[Aktiviti] “Ada apa dengan dunia”
27 Julai 2024 (Sabtu)-
MHTM cawangan Ipoh telah mengadakan Open Circle bersama kejiranan dengan tajuk “Ada Apa Dengan Dunia”. Ukhti Husna selaku aktivis MHTM berkongsi dan memperlihatkan bagaimana masyarakat hari ini berhadapan dengan berbagai permasalahan akibat menjalani hidup di dalam sistem yang rosak. Mutakhir ini terdapat banyak kes pembunuhan yang sadis berlaku. Hukuman yang dikenakan juga tidak sebanding dengan nyawa yang telah hilang. Andai saja hukum Islam berjalan, hutang nyawa sudah pasti dibalas dengan nyawa.
Ukhti Husna menyambung perkongsiannya dengan mengajak muslimat untuk mengimbas kembali perjuangan hijrah Rasulullah dan para sahabat dalam membina sebuah kekuasaan Islam (Khilafah). Islam sebagai rahmatan lil alamin menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat…InsyaAllah

