Bicara Tokoh| Aktivis Muslimah Bicara Hijrah
BICARA MUSLIMAH JANJI KEHANCURAN KEPADA PARA PEMBENCI DAN PENENTANG AGAMA ALLAH
Sehingga kini tiada satu pun kuasa besar dunia dapat menghentikan kejahatan barbarik oleh Yahudi laknatullah ke atas saudara kita di Palestin. Lebih malang lagi tiada langsung pemimpin umat Islam yang berani tampil untuk meraih kemuliaan membela dan melindungi rakyat Palestin. Hakikatnya tentera Yahudi ini lemah. Mereka menjadi kuat kerana mereka ini disokong oleh kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Namun mereka lupa dan tidak sedar bahawa ada lagi Yang Maha Kuat iaitulah Allah Sang Pencipta seluruh alam. Sesungguhnya Allah akan membalas segala perbuatan para penentang dakwah agama Allah dan RasulNya dengan kehinaan dan kehancuran sepertimana azab yang pernah ditimpakan kepada Abu Lahab dan isterinya.
Firman Allah dalam surah Al Masad (ayat 1 – 5) yang bermaksud :
“ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepada harta benda dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan begitu pula isterinya, pembawa kayu bakar. Yang dilehernya ada tali daripada sabut ”
- Dr Aslam Diyana binti Selamat

