Site icon MuslimahHTM News

Palestin Bukan Menuntut Perhimpunan Daripada Anda Wahai Perdana Menteri, Tetapi Pasukan Tentera Untuk Membebaskannya!

[Kenyataan Media] Palestin Bukan Menuntut Perhimpunan Daripada Anda Wahai Perdana Menteri, Tetapi Pasukan Tentera Untuk Membebaskannya!

 

Sebagai respons kepada pembunuhan ke atas Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Malaysia telah menganjurkan satu perhimpunan besar di Axiata Arena Bukit Jalil pada Ahad 04/08/2024, dengan kehadiran dilaporkan seramai 15,000 orang. Perhimpunan tersebut bertujuan mengutuk pembunuhan tersebut, dan menegaskan pendirian Malaysia yang konsisten memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk bebas merdeka dari cengkaman dan penindasan Zionis. “Saya berhubung dengan Presiden Abdul Fattah El-Sisi meminta pertolongan beliau untuk mempermudahkan bantuan kemanusiaan dan untuk membenarkan kita membawa sebahagian anak-anak dan wanita Palestin yang cedera dan sakit, untuk dirawat di Malaysia,” kata Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri dan sejumlah Menteri, termasuk Speaker Dewan Rakyat.

 

Inilah standard respons penguasa kaum Muslimin terhadap isu yang melibatkan nyawa, darah dan kehormatan umat Islam yang diakibatkan oleh musuh-musuh Islam – hanya sekadar mengutuk atau mengecam, tanpa tindakan signifikan, walaupun mereka hakikatnya mempunyai kemampuan untuk melakukan lebih dari itu! Biar pun tahu bahawa kutukan atau kecaman mereka hanya menjadi bahan ketawa pihak musuh, namun “drama” seperti ini sahajalah tindakan yang paling berani untuk mereka ambil.

 

Kita semua tahu bahawa perhimpunan, betapa besar sekali pun diadakan, tidak akan dapat membebaskan Palestin, malah tidak akan menimbulkan sedikit kegerunan pun kepada entiti penjenayah Yahudi. Perhimpunan memang wajar dilakukan oleh rakyat yang tidak punya kuasa sebagai tanda sokongan terhadap Palestin atau sebagai tanda protes terhadap musuh. Manakala untuk anda wahai Perdana Menteri, perhimpunan bukanlah cara untuk anda menyatakan sokongan terhadap Palestin, atau menyatakan protes terhadap musuh! Jika benar anda ingin menyelamatkan anak-anak dan wanita Palestin daripada kekejaman Zionis, kenapa tidak anda sahut pertanyaan dan perintah dari Tuhan anda:

 

﴿ وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٲنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَـٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّ۬ا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا

Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau dan berilah kami penolong dari sisi Engkau [An-Nisa’ (4):75].

 

Kami ulangi pertanyaan yang ada dalam ayat itu – kenapakah anda tidak mahu berperang di jalan Allah jika benar anda ingin menyelamatkan rakyat Palestin? Padahal Allah (swt) bukan sahaja memerintahkan anda memerangi musuh-Nya dan musuh anda, bahkan Dia menjanjikan pertolongan dan kemenangan-Nya ke atas anda jika anda berbuat demikian:

 

﴿ قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman [At-Taubah (9): 14].

 

Sesungguhnya Palestin menjadi bukti nyata kepada kemunafikan dan kemuncak pengkhianatan para penguasa terhadap kaum Muslimin, bahkan terhadap Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw). Sungguh, para penguasa ini bukan sahaja sudah tidak punya kejantanan mereka dalam isu Palestin, malah maruah dan perasaan malu pun mereka sudah tidak punya! Di sebalik lantangnya pidato mereka mendukung Palestin dan mengecam tindakan Yahudi, para penguasa ini hakikatnya tidak berani sedikit pun untuk meninggikan suara, apatah lagi untuk mengangkat muka, di hadapan musuh mereka. Apa yang mereka benar-benar “berani” lakukan ialah pengkhianatan demi pengkhianatan ke atas Palestin, ke atas umat Islam, ke atas Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw)!

 

Sesungguhnya rakyat Palestin tidak memerlukan “perhimpunan” dan ucapan retorik daripada para penguasa Muslim! Apa yang mereka tuntut daripada penguasa tersebut ialah pengisytiharan jihad dan bergeraknya tentera kaum Muslimin untuk membebaskan mereka, dan membebaskan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati. Sesungguhnya rakyat Palestin, dan kita semua sudah muak dengan retorik kosong dan lakonan para penguasa dalam isu Palestin. Para penguasa ini perlu ingat bahawa tempoh kekuasaan mereka sudah tidak lama. Khilafah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya akan berdiri sedikit masa lagi. Kembalinya Khilafah ala Minhaj Nubuwwah untuk kali yang kedua hanyalah persoalan waktu. Kita perlu tingkatkan lagi usaha dan doa agar Allah (swt) mengurniakan kemenangan-Nya melalui tangan-tangan kita. Pada waktu berdirinya Khilafah, Tanah Palestin Yang Diberkati akan kembali semula ke tangan umat Islam insya Allah, dan entiti penjenayah Yahudi bukan sahaja akan lenyap dari atlas dunia, tetapi akan benar-benar lenyap dari muka bumi.

 

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia

 

Sumber: mykhilafah

Exit mobile version