Site icon MuslimahHTM News

[Ath-Thariq] Islam dalam Timbangan Akal dan Fitrah

[Ath-Thariq] Islam dalam Timbangan Akal dan Fitrah

Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat

 

Islam dapat dipastikan sebagai satu-satunya ideologi yang mewajibkan seseorang mengimani bahawa ada Pencipta yang telah menciptakan alam semesta, manusia, dan kehidupan dari ketiadaan. Islam menjadikan pengakuan atas keberadaan Pencipta menjadi landasan masuknya orang tersebut ke dalam ideologi ini. Islam juga mewajibkan akal manusia untuk mengimani keberadaan Pencipta dengan keimanan yang bersumber dari akal (pemikiran).

 

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal.” (TMQ Ali Imran: 190).

 

Allah SWT berfirman,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (TMQ Rum: 22).

 

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung, bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan?”(TMQ. Al-Ghasyiyah: 17—20).

 

“Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan? Dia diciptakan dari air yang terpancar yang keluar dari antara tulang sulbi dan tulang dada.” (TMQ. Ath-Thariq: 5-7).

 

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”(TMQ Al-Baqarah: 164).

 

Ayat-ayat ini serta ratusan ayat lainnya dalam Al-Quran mendorong manusia untuk mempergunakan akalnya dengan cara yang benar agar dapat mencapai hakikat alam semesta, manusia, dan kehidupan, dan agar dapat menghuraikan simpul besar dengan penghuraian yang dapat memuaskan akal dengan cara meneliti secara mendalam dan cemerlang pada segala sesuatu dan apa yang ada di sekelilingnya dan berkaitan dengannya, untuk mencari bukti atas keberadaan Pencipta Yang Maha Pengatur sehingga keimanannya akan Pencipta menjadi iman yang kukuh kerana  berdasarkan akal (pemikiran) dan bukti.

 

Al-Quran telah menetapkan sifat-sifat Pencipta tersebut. Allah SWT berfirman, “Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (TMQ Asy-Syura: 11).

 

Bahawasanya tidak ada sesuatu pun—dari apa yang boleh dicapai oleh pancaindera manusia—yang serupa dengan Pencipta. Allah SWT berfirman,

 

“Dan janganlah kamu mengadakan Tuhan yang lain di samping Allah….” (TMQ Adz-Dzariyat: 51).

 

Bahawasanya tidak ada Pencipta selain Allah sehingga Pencipta itu hanya satu. Allah SWT berfirman,

 

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (dengan Allah).’” (TMQ AL-An’am: 19).

 

“Katakanlah, ‘Jikalau ada Tuhan-Tuhan di samping-Nya, sebagaimana yang mereka katakan, nescaya  Tuhan-Tuhan itu mencari jalan kepada Tuhan yang mempunyai `Arsy.” (TMQ Al-Isra: 42).

 

Allah SWT berfirman,

“Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan-Tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak  binasa.” (TMQ Al-Anbiya: 22).

 

Allah SWT berfirman,

“Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”(TMQ Al-Baqarah: 267).

 

Allah SWT berfirman,

“Barang siapa mengingkari (kewajipan  haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (TMQ Ali Imran: 97).

 

Inilah pemecahan yang disodorkan oleh Islam pada akal seputar masalah keberadaan Sang Pencipta. Islam menyatakan dengan adanya Sang Pencipta, maka wajib bagi manusia untuk mengimani Pencipta tersebut. Dan sifat-sifat Sang Pencipta tersebut sangat berbeza  sekali dengan sifat manusia, Dia itu satu, Maha Kaya, dan tidak memerlukan apa dan siapa, serta tidak berawal dan tidak berakhir. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hadid,

 

“Dia-lah Yang Maha Awal, Yang Maha Akhir, Yang Maha Dhahir, Yang Maha Batin, dan Dia Maha Tahu atas segalanya.” (TMQ Al-Hadid: 3).

 

Jika kita kembali pada akal dan pemikiran kita tentang keberadaan Sang Pencipta, dengan melihat makhluk-makhluk yang tercapai oleh indera kita, nescaya akan kita temukan bahawa yang dibawa oleh Islam sepenuhnya menjadi solusi cemerlang atas simpul besar sehingga Islam dapat memuaskan akal sepenuhnya.

 

Sebagaimana Islam telah menjadi satu-satunya ideologi yang dapat memuaskan akal kerana ia mewajibkan manusia menggunakan akal dan pemikirannya dalam menghuraikan simpul besar, maka sesungguhnya Islam ini juga menjadi satu-satunya ideologi yang sesuai dengan fitrah, ketika ia mewajibkan manusia meyakini keberadaan Allah SWT. Dalam hal ini Islam telah sesuai dengan fitrah manusia yang merasa lemah, kurang, dan memerlukan Sang Pencipta yang mengatur segenap perkara.

 

Islam tidak hanya mengakui adanya kelemahan dan keperluan saja, tetapi juga telah meletakkan berbagai solusi yang dijamin dapat memuaskan perasaan lemah dan kurang pada manusia. Hal ini dilakukan melalui aturan ibadah yang menetapkan hubungan manusia dengan Tuhannya dan tidak diserahkannya masalah ini kepada akal manusia. Tiada lain kerana boleh menjadi penyebab adanya pencampuradukan, kesesatan dan kebohongan. Kita akan meneliti masalah ini lebih terperinci pada pasal berikutnya insyaallah. Juga kerana manusia dengan hanya mempergunakan akalnya saja tidak akan mampu mengetahui apa yang diredhai oleh Sang Pencipta, kerana pencipta itu bukanlah realiti yang boleh dijangkau oleh indera  manusia sehingga manusia tidak mungkin bertanya pada-Nya secara langsung atau mengetahui realitinya dan realiti yang diredhai  oleh- Nya.

 

Islam telah memandang naluri-naluri yang ada pada manusia dengan pandangan yang sangat berbeza seluruhnya dengan pandangan dua ideologi terdahulu. Islam tidak membebaskan sebebas-bebasnya dalam memecahkan dan memuaskan naluri tersebut sebagaimana yang telah dilakukan oleh kapitalisme. Islam juga tidak mengekang melampaui batas dalam pemuasan naluri dan tidak juga mengingkarinya sebagaimana yang telah dilakukan oleh sosialisme.

 

Kapitalisme menganggap bahawa naluri-naluri itu sangat banyak tidak terhingga sehingga sukar untuk dipecahkan solusinya. Berdasarkan hal ini dan juga idea kebebasan yang diimaninya, kapitalisme menyerahkan pada manusia upaya pemuasannya dengan tata cara yang dia kehendaki sehingga berakibat timbulnya berbagai musibah dan masalah yang tidak terbilang jumlahnya.

 

Adapun sosialisme tidak melihat pada gunung, laut, dan sungai—atau di alam—satu naluri pun sehingga dia buta pula untuk melihat naluri pada manusia. Sosialisme dari semula telah menetapkan untuk mengingkari segala sesuatu yang ada kaitannya dengan agama sehingga buta untuk dapat melihat naluri beragama.

 

Selanjutnya sosialisme menggunakan segenap penindasan, intimidasi, dan penjara untuk memuaskan manusia kerana ketiadaan naluri tersebut. Tidakkah sosialisme telah mengatur naluri manusia dan telah meninggalkan mereka untuk mengurusi hal itu sendiri sehingga mengakibatkan kesengsaraan, penderitaan, dan kerugian pada manusia.

 

Adapun ideologi Islam sesungguhnya telah datang sesuai dengan realiti manusia dan tabiatnya. Hal ini kerana Islam merupakan solusi dari pencipta manusia sehingga pandangan Islam atas fitrah manusia menjadi satu-satunya jaminan yang boleh membahagiakan manusia dan merealisasikan kedamaian abadi dalam hidupnya.

 

Islam telah meletakkan sebuah sistem yang sempurna dan yang menjamin terpenuhinya segenap keperluan jasmani dan naluri manusia. Hal ini melalui berbagai aturan yang terdapat dalam Al-Quran , sunnah, dan yang ditunjukkan keduanya sebagai dalil lain yakni ijmak sahabat dan qiyas.

 

Adapun berkaitan dengan keperluan jasmani manusia, berbagai legislasi hukum Islam menjamin manusia agar dapat memenuhi keperluan primernya, baik berupa makanan, pakaian, dan tempat tinggal, dan sebagainya dengan pemenuhan yang sempurna. Legislasi ini menjadikan apa yang diperlukan oleh manusia secara mendasar sebagai sesuatu yang umum bagi seluruh manusia.

 

Rasulullah SAW bersabda,

“Manusia itu bersyarikat dalam tiga hal: air, padang, dan api.”

 

Dianalogikan dengan tiga hal ini apa yang menyerupainya. Rasulullah SAW bersabda,

“Penduduk kampung mana pun, ketika pagi ada di antara mereka satu orang yang kelaparan, maka benar-benar telah lepas dari mereka perlindungan Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi.“ (HR Ahmad dari Ibnu Umar).

 

Rasulullah SAW bersabda dengan karakternya sebagai pemimpin negara, “Barangsiapa yang meninggalkan harta, maka untuk ahli warisnya, dan siapa saja yang meninggalkan dlaya’an (keluarga yang fakir), maka dia akan menjadi tanggung jawabku.”

 

Kita akan bahas hal itu lebih jelas lagi dalam pembahasan Sistem Ekonomi Dalam Islam.

 

Adapun berkaitan dengan naluri, Islam telah menetapkan solusi yang menjamin pemuasan yang benar (tidak cacat dan salah) untuk segenap naluri manusia dan menetapkan aturan beribadah untuk memuaskan naluri beragama (garizah at-tadayyun), menetapkan pernikahan untuk memuaskan kecenderungan akan lawan jenis yang berasal dari naluri melestarikan jenis (garizah an-nau), dan menetapkan solusi untuk memuaskan naluri mempertahankan diri (garizah al-baqa) baik berupa kepemilikan atau rasa takut dan sebagainya.

 

Meskipun dengan ini saja kita telah sampai pada kesimpulan bahawa satu-satunya ideologi yang benar adalah Islam, tetapi untuk lebih menambah ketenangan hati, kami akan membahas keberadaan Al-Quran sebagai wahyu yang berasal dari Allah dan membuktikannya. Hal ini menjadi bahasan tulisan mendatang.

 

Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)

 

 

Exit mobile version