PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 1
INTIPATI PERJUANGAN.
BAGAIMANA PENDUDUKAN INI BERLAKU?
3. BAGAIMANA PENDUDUKAN KE ATAS PALESTIN TERJADI?
Pendudukan ke atas Palestin terjadi semasa kemuncak penjajahan kolonialis di dunia Muslim.
Sebahagian besar dunia Muslim telah diduduki, dan sisa-sisa Khilafah Uthmani telah dibubarkan selepas Perang Dunia I.
British, dengan bantuan sekutunya seperti Australia dan negara-negara lain, begitu mudah memasuki Palestin hanya menghadapi sedikit tentangan.
Sebahagian besar dunia Arab sudah berada di bawah cengkaman para penguasa yang setia kepada negara-negara kolonialis, dan para penguasa ini memastikan bahawa rakyat mereka tidak akan menjadi hambatan tatkala British secara sepihak mendeklarasikan mandatnya ke atas Tanah Suci Palestin.
Pada tahun-tahun berikutnya, British akan mempersiapkan dasar pengusiran penduduk Palestin untuk memprasaranakan migrasi besar-besaran orang Yahudi dari Eropah.

