Site icon MuslimahHTM News

APAKAH PELBAGAI REAKSI UMAT ISLAM TERHADAP PENJAJAHAN PALESTIN?

PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 3

 

REAKSI UMAT ISLAM

 

9. APAKAH PELBAGAI REAKSI UMAT ISLAM TERHADAP PENJAJAHAN PALESTIN?

 

Tanggapan boleh diramalkan berbeza-beza, seperti yang dijangkakan dari masyarakat yang dimusnahkan oleh penjajahan sejak berabad-abad lamanya. Reaksi ini adalah gabungan pelbagai bentuk penentangan, pengkhianatan, seruan, kekalahan dan idealisme.

 

Malah ada yang lebih ekstrem misalnya, ada usahasama-usahasama (collaborators) yang merasa berpuas hati dengan entiti pendudukan. Ini disebabkan sama ada mereka sendiri menginginkannya atau mendapat manfaat daripadanya.

 

Di sisi lain, ada juga sebahagian umat yang tetap berprinsip menolak, terus menentang dan enggan menghalalkan mana-mana aspek dari entiti pendudukan tersebut.

 

Namun ada juga sebahagian umat yang menentang penjajahan tetapi telah tergoda oleh beberapa manfaatnya. Termasuklah mereka yang menolak pendudukan namun menerima untuk terikat dengan realiti pendudukan yang menjadi penentu pilihan bagaimana mereka boleh menentang (pilihan bentuk tindakan penentangan).

Exit mobile version