenakan ke atas setiap pekerjaan atau keahlian pendapatan tertentu, sama ada dijalankan secara sendirian atau bersama orang/institusi lain yang menjana pendapatan (wang) yang menepati nisab. Contohnya pendapatan doktor, perunding, peguambela, pensyarah, arkitek, dan sebagainya (Didin Hafidhuddin, Panduan Praktis Tentang Zakat, Infaq, Sedekah, hal. 103; Zakat dalam Perekonomian Moden, hal. 95).

Menurut Al-Qaradhawi, nisab zakat pendapatan ialah 85 gram emas dan jumlah yang wajib dibayar ialah 2.5%. Zakat pendapatan dikeluarkan terus setelah diterima atau setelah dikira dalam tempoh tertentu. Sebagai contoh, jika gaji seseorang adalah RM3000/bulan, dia boleh membayar zakat 2.5% terus selepas gaji setiap bulan. Atau membayar setahun sekali dalam jumlah 12 x 2.5% x Rm3000 = RM900.

Asas fikih (at-takyif al-fiqhi) zakat pendapatan ini menurut Al-Qaradhawi ialah perbuatan sahabat yang mengeluarkan zakat untuk al-maal al-mustafaad (harta perolehan). Al-maal al-mustafaad adalah setiap harta baru yang diperolehi oleh seorang muslim melalui salah satu kaedah kepemilikan yang disyariatkan, seperti harta pusaka, hibah, upah pekerjaan, dan seumpamanya. Al-Qaradhawi mengambil pendapat beberapa sahabat (seperti Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud) dan beberapa tabiin (seperti Az-Zuhri, Hasan Bashri, dan Makhul) yang mengeluarkan zakat daripada al-maal al-mustafaad ketika menerimanya, tanpa mensyaratkan haul (dimiliki selama satu tahun qamariah). Malah Al-Qaradhawi melemahkan hadis yang mengharuskan haul bagi harta zakat, iaitu hadis Ali bin Abi Thalib ra. bahawa Nabi SAW. bersabda, ”Tidak ada zakat harta hingga berlalu atasnya haul.” (HR Abu Dawud). (Yusuf Al-Qaradhawi, ibid., I/491-502; Wahbah az-Zuhaili, ibid., II/866).

Menurut pentarjihan kami, zakat pendapatan tidak mempunyai dalil yang kuat sehingga hukumnya tidak wajib. Alasan kami:

Kesimpulannya, zakat pendapatan tidak wajib dalam Islam kerana dalil-dalilnya sangat lemah. Oleh itu, apabila wang hasil pendapatan diperolehi tidak sah dikeluarkan zakat, tetapi hendaklah digabungkan terlebih dahulu dengan wang yang sudah dimiliki sebelumnya. Zakat hanya dikeluarkan setelah wang gabungan itu mencapai nisab dan haul atasnya telah berlalu (Ali as-Salus, Mausu’ah al-Qadhaya al-Fiqhiyah al-Mu’ashirah, hal. 523). Wallahualam.

Sumber: muslimahnewsID

** jumlah pendapatan disesuaikan dengan realiti tempatan

#Fikih #SoalJawab #HukumZakatPendapatan

Exit mobile version