Bicara Tokoh | Aktivis Muslimah Bicara Hijrah
Hijrah – Penyuntik Hijrah Sebenar
Hijrah adalah saat di mana kita menyedari bahawa melaksanakan perintah Allah adalah urusan terbesar dan terpenting dalam hidup kita. Semua aktiviti yang kita lakukan perlu didedikasikan demi mencari reda-Nya. Melihat perjuangan umat Islam di Gaza seharusnya menyuntik semangat kita untuk berhijrah dengan sebenar-benarnya. Mereka menjadi cermin ketulusan iman mukmin terdahulu yang terimbas jelas di tengah kekeringan jiwa Muslim hari ini. Keteladanan mereka dalam menzahirkan iman saat menghadapi cubaan hidup menembus kebuntuan dan kejahiliyahan moden, membangkitkan semangat yang lesu dan membuka mata yang tertutup untuk mengenal Islam.
Namun, di sisi lain, ada yang masih hilang. Dahulu, setiap musibah yang menimpa umat Islam akan segera terbela, tetapi kini meskipun saudara-saudara kita di Gaza merintih dan meronta, umat tetap kaku dan tidak bergerak. Penggeraknya, seorang Khalifah yang menyatukan dan melancarkan jihad bagi membela mereka masih belum ada. Biarpun waktunya hanya Allah yang mengetahui, tanyalah pada diri kita: Masihkah kita meragui bahawa Khilafah adalah penyelesaiannya? Masihkah kita meragui setelah sebelumnya kita mengakui bahawa urusan Allah adalah yang terpenting? Bukankah Allah memerintahkan kita untuk menolong saudara-saudara kita yang teraniaya dan dizalimi?
Ukhtukunna Ummu Hani (Aktivis Muslimah)
Hijrah – Penyuntik Hijrah Sebenar

