[Nafsiyah] Pengajaran Di Sebalik Kejahatan Yahudi Bani Israil
Penulis: Irfan Abu Naveed
Tidak ada kejahatan di dunia ini melainkan Allah dan RasulNya telah memperingatkan umat manusia daripada kejahatan tersebut. Salah satunya adalah kejahatan kaum Yahudi terhadap ketauhidan, agama, kitab suci dan para nabi. Tidaklah Allah menerangkan kejahatan Yahudi Bani Israil di dalam Al-Quran, melainkan terdapat pengajaran berharga bagi orang-orang yang beriman:
كَذَٰلِكَ نَقُصُّ عَلَيۡكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ مَا قَدۡ سَبَقَۚ وَقَدۡ ءَاتَيۡنَٰكَ مِن لَّدُنَّا ذِكۡرٗا ٩٩
”Demikianlah Kami ceritakan kepada kamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah-kisah umat yang telah lalu. Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada kamu dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran) peringatan.” [TMQ Thaha (20):99].
Asy-Syeikh ’Atha bin Khalil Abu al-Rasytah menegaskan dalam At-Taysir fi Ushul al-Tafsir (m/s 127) bahawa kaum Muslim mesti merenung tabiat-tabiat jahat bangsa Yahudi, rencana politik yang penuh pengkhianatan dan pelbagai usaha jahat mereka sebagaimana yang telah Allah sebutkan. Agar mereka dapat memahami hukum syariah berkaitan dengan permasalahan domestik dan antarabangsa (al-wa’y al-siyasi), hubungannya dengan Islam dan kaum Muslim. Lebih-lebih lagi di saat umat Islam hari ini berhadapan dengan Yahudi dan pelbagai produk pemikiran kufurnya. Benarlah apa yang dituturkan oleh al-Imam al-Ghazali (w. 505 H) dalam Ihya’ ’Ulum ad-Din (5/396):
عرفتُ الشرّ لا للشرّ * لكن لتوقيه
ومن لا يعرف الشرّ * من الناس يقع فيه
”Aku tahu keburukan bukan untuk keburukan, tapi untuk menghindar darinya
Siapa saja yang tak tahu keburukan, di antara manusia maka akan terjerumus ke dalamnya”
Prof. Dr. Muhammad Rawwas Qal’ah Ji di dalam Qira’at Siyasiyyat li as-Sirah an-Nabawiyyah (m/s 117) menggambarkan bahawa kaum Yahudi di Madinah adalah musuh yang bijak dan licik. Untuk menghadapi mereka, Rasulullah SAW melakukan beberapa peringkat yang berbeza iaitu dari peringkat mengatasi permusuhan kaum musyrik Quraisy. Pada akhirnya, wa billahi at-tawfiq, Rasulullah SAW mampu mengatasi permusuhan mereka melalui pandangan politik baginda yang jauh ke depan. Menghadapi mereka pasti memerlukan petunjuk dan pertolonganNya:
وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوّٗا مِّنَ ٱلۡمُجۡرِمِينَۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ هَادِيٗا وَنَصِيرٗا ٣١
”Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong” [TMQ al-Furqan (25):31].
Kalimat “Wa kafa bi Rabbika hadiyan wa nashiran (cukuplah Tuhanmu sebagai Pemberi Petunjuk dan Penolong)” mengisyaratkan solusi untuk menangani para penjenayah yang memusuhi Rasulullah SAW dan para pewarisnya dari semasa ke semasa, iaitu hanya kembali kepada petunjuk dan pertolongan Allah. Al-Hafizh Ibn Katsir (w.774 H) dalam tafsirnya (VI/99) menafsirkan: Maksudnya, bagi sesiapa yang mengikuti RasulNya dan mengimani Kitab SuciNya, maka Allah adalah Pemberi Petunjuk dan Penolongnya di dunia dan akhirat. Dikatakan, “Cukuplah Tuhanmu yang menjadi Pemberi Petunjuk dan Penolong” kerana kaum musyrik itu dahulu yang menghalang manusia daripada mengikuti Al-Quran. Tujuannya agar tidak ada seorang pun mengambil petunjuknya dan agar cara hidup mereka mengalahkan cara hidup Al-Quran.
Tidak hanya untuk kaum musyrik Quraisy, ayat ini juga berlaku untuk kaum kuffar yang memusuhi para nabi. Realitinya, jika ada golongan yang merekodkan kejahatan memenuhi ruang dari semasa ke semasa, sehingga zaman Rasulullah SAW sehinggalah pada masa kini, maka itu bukan kaum Nabi Nuh AS, kaum ‘Ad, kaum Tsamud, kaum Nabi Ibrahim AS, kaum Nabi Luth AS, Fir’aun, Jalut, Abrahah dan pasukan Gajah, tetapi mereka adalah kaum Yahudi Bani Israil. Mereka tercatat di dalam Al-Quran sebagai kaum yang takbur. Mereka menolak untuk mengimani Allah sehingga mereka dapat melihat Allah secara jelas. Mereka mengkufuri ayat-ayat Allah [TMQ al-Baqarah (2):55,61]. Mereka mempersekutukan Allah dengan patung anak sapi (al-’ijl) [TMQ al-A’raf (7):148] setelah sebelumnya beriman kepada Allah di bawah bimbingan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS.
Para rahib mereka sengaja memutarbelitkan kitab Taurat dengan mengarang sendiri kalimatnya. Kemudian mereka berdusta dengan mendakwa bahawa ayat-ayat itu sebagai firman Allah [TMQ al-Baqarah (2):75,79]. Mereka mengimani sebahagian kitab Taurat dan mengkufuri sebahagiannya. Mereka membunuh dan mengusir kaumnya sendiri. Mereka saling membantu dalam permusuhan [TMQ al-Baqarah (2):85]. Mereka menangguhkan perintah Allah, malah menolak untuk mentaati dan melanggar perjanjian [TMQ al-Baqarah (2):71,83]. Mereka juga melakukan kejahatan kepada Nabi Isa AS dan pengikutnya. Mereka menyelewengkan kitab Injil hingga wujud konsep kufur triniti. Mereka juga membunuh para nabi (Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS) dan mendustakan mereka (Nabi Musa AS, Isa AS) [TMQ al-Baqarah (2):87]. Mereka melanggar ibadat Hari Sabtu sehingga dilaknat menjadi kera [TMQ al-Baqarah (2):65] bahkan menjadi babi sebagai bentuk kemurkaanNya atas mereka:
قُلۡ هَلۡ أُنَبِّئُكُم بِشَرّٖ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ ٱللَّهِۚ مَن لَّعَنَهُ ٱللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيۡهِ وَجَعَلَ مِنۡهُمُ ٱلۡقِرَدَةَ وَٱلۡخَنَازِيرَ وَعَبَدَ ٱلطَّٰغُوتَۚ أُوْلَٰٓئِكَ شَرّٞ مَّكَانٗا وَأَضَلُّ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ ٦٠
”Katakanlah, “Mahukah, aku khabarkan kepada kalian tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dilaknat dan dimurkai Allah; di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut? Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang lurus.” [TMQ al-Maidah (5):60].
Hal tersebut ditegaskan oleh Allah sebagai peringatan bagi seluruh umat manusia:
فَجَعَلۡنَٰهَا نَكَٰلٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهَا وَمَا خَلۡفَهَا وَمَوۡعِظَةٗ لِّلۡمُتَّقِينَ ٦٦
”Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan bagi mereka yang datang kemudian, juga agar menjadi pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa” [TMQ al-Baqarah (2):66].
Pada zaman Rasulullah SAW, mereka menutupi kebenaran sifat baginda di dalam kitab Taurat. Mereka mencampuradukkan dengan kebohongan dan menyembunyikannya [TMQ al-Baqarah (2):40-44]. Mereka juga berani merendahkan Rasulullah SAW secara lisan [TMQ al-Baqarah (2):104]. Mereka berdebat dengan Rasulullah SAW dan memfitnah Nabi Sulaiman AS sebagai tukang sihir [TMQ al-Baqarah (2): 102]. Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS juga tidak terlepas daripada tuduhan sebagai tukang sihir [TMQ al-Qasas (28):48]. Mereka adalah orang-orang munafik [TMQ al-Baqarah (2):76]. Mereka takbur dengan merendahkan seksaan di neraka dan mendakwa mereka akan berada di neraka hanya beberapa hari saja [TMQ al-Baqarah (2):80]. Mereka melakukan khianat dengan menghantar sihir ilmu hitam kepada Rasulullah SAW dengan membayar Labid bin al-A’sham [HR Al-Bukhari dan Muslim]. Wal ‘iyadzu billah.
Allah SWT memperingatkan manusia dari pelbagai kejahatan mereka. Semestinya, supaya wujud kesedaran terhadap permasalahan umat (al-wa’y al-siyasi), yang bermula daripada kemampuan mengenal pasti ancaman musuh. Kejahatan mereka lahir dari sifat takbur, mengikuti hawa nafsu dan menolak kebenaran [TMQ al-Baqarah (2):87]. Allah sangat murka kepada mereka sehingga mereka tidak mampu memilih jalan kebenaran. Ini adalah akibat daripada kejahatan mereka sendiri:
وَقَالُواْ قُلُوبُنَا غُلۡفُۢۚ بَل لَّعَنَهُمُ ٱللَّهُ بِكُفۡرِهِمۡ فَقَلِيلٗا مَّا يُؤۡمِنُونَ ٨٨ وَلَمَّا جَآءَهُمۡ كِتَٰبٞ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٞ لِّمَا مَعَهُمۡ وَكَانُواْ مِن قَبۡلُ يَسۡتَفۡتِحُونَ عَلَى ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَمَّا جَآءَهُم مَّا عَرَفُواْ كَفَرُواْ بِهِۦۚ فَلَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ ٨٩
”Dan mereka (kaum Yahudi) pula berkata, “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”. Namun, (sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknat mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman. Dan ketika datang kepada mereka sebuah kitab dari Allah (Al-Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedangkan mereka sebelum ini sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.” [TMQ al-Baqarah (2):88-89].

