Al-Quran: Landasan Perlembagaan Negara
Oleh: Farid Wajdi
Bulan Ramadhan memang sudah berlalu. Namun, ada keberkahan yang sangat penting dan tak boleh kita lupakan. Pada bulan Ramadhan Allah SWT menurunkan al-Quran. Ini juga lah sebab yang membuatkan bulan Ramadhan makin istimewa.
Al-Quran menjadi istimewa dan berkah bagi kita. Ini kerana al-Quran diturunkan Allah SWT untuk menjadi pedoman hidup manusia (hudallinnaas) dan pembeza antara yang haq dan yang batil (al–Furqaan). Tentu ia menjadi pedoman hidup dalam seluruh aspek kehidupan kita, individu, keluarga, masyarakat, hingga bernegara. Inilah yang disebut ketakwaan total yang dituntut dalam Islam, yakni ketaatan dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk bernegara.
Pentingnya negara tidak lagi diragukan. Negaralah yang punya autoriti (kekuasaan) untuk menerapkan hukum. Negara adalah institusi politik yang berkuasa untuk menerapkan hukum. Dalam Islam, negara sangat diperlukan. Islam dan negara tidak boleh dipisahkan. Ia bagaikan saudara kembar. Al-Quran ini memerlukan kembaran (pasangan) agar dapat diamalkan sebagai petunjuk bagi manusia, iaitu kekuasaan (as-sulthaan). Inilah pengertian kekuasaan (as-sulthan) atau pemerintahan (al-hukmu/al-mulku). Demikian sebagaimana yang dijelaskan Syaikh Abdul Qadim Zallum: “(Kata) al-hukmu, al-mulku dan as-sulthân mempunyai pengertian yang sama (kekuasaan/pemerintahan). Maknanya adalah autoriti (kekuasaan) untuk melaksanakan hukum (peraturan) atau merupakan aktiviti kepemimpinan yang diwajibkan oleh syariah atas kaum Muslim.” (Abdul Qadim Zallum, Nizhâm al-Hukm fii al-Islâm).
Hubungan erat kekuasaan (negara) dengan al-Quran (agama) telah dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Al-Iqtishâd fi al-I’tiqâd, “Agama dan kekuasaan seperti dua saudara kembar. Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tidak mempunyai asas akan runtuh. Apa saja yang tidak mempunyai penjaga akan hilang.” (Al-Ghazali, Al-Iqtishâd fii al-I’tiqâd, hlm. 292-293).
Rasulullah saw. pasti mengetahui akan peri pentingnya kekuasaan ini. Maka dari itu, sebelum hijrah baginda pernah berdoa kepada Allah SWT agar diberi kekuasaan yang menolong agama Islam (sulthânan nashîrâ). Allah SWT berfirman (yang ertinya): Katakanlah (Muhammad), “Tuhanku, masukkan aku (ke tempat dan keadaan apa saja) dengan cara yang benar, keluarkan (pula) aku dengan cara yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolong (sulthânan nashîrâ).” (TMQ al-Isra` [17]: 80).
Pentingnya kekuasaan yang menolong ini (sulthânan nashîrâ), sebagaimana dinukil dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, dinyatakan oleh Imam Qatadah berkata, “Nabiyullah saw. telah memahami bahawa beginda tidak mempunyai kemampuan menegakkan urusan ini (agama Islam) kecuali dengan kekuasaan (yang menolong). kerana itu beliau kemudian memohon kepada Allah kekuasaan yang menolong itu, yakni yang menolong Kitabullah, hudûd-Nya dan penegakan agama-Nya.” (Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim, 9/67).
Dengan kekuasaan (as-sulthaan) akan dapat dicegah apa yang tidak dapat dicegah oleh al-Quran. Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan ra. (w. 35 H/656 M) telah berkata, “Sungguh Allah boleh mencegah dengan kekuasaan apa yang tidak boleh dicegah dengan al-Quran.” (Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim, 9/67).
Sebagai contoh, ada orang yang terpelihara dari zina dengan al-Quran (kerana imannya). Namun, ada yang tidak terpelihara dengan al-Quran, melainkan dengan kekuasaan Islam yang menerapkan hukuman cambuk (sebat) bagi penzina ghayru muhshan atau hukuman rejam bagi penzina muhshan.
Namun, Rasulullah saw. mengingingatkan kepada kita, bahawa satu saat kekuasaan itu boleh terpisah dari al-Quran. Sabda beliau, “Perhatikanlah, sungguh al-Kitab (al-Quran) dan kekuasaan akan terpisah. Oleh kerana itu (jika itu terjadi) janganlah kalian berpisah dari al-Quran.” (HR ath-Thabarani, Al-Mu’jam al-Kabîr, 20/90; Al-Mu’jam ash-Shaghîr, 2/42; Musnad Syâmiyyîn, 1/379).
Dalam keadaan seperti ini kita tetap diperintahkan untuk berpegang teguh dengan al-Quran. Inilah realiti pahit yang sekarang ini sedang dihadapi oleh umat. Kekuasaan yang ada di negeri-negeri Islam tidak lagi digunakan untuk menerapkan Islam, menjaga agama dan mengurus urusan rakyat dengan syariah. Kekuasaan telah disekularisasikan, dijadikan untuk menerapkan hukum-hukum kufur. Puncak terpisahnya kekuasaan ini dari al-Quran adalah saat Mustafa Kamal bekerjasama dengan British membubarkan Khilafah Islamiyah pada tahun 1924.
Sejak saat itu penderitaan di tengah-tengah umat semakin bertambah-tambah. Negeri-negeri Islam yang tadinya merupakan negara yang satu, kukuh bahkan menjadi negara adidaya dunia dengan sistem Khilafah ‘alaa Minhaj an-nubuwwah, kemudian terpecah-belah di atas konsep nation-state (negara-bangsa) yang direkayasa dan dipaksakan oleh Barat. Jadilah umat Islam menjadi lemah. Ditambah lagi dengan kawalan kuat Barat kafir penjajah atas para penguasa negeri-negeri Islam yang menghamba kepada Barat, kekayaan negeri Islam dirompak. Tragik. Negeri Islam yang kaya, namun penduduknya banyak yang merana.
Bukan hanya itu, nyawa kaum Muslim pun menjadi sangat murah, tidak berharga. Seperti yang dipertontonkan Barat dengan mudah dengan dukungan mereka terhadap genosid umat Islam di Palestin. Lebih dari 30 ribu yang terbunuh syahid fi sabilillah. Selebihnya hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan, kelaparan dan terancam nyawanya. Sementara itu, para penguasa negeri Islam, tidak melakukan tindakan nyata yang dapat menghentikan kekejaman entiti penjajah Yahudi ini.
Namun demikian, semua ini tidak boleh membuat umat Islam putus asa akan pertolongan Allah SWT. Kekejaman yang dilakukan negara kafir imperialis dengan bantuan pengkhianatan para penguasa negeri Islam, sungguh menjadi petanda akan semakin dekatnya kejatuhan mereka. Umat Islam dengan mudah melihat bagaimana pengkhianatan penguasa mereka; juga bagaimana kebiadaban Barat dengan sistem antarabangsa mereka yang penuh dengan kepalsuan. Umat juga semakin sedar, disebabkan negara yang terpecah-belah itulah yang menyebabkan mereka menjadi negara-bangsa seterusnya yang melemahkan umat ini. Muncul keinginan yang kuat untuk bersatu di bawah naungan Khilafah ‘alaa minhaaj an-Nubuwwah.
Ini tidak akan dapat dibendung oleh siapapun kerana merupakan janji Allah dan khabar gembira dari Rasulullah saw. akan kembalinya Khilafah ‘alaa minhaaj an-Nubuwwah. Khilafah inilah yang akan kembali mempersatukan al-Quran dengan negara, atau, al-Quran dengan kekuasaan. Dengan itu al-Quran benar-benar menjadi pedoman hidup dan landasan bernegara. Negara Khilafah ‘alaa minhaaj an-Nubuwwah inilah yang akan menjadi junnah (perisai) umat, membebaskan negeri-negeri Islam yang ditindas, termasuk Palestin.

